KUIZ teka lagu untuk korang

Cer korang teka lagu kat bawah ni tajuk ape dan sape penyanyi.



Bangun pada hari yang berikutnya
Rembulan semalam tidak kelihatan juga seperti malam-malam sebelum
Namun hadir sang suria untuk berkata sesuatu akhirnya
Ku kira itu suatu petanda yang baik

Namun ianya perit apabila difikir
Bila ku biar ia tenggelam ke dasar
Semua yang berada di sekeliling ku
Ku terlantar di dalam kegelapan
Melihatmu sedang diulit mimpi, amat memilukan

Dan segala apa yang ku tahu
Kau harus memberikan seluruh kasih mu padaku
Tiada yang terkurang kerana
Kau tahu bahawa diriku telah memberikan segala yang kau mahu

Ku berikan seluruh kasih ku padamu

Ku serahkan semua yang ku ada
Kerana ku mahu akan cinta yang sejati
Tidak mahu pergi dan mengecawakan dirimu
Ku berjaga sehingga empat pagi dan air mata mengalir
Dan ku mahukan ia suatu perjuangan yang bermakna
Apa yang telah kita lakukan selama ini?
Sayang, jika kita mahu teruskan, kita perlu lakukan dengan ikhlas.

Apa yang ku mahu adalah kedamaian 
Tidak sanggup kehilangan cinta yang telah dibina
Ingat kah lagi janji bahawa kau akan berubah
Jangan biarkan ku kecewa
Tidak adil buatmu
Aku tidak sempurna, dapatkah kau berikan cinta ini?

Oh sayang, kau tahu apa yang ku perlu darimu
Serahkan segala jiwa mu kepada ku
Kita tidak dapat lari dari perasaan ini
Berikan segala jiwa yang kau miliki




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara kawal berat badan dan info kesihatan mengenainya