Situasi aku sekarang

Situasi aku sekarang adalah ibarat menunggu kapal angkasa yang akan datang ke sebuah planet yang hampir musnah. Benar, planet itu ibarat kehidupan aku sekarang. Hampir tiada apa lagi.


Aku sebenarnya menunggu kiranya planet ini masih dapat diselamatkan, untuk aku terus menetap di sini. Tetapi, jika kapal itu tiba dahulu, aku tetap akan menaikinya dan pergi. Oleh itu, aku amat berharap planet ini akan pulih sebelum kapal angkasa itu datang.

Jujurnya, waktu umurku 18 hingga 30 tahun, adalah suatu waktu seperti manusia lain. Waktu di mana ramai manusia menikmati hidup mereka. Tak kira lah samada cinta monyet, kemudian putus, kemudian bertemu cinta sejati, dan seterusnya ke gerbang perkahwinan. Cliche kan kisah hidup manusia? Amat typical dan stereotaip. Namun begitu, itu lah yang terbaik sebenarnya, kerana ramai manusia belajar mengenai kehidupan melalui kisah dan pengalaman pahit dan manis yang sebegitu. Namun tidak bagi aku. Kisah hidup aku teramat berbeza dengan sesiapa pun.

Aku menunggu terlalu lama. Terlalu lama...hingga planet yang tiada harapan pun boleh musnah. Begitu lamanya aku menunggu. Akhirnya, masa remaja aku berlalu begitu saja. Tanpa sekurang-kurangnya hiburan yang dapat aku ingati. Dan gadis-gadis pula mungkin mahu yang belum di pertengahan, padahal yang belum di pertengahan tak semestinya seksi. Malahan kebudak-budakkan dan sama seperti mereka jua, hingus masih mak yang lapkan, dan cenderung untuk berlalu pergi. Tapi itu lah mindset yang selalu ada pada si gadis. Memang typical, cliche dan stereotaip. Jangan nanti meroyan dah le...

Mungkin smua manusia sama. Suka kepada yang zahir. Tak mengapa. Jika mahu apa yang ternampak, aku akan turuti. Tapi kalau dah terlanjur, tanggung lah sendiri . Jangan salah sesiapa...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara kawal berat badan dan info kesihatan mengenainya