Perangi ISIS atau perangi rakyat?

Motif penglibatan tentera Britain di dalam isu di Syria setelah dimulakan oleh Amerika Syarikat beberapa tahun yang lepas menjadi tanda tanya dan memang telah diduga,  sebab di dalam konflik sekitar tahun 2003 iaitu krisis Iraq, kedua-dua pakatan perikatan bersekutu terbangsat ini telah pun melakukan perkara yang sama iaitu menceroboh negara yang berdaulat tersebut.

Anda boleh lihat sendiri betapa deritanya rakyat Syria yang ketakutan,  menyelamatkan diri  dan nyawa daripada  kezaliman kerajaan Syiah dajjal, yang lebih dajjal daripada Syiah biasa. Bot demi bot tanpa pendayung, hanya berharap pukulan ombak yang membawa mereka ke mana saja, asalkan bukan di bumi asal mereka. Berpanas, berhujan, berembun...hanya di dalam bot. Bagaimana masih ada lagi manusia yang mengatakan mereka adalah golongan yang sukakan kematian??

Suka mati dan suka mati syahid adalah 2 perkara yang amat berbeza. Dan mati syahid itu pula bukan keinginan mereka, melainkan setelah itu sahaja pilihan yang ada. Baru lah keinginan itu timbul , setelah mengambil kira faktor ganjaran yang bakal diperolehi. Saya takkan faham kalau ada yang kata orang Islam di sana tidak kisah akan mati.

 Campur tangan Britain adalah propaganda yang kononnya untuk menyerang ISIS,  dan seperti biasa, merupakan juga helah bagi memperoleh mandat untuk menyerang Syria iaitu rakyat Syria. Jika direnungkan, masalah ini telah wujud sejak perang dunia pertama lagi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara kawal berat badan dan info kesihatan mengenainya