LTDL 2016 (Le Tour de Langkawi) | Jadual & Keputusan

LTDL 2016

Jelajah lumba basikal Le Tour De Langkawi edisi ke-21 dijadual bermula pada 24 Februari ini di Kedah dan berakhir di Melaka pada 2 Mac depan membabitkan lapan peringkat perlumbaan meliputi jarak sejauh 1,182.4 kilometer. Sebanyak 22 pasukan terlibat dalam perlumbaan berstatus Hors Classe 2.0 itu, disertai tiga pasukan World Tour iaitu Astana, Tinkoff dan Dimension Data serta tiga pasukan tempatan iaitu skaud kebangsaan Malaysia, Terengganu Cycling Team (TSG) dan NSC-Mycron.

LE TOUR DE LANGKAWI 2016
Tema : Asia's Greatest Challenge
Tarikh : 24 Februari hingga 2 Mac 2016
Pasukan : 22 pasukan
Website : www.ltdl.com.my

PASUKAN MALAYSIA
1. Amir Mustafa Rusli (kapten)
2. Loh Sea Keong
3. Mohd Fauzan Ahmad Lutfi
4. Nik Mohd Azwan Zulkifle
5. Nur Aiman Mohd Zarif
6. Mohd Azri Ahmad

PASUKAN TERENGGANU CYCLING TEAM (TSG)
1. Adiq Husainie Othman (kapten)
2. Anuar Manan
3. Harrif Saleh
4. Nur Amirul Fakhruddin Mazuki
5. Shahrul Mat Amin
6. Goh Choon Huat

PASUKAN NSC-MYCRON
1. Muhammad Zawawi Azman
2. Muhamad Afiq Huznie Othman
3. Sofian Nabil Mohd Bakri
4. Irwandie Lakasek
5. Akmal Hakim Zakaria
6. Mohd Nazri Muhamad.

PETA LALUAN LTDL 2016
Peta Laluan LTDL 2016

Perlumbaan LTDL 2016 boleh disaksikan secara lintas langsung di saluran RTM TV1. Lihat jadual dibawah untuk dapatkan waktu siaran setiap peringkat. Sorotan harian pula akan disiarkan pada setiap hari jam 11.05 malam. 

LIVE STREAM TV1 | Link 


JADUAL & KEPUTUSAN LTDL 2016
*keputusan akan dikemaskini kelak

PERINGKAT 1:
Rabu, 24 Februari 2016
Laluan : Kangar (Perlis) ke Baling (Kedah) 
Jarak : 165.5km
Live : TV1 (1.30 petang)

PERINGKAT 2 
Khamis, 25 Februari 2016
Laluan : Kulim (Kedah) ke Penang
Jarak : 159.2km
Live : TV1 (12.00 tengah hari)

PERINGKAT 3
Jumaat, 26 Februari 2016
Laluan : Kuala Kangsar (Perak) ke Tapah (Perak)
Jarak : 107km
Live : TV1 (4.30 petang)

PERINGKAT 4
Sabtu, 27 Februari 2016
Laluan : Dataran MBI (Ipoh, Perak) ke Tanah Rata (Cameron Highlands)
Jarak : 129.4km.
Live : TV1 (1.30 petang)

PERINGKAT 5
Ahad, 28 Februari 2016
Laluan : Tapah (Perak) ke Dataran Merdeka (KL)
Jarak : 149.9km
Live : TV1 (2.00 petang)

PERINGKAT 6
Isnin, 29 Februari 2016
Laluan :  Wisma KBS (Putrajaya) ke Rembau (Negeri Sembilan)
Jarak : 147.6km.
Live : TV1 (1.30 petang)

PERINGKAT 7
Selasa, 1 Mac 2016
Laluan : Seremban (Negri Sembilan) ke Parit Sulong (Johor)
Jarak : 203.2km
Live : TV1 (2.00 petang)

PERINGKAT 8
Rabu, 2 Mac 2016
Laluan : Batu Pahat (Johor) ke Melaka
Jarak : 119.9km
Live : TV1 (2.30 petang)




from SANoktah http://ift.tt/1XLz0Rs

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara kawal berat badan dan info kesihatan mengenainya