Kenangan aku dan Puteh (Teh)



Si Teh ni hidup kalau tak silap aku lebih kurang 7 tahun. Dari 2006 sehinggalah 2013. Ibunya nama Teddy. Mungkin sebab warna ibunya tu macam warna beruang teddy. Ibunya tu adik-beradik dengan seekor lagi kucing betina yang lemah-lembut dan sopan santun, tak macam Teddy. Teddy agak lincah dan buas. Nama kucing yang sopan-santun, tak reti marah tu aku dah lupe. Tapi sebab kaler tompok dia tu, mak aku bagi gelaran 'Cak'. Singkatan untuk 'cicak'.

Kematian Teddy agak tragis. Menurut adik aku, dia tergelincir dari bumbung dan terus jatuh ke dalam longkang yang kering. Aku mase tu berada di perantauan. Jadi aku tak tahu berita tersebut.

Cak pun mati tak lame lepas tu. Tak pasti sebab apa. Kadang2 haiwan2 peliharaan kat kawasan rumah aku mati tanpa menunjukkan tanda. Aku syak kena patuk ular. Aku pun tak berapa pasti.

Dalam banyak2 kucing yang kami penah bela, Teh ni la yang berjaya hidup dari awal kelahirannya sehingga mati disebabkan faktor usia; bukan kerana kemalangan atau hilang, seperti kebiasaan yang berlaku terhadap kucing2 sebelum.

Teh ni kalau tak silap dia dilahirkan di dalam laci dapur. Tak pun dalam almari aku. Salah satu.. Tapi rasenye dalam almari dapur. Sebab mase  dia lahir tu, bile dah boleh buka mata setelah beberapa hari, adik aku pun nak tengok, tiba2 dia (salah seekor dari anak kucing tu) mendengus dengan bengis. Mak aku tanya adik aku yang mana satu yang mendengus tu. Adik aku cakap yang putih. Mak aku cakap, biasa la, sebab yang 'elok' biasanya begitu. Same la macam manusia pun. 

Teh ni agak istimewa sebab memang tak pernah ada kucing kaler putih sebelum ni. Yang ada pun oren. Panggil dia 'Yen'. Sejak ada putih ni, lahir la zuriat dia yang ala kucing parsi ekor kembang. Putih macam dia gak. Actually sebelum ekor kembang tu dah ada yang sbijik macam Teh, tapi betina. Kire anak dara kepada Teh la. Tapi tiap kali anak dia tu datang dekat nak bermanja, dia mesti lari jejauh. Penah sekali tu dia cakar muke anak dia tu. Teh ni memang tak gentlemen langsung lah. Jiwanya agak keras dan dingin. Satu hari, entah macam mana aku nampak kaki anak Teh yang puteh tu patah terkulai. Aku syak kaki dia tersangkut kat memana dalam jangka masa yang lama dan dia cuba lepaskan diri dengan penuh seksa. Waktu tu takde sape kat rumah. Bila kaki dia dah berjaya lepas, waktu tu kakinya dah patah. Aku balut kaki nya dan buat anduh dengan kayu aiskrim. Tapi kerana kesan luka, aku tak sampai hati. Takut kena jangkitan. Lepas beberapa hari, aku 'test' buka balutan. Kaki dia tak pulih juga. Anak teh tu kekal capek sehingga dia mati kemalangan. Kemudian tak lame lepas tu, baru lah lahir adiknya. Dia la Teh ekor kembang, anak Teh generasi yang kedua. Bukan cucu.

Adik beradik yang lahir skali dengan Teh kebanyakannya hilang. Belakang rumah dulu2 ada biawak komodo. Besau gile. Dia la yang slalu makan anak2 kucing. Ikan dalam kolam pun dia sebat. Tapi ok la, sebab bende yang menjalar tu takut sikit dengan dia. Tapi biawak tu pun dah berjaya lari keluar. Mase tu dia terkejut ternampak mak yang tengah sidai baju kat belakang rumah. Dia lari terkedek-kedek sampai depan rumah. Aku pun cuak gak sebab tak penah tengok biawak besar tu. Dengar kata biawak jenis ni boleh serang manusia. Tapi nasib baik semua tak apa2.

Teh mati betul2 depan pagar di luar  rumah. Sebelum dia mati, dia kurus tak mau makan. Bagi makan pun dia tak nak makan. Tapi dia tahu mintak. Entah ape dia nak. Tapi aku sedih gak dengan Teh ni. Dia dah macam takut2 nak datang dekat. Selalu gi mintak makan kat rumah jiran. Kekadang tu sampai berhari-hari tak balik. Asal jumpe je kat tepi jalan dia lari lepas tengok aku. Entah kenapa. Panggil pun tak nak datang. Mungkin dia tak nak kongsi wilayah dengan anak2 dia kot. Mungkin bagi dia kawasan rumah dia dulu dah jadi territory atau jajahan anak2 dia seperti Teh ekor kembang dan yang lain. Cara kematian Teh pun misteri. mati disebalik pokok2 bunga di luar rumah. Agak tertutup. Dah bape hari pun tak berulat. Bau dia hampir tiada. Tak lame lepas Teh meninggal, Teh ekor kembang pun hilang entah ke mana. Aku tanam Teh kat belakang rumah.



P.S : Baru ingat, name Cak tu adalah 'Melon'! (Watermelon).

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara kawal berat badan dan info kesihatan mengenainya