Perempuan sekarang lebih terbuka bincang pasal 'benda' sensitif diorang

Benda sensitif yang aku maksudkan di sini adalah mengenai alat sulit diorang. Diorang bincang secara terbuka sampai laki2 yang masih teruna dan tak tahu menahu, jadi langsung tahu. ..

Zaman dulu, benda2 macam ni adalah taboo ataupun terlarang. Kalau terlepas cakap pun, mesti dah macam kes besar. Tapi zaman sekarang?

Anda semua tahu mengapakah zaman sekarang orang perempuan dah 'kurang' rasa malu diorang? Jawapannya adalah....INTERNET...


Pengguna internet bukannya lelaki sorang je, perempuan pun guna juga. Macam lah orang lelaki tak tahu ape yang orang perempuan buat dengan internet. Sebagai contoh, kalau lelaki yang lebih cenderung terlibat dalam gejala filem porno, orang perempuan pun sama lah jugak. Sebab mereka juga manusia yang mempunyai hawa nafsu. Zaman sekarang, orang yang tak kuat iman lebih ramai daripada yang beriman...

Kita bukan hidup di zaman Nabi. Jangan nak tipu lah...Kalau pakai tudung labuh macam mana pun, mesti pernah terlibat dengan gejala macam ni. Tak banyak , sikit. Sebabnya? Macam2..

Faktor seterusnya tentang 'mengapa perempuan sekarang lebih terbuka' adalah kerana kemungkinan mereka telah menyedari bahawa dunia terbuka pada hari ini telah menyebabkan kanak2 yang sepatutnya tidak terdedah kepada perkara2 begini, telah pun 'pandai' di dalam bab2 atau perkara2 yang sebegini pada awal usia mereka lagi. Jika2 kanak2 pun senang terdedah, apatah lagi orang dewasa yang sememangnya telah 'sedia pandai'. Tak perlu diajar pun. Maka dengan itu, orang perempuan dah 'tak kesah' jika hal2 sensitiviti mereka dibincangkan secara terbuka, dek kerana mengambilkira bahawa manusia sekarang, kecik besar, semuanya telah pun 'sedia pandai' bab2 mengenai wanita...

P.S : Semua yang ditulis merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis adalah seorang  graduan lepasan sarjana muda. Berusia menjangkaui 30-an. Pandangan penulis bukan sesuatu yang fakta dan boleh dipertikai. Sekian.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara kawal berat badan dan info kesihatan mengenainya