Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2016

Ola Bola [Review]

Imej
Sejak dulu lagi kami selalu berharap suatu hari filem Malaysia boleh menandingi filem-filem antarabangsa baik dari segi sinematografi, lakonan dan muzik, dan nampaknya dengan penayangan filem Ola Bola, impian itu boleh dikatakan tercapai.Ola Bola [Review]Ola Bola merupakan sebuah filem sukan arahan Chiu Keng Guan dan dibintangi oleh JC Chee, Luqman Hafidz, Saran Kumar Manokaran, Marianne Tan, Katrina Ho, Bront Palarae dan Frankie Lee. Ia merupakan satu kisah fiksyen, tetapi diilhamkan oleh situasi yang benar-benar berlaku kepada pasukan bolasepak negara di penghujung tahun 70an dan awal tahun 80an. Malah menurut pengarahnya, terdapat sesetengah babak dalam filem ini diambil secara langsung dari kejadian benar yang berlaku pada ketika itu.Filem in berkisarkan ahli-ahli pasukan bolasepak negara pada awal 80an yang bergelut dengan masalah peribadi dan pada masa yang sama berusaha bersunggu-sungguh dalam sukan yang mereka cintai, iaitu bolasepak. Di samping itu, seorang pengulas sukan pel…

KUIZ teka lagu untuk korang

Cer korang teka lagu kat bawah ni tajuk ape dan sape penyanyi.



Bangun pada hari yang berikutnya
Rembulan semalam tidak kelihatan juga seperti malam-malam sebelum
Namun hadir sang suria untuk berkata sesuatu akhirnya
Ku kira itu suatu petanda yang baik

Namun ianya perit apabila difikir
Bila ku biar ia tenggelam ke dasar
Semua yang berada di sekeliling ku
Ku terlantar di dalam kegelapan
Melihatmu sedang diulit mimpi, amat memilukan

Dan segala apa yang ku tahu Kau harus memberikan seluruh kasih mu padaku Tiada yang terkurang kerana Kau tahu bahawa diriku telah memberikan segala yang kau mahu

Ku berikan seluruh kasih ku padamu

Ku serahkan semua yang ku ada Kerana ku mahu akan cinta yang sejati Tidak mahu pergi dan mengecawakan dirimu Ku berjaga sehingga empat pagi dan air mata mengalir Dan ku mahukan ia suatu perjuangan yang bermakna Apa yang telah kita lakukan selama ini? Sayang, jika kita mahu teruskan, kita perlu lakukan dengan ikhlas.
Apa yang ku mahu adalah kedamaian  Tidak sanggup kehilangan cinta yang te…

Badminton India GP Gold 2016 | Jadual & Keputusan

Imej
Badminton India Grand Prix Gold 2016  Tarikh: 26 Januari - 31 Januari 2016 Kategori: Grand Prix Gold Venue: Stadium Babu Banarasi Das Indoor, India
Senarai Pemain Malaysia:
[ Perseorangan Lelaki ] -Chong Wei Feng -Iskandar Zulkarnain -Goh Soon Huat -Eizlan Shah Misfahul Muneer -Shahzan Shah Misfahul  -Goh Giap Chin -Soong Joo Ven -Zulfadli Zulkiffli
[ Perseorangan Wanita ] -Goh Jin Wei -Ho Yen Mei -Tee Jing Yi
[ Beregu Lelaki ] -Goh V Shem\Tan Wee Kiong -Koo Kien Keat\Tan Boon Heong
[ Beregu Wanita ] -Amelia Anscelly\Soong Fie Cho -Vivian Hoo\Woon Khe Wei
[ Beregu Campuran] -Chan Peng Soon\Goh Liu Ying.
LIVE STREAMING 1. https://www.youtube.com/user/bwf 2. http://goo.gl/RKw6Iy

JADUAL DAN KEPUTUSAN
Selasa, 26 Januari 2016

Rabu, 27 Januari 2016


LIVE SCORE


from SANoktah http://ift.tt/1nmVqM6

Anak murid lelaki dan perempuan, mane lebih jahat?

Kalau ikut pengalaman saya lah sebagai bekas guru, anak murid perempuan lah paling jahanam. Boleh pergi melingkup...

Anak murid lelaki, kalau kita balun dia, torture dia atau sumpah seranah, dia akan faham kenapa kite buat dia macam tu. Anak murid lelaki biasanya akan pasrah dengan hukuman yang diterima. Berbeza dengan kes anak murid perempuan. Especially kalau perangai dah memang semula jadi jahanam. Cikgu mane leh belasah anak murid perempuan macam belasah anak murid lelaki walaupun dia jahat mengalahkan syaitonirrajim. Anak murid perempuan biasanya kaki repot. Walaupun dia bersalah, dia tetap cuba nak menegakkan benang yang basah. Jadi, apa penyelesainnya? Oleh kerana otak aku ni otak si kancil, maka aku pun dapat balas segala yang terpendam di dalam jiwa aku. Dek kerana tak tahan sangat, maka aku pun buat sesuatu.....


Aku mintak tolong cikgu perempuan lain tolong hamburkan kata-kata ammarah yang meluap-luap sambil aku melihat sendiri cikgu perempuan tersebut menunjal-nunjal kepada…

Situasi aku sekarang

Situasi aku sekarang adalah ibarat menunggu kapal angkasa yang akan datang ke sebuah planet yang hampir musnah. Benar, planet itu ibarat kehidupan aku sekarang. Hampir tiada apa lagi.

Aku sebenarnya menunggu kiranya planet ini masih dapat diselamatkan, untuk aku terus menetap di sini. Tetapi, jika kapal itu tiba dahulu, aku tetap akan menaikinya dan pergi. Oleh itu, aku amat berharap planet ini akan pulih sebelum kapal angkasa itu datang.
Jujurnya, waktu umurku 18 hingga 30 tahun, adalah suatu waktu seperti manusia lain. Waktu di mana ramai manusia menikmati hidup mereka. Tak kira lah samada cinta monyet, kemudian putus, kemudian bertemu cinta sejati, dan seterusnya ke gerbang perkahwinan. Cliche kan kisah hidup manusia? Amat typical dan stereotaip. Namun begitu, itu lah yang terbaik sebenarnya, kerana ramai manusia belajar mengenai kehidupan melalui kisah dan pengalaman pahit dan manis yang sebegitu. Namun tidak bagi aku. Kisah hidup aku teramat berbeza dengan sesiapa pun.
Aku menun…

The 5th Wave [Review]

Imej
Filem Sci-Fi di mana makhluk asing ingin merampas bumi dari manusia merupakan salah satu genre kegemaran kami. Setiap filem dengan topik sebegini mempunyai teori-teorinya sendiri dan filem The 5th Wave tidak terkecuali. Kami berpeluang menonton filem ini hari ini kini kami ingin memberi sedikit ulasan mengenainya.The 5th Wave [Review]Seperti yang dipaparkan dalam trailer The 5th Wave, filem ini mengisahkan kapal angkasa makhluk asing yang tiba di bumi dengan tujuan merampasnya dari manusia. Penjajahan berlaku dalam 5 peringkat. Peringkat pertama mereka mematikan segala peralatan elektronik dengan membuat satu gelombang elektromagnetik besar bagi memusnahkan segala peralatan, termasuk kenderaan, yang menggunakan walaupun sedikit peralatan elektronik.Tahap kedua melibatkan gempa bumi besar yang mengakibatkan tsunami yang menenggelamkan bantar-bandar tepi laut dan tasik. Tahap ketiga melibatkan penyebaran virus selsema burung yang kuat, menyebab ramai mati dan tahap keempat memperlihatka…

Jadual Piala FA 2016

Imej
Undian Piala FA 2016 akan berlangsung pada Sabtu, 9 Januari 2016 yang melibatkan 35 pasukan iaitu 12 pasukan dari Liga Super, 12 pasukan dari Liga Premier dan 11 Pasukan dari Liga FAM. 
Perlawanan Piala FA akan dijalankan secara kalah mati untuk pusingan awal. Tarikh dan jadual perlawanan akan dikemaskini kelak.
Logo baru Piala FA turut dilancarkan untuk tahun ini.



from SANoktah http://ift.tt/1SF5pIL

Kenangan aku dan Puteh (Teh)

Imej
Si Teh ni hidup kalau tak silap aku lebih kurang 7 tahun. Dari 2006 sehinggalah 2013. Ibunya nama Teddy. Mungkin sebab warna ibunya tu macam warna beruang teddy. Ibunya tu adik-beradik dengan seekor lagi kucing betina yang lemah-lembut dan sopan santun, tak macam Teddy. Teddy agak lincah dan buas. Nama kucing yang sopan-santun, tak reti marah tu aku dah lupe. Tapi sebab kaler tompok dia tu, mak aku bagi gelaran 'Cak'. Singkatan untuk 'cicak'.
Kematian Teddy agak tragis. Menurut adik aku, dia tergelincir dari bumbung dan terus jatuh ke dalam longkang yang kering. Aku mase tu berada di perantauan. Jadi aku tak tahu berita tersebut.
Cak pun mati tak lame lepas tu. Tak pasti sebab apa. Kadang2 haiwan2 peliharaan kat kawasan rumah aku mati tanpa menunjukkan tanda. Aku syak kena patuk ular. Aku pun tak berapa pasti.
Dalam banyak2 kucing yang kami penah bela, Teh ni la yang berjaya hidup dari awal kelahirannya sehingga mati disebabkan faktor usia; bukan kerana kemalangan ata…