Tazkirah

Ramai orang keliru tentang persoalan mengenai takdir. Ramai orang tidak dapat menafsirkan dengan tepat, malah keliru dengan hakikat takdir yang sebenar.

Di sini saya akan menerangkan hakikat takdir dengan bahasa yang ringkas. Mudah-mudahan ia dapat memberi manfaat kita bersama.

Terdapat beberapa contoh yang sukar difahami oleh masyarakat Islam akan persoalan mengenai takdir. Sebagai contoh, jika masa kematian seseorang manusia itu sudah tetap, bagaimana pula doa dapat memperpanjangkan ia ? Sebenarnya masa kematian sesuatu itu memang telah ditetapkan. Perbuatan seseorang manusia yang berdoa agar dapat memperpanjangkan umurnya telah pun memperpanjangkan umurnya. Ini kerana, perbuatan berdoa tersebut telah pun ditakdirkan berlaku. Maka dengan itu, umur manusia tersebut menjadi panjang, bersesuaian dengan apa yang telah dipohon di dalam doa hamba (manusia)tersebut.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara kawal berat badan dan info kesihatan mengenainya