X-Men Apocalypse [Review]

Francais X-Men arahan Bryan Singer dilihat semakin hangat dan filem terbaharu dalam francais itu, X-Men Apocalypse ditunggu-tunggu ramai. Berbaloikah penantian para peminat X-Men? Kami sempat menonton filem ini dan penilaian kami menyusul.

X-Men Apocalypse

X-Men Apocalypse [Review]

Filem X-Men Apocalypse mengisahkan Apocalypse, yang merupakan mutan pertama di dunia yang kekal hidup dengan memindahkan “rohnya” ke dalam mutan lain setelah dirinya telah menjadi terlalu tua. Pada zaman firaun di Mesir, beliau dianggap tuhan, tetapi dalam satu upacara pemindahan roh, beliau dikhianati askar beliau, menyebabkan beliau tertanam dalam keadaan tidak sedarkan diri sehingga tahun 1984.

Di sinilah beliau mengatur langkah untuk menguasai dunia dengan merikrut mutan-mutan yang tidak mempunyai arah tujuan. Adakah beliau akan berjaya? Atau dapatkan X-Men mengalahkannya? Tontonlah filem ini di pawagam untuk mengetahui kesudahannya.

_1444660775

Jalan Cerita dan Lakonan

Kisah dalam filem ini menyambung dari filem X-Men Days of Future Past di mana Magneto telah menghilangkan diri dan diburu oleh pihak berkuasa dunia. Cara pengolahan jalan ceritanya bagi menyambung kisah itu dibuat dengan sangat baik dan tidak membebankan memori kami untuk mengingat apa yang berlaku dalam filem lepas.

Pengenalan watak-watak baharu juga dibuat dengan baik dan lancar. Kali ini, watak Quicksilver mendapat perhatian penonton di mana beliau menjadi penyeri dengan menampilkan lawak jenaka yang melucukan.

xmen-apocalypse-gallery-06

Secara keseluruhan, kami berpuas hati dengan  jalan cerita filem ini yang menarik dan penuh dengan babak lucu, sedih dan mendebarkan. Kemunculan watak “jemputan” (untuk mengetahui siapa watak tersebut, tontonlah filem ini di pawagam) juga menerangkan sedikit sebanyak mengenai asal-usul watak tersebut dan bagaimana beliau bertemu dengan X-Men.

Tiada komen negatif mengenai lakonan para pelakon utama, namun watak sampingan, Major Stryker agak kaku dan tidak natural menyebabkan kami tidak menyukai watak tersebut. Watak Nightcrawler juga sedikit kaku, tetapi mungkin kerana itu sememangnya sifat watk tersebut yang pemalu.

X-Men Apocalypse

Kesan Khas dan Skor Muzik

Berkenaan kesan khas, kami kuran gemar animasi kredit pembukaan yang dilihat terlalu kartun dan kesan khasnya kelihatan kurang menarik.

Satu perkara menarik mengenai filem ini ialah ia memaparkan kesan darah, secara spesifik dalam satu babak di mana ramai askar dibunuh oleh watak “jemputan” ketika melarikan diri. Jika dilihat akhir-akhir ini, filem-filem kurang menggunakan kesan darah, kami rasakan kerana mahu mengekalkan klasifikasi filem PG-13.

Skor muziknya pula cukup sempurna dan bejaya menaikkan mood filem berdasarkan babak-babaknya.

ChAIAMfWYAADGE2

Positif Vs Negatif

Positif

  • Jalan cerita disusun dengan koheren dan menarik.
  • Lawak jenaka yang mencuit hati
  • Watak-watak baharu yang menarik.

Negetif

  • Secara keseluruhan, babak aksi tidak sehebat Avengers.

X-Men Apocalypse

Kesimpulan

Filem X-Men Apocalypse merupakan antara filem X-Men terbaik dalam francaisnya. Kekuatannya adalah dari segi jalan cerita dan watak-wataknya. Ia berjaya mengaitkan filem-filem X-Men terdahulu dengannya serta membentangkan kemungkinan-kemungkinan untuk filem akan datang.

Filem ini tidaklah memberi perasaan WOW kepada penonton, tetapi memberikan kepuasan dalam tinggi. Apa pun, yang pastinya, filem ini lebih menarik dan bermakna daripada filem Captain America terbaharu.

Penilaian: 7.5/10

IMDB

The post X-Men Apocalypse [Review] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/1qyREAu

Dajjal akan muncul tak lama lagi. Menurut kajian, tahun 2016 adalah tahun cuaca paling panas dalam sejarah pernah direkodkan.

Seingat aku, tahun 2014 dah mula cuaca tahunan yang tak menentu ni. Kalau sesiapa masih ingat, selama 3 bulan hujan tak turun bermula awal tahun tu. Jarang berlaku kemarau sebegitu di negara kita. Paling kurang mesti ada sehari dua hujan. Yang ini berterusan sehingga 3 bulan lamanya. Kemudian setiap tahun berikutnya sehingga sekarang 2016, perkara yang sama juga berlaku. Malah tempoh kemaraunya makin tahun, makin panjang.....


Teringat aku satu hadis tentang kiamat. Iaitu Dajjal akan keluar di antara 3 tahun kemarau. Mungkin kemarau tahun ini. Mungkin lagi 2 tahun. Tapi naluri aku mengatakan, memang tak lama. Takkan sampai generasi anak-anak cucu kita, seperti yang sesetengah ustaz2 gembar-gemburkan. Ada ustaz kata lebih kurang 50 tahun lagi. Ada yang kata lebih kurang 200 tahun. Dan Dajjal ni pula, ada macam2 pendapat. Ada yang kata Dajjal ini adalah Amerika dan sekutunya iaitu Iran yang menyerang Syria pada masa kini. Termasuk juga Basyar Assad dan beberapa lagi buah negara.

Dan kalau benarlah mereka lah Dajjal yang dikatakan di dalam hadis, seperti suatu hadis sahih yang mengatakan Dajjal itu akau keluar dari Isfahan, Iran. Maka benarlah mereka lah Dajjal kerana telah bersekongkol dengan Amerika, membunuh saudara seislam mereka sendiri. Pengkhianat yang amat wajar sekali ditawan dan dibunuh.

Sebagai info, Iran baru2 ini menghantar beribu-ribu penembak hendap ke Syria....Dan ISIS yang diperalatkan itu, mungkin tentera as-Sufyani, yang akan cuba menyerang Mekah tidak lama lagi. Para mujahidin di Syria tak menyangka bahawa Iran sanggup berbuat begitu kepada mereka...







Angry Birds Movie [Review]

Kami yakin tentu kebanyakan dari anda pernah bermain permainan video Angry Birds, samada di telefon pintar, tablet atau komputer anda. Oleh kerana itu, kami menjangkakan Angry Birds Movie merupakan salah satu filem animasi komputer yang ditunggu-tunggu anda.

Angry Birds Movie

Angry Birds Movie [Review]

Angry Birds Movie mengisahkan Red, seekor burung berwarna merah yang hidup dalam komuniti burung berbilang spesis. Beliau yang bersifat pemarah dan anti sosial, mengasingkan diri dengan membina rumah di tepi pantai, jauh dari komuniti itu.

Akibat kesalahan yang dilakukannya atas sebuah keluarga yang ingin menyambut kelahiran (penetasan telur) anak mereka, Red dihukum untuk pergi ke kelas pengurusan kemarahan. Di situlah beliau berkenalan dengan Chuck (kuning) dan Bomb (hitam).

Screen_Shot_2015-09-23_at_10.42.51_AM.0.0

Suatu hari, sebuah kapal tiba di pulau burung itu dan dua ekor khinzir hijau turun untuk memperkenalkan diri dan memperkenalkan barangan sebagai hadiah. Walaupun seluruh komuniti menyambut mereka dengan baik, Red curiga akan niat para khinzir ini. Apakah niat sebenar mereka datang ke pulau burung itu? Untuk mengetahui jawapannya, tontonlah filem ini di pawagam.

Angry-Birds-Movie-Official-Trailer-3

Jalan Cerita dan Lakonan Suara

Seperti yang diharapkan, filem Angry Birds Movie menampilkan semua watak-watak yang anda telahpun kenal dalam permainan video Angry birds 1 dan 2 dan siri-siri berkaitan. Namun watak utama filem ini adalah Red, Chuck dan Bomb, serta guru terapi mereka iaitu Matilda (burung yang boleh mengeluarkan bom dari punggungnya).

Jalan ceritanya agak mudah difahami, namun kami merasakan jalan ceritanya mungkin sukar sedikit difahami bagi kanak-kanak di bawah 10 tahun. Sungguhpun begitu, kami juga rasakan, dengan penampilan watak-wataknya, sudah cukup untuk menghiburkan mana-mana kanak-kanak, walaupun mereka tidak faham jalan ceritanya.

HB

Jika dibandingkan dengan filem Disney atau Pixar, lawak jenaka yang ditampilkan dalam filem ini tidaklah begitu lucu jika dibandingkan dengan filem seperti Big Hero 6 atau Wall-e. Mungkin kerana watak utama iaitu Red terlalu serious dan tidak lucu. Tetapi ini tidak bermakna keseluruhan filem ini tidak lucu. Ia juga dipenuhi lawak bersahaja, cuma tidak selucu filem Disney dan Pixar. Mungkin juga ini kerana kami orang dewasa dan citarasa lucu kami berbeza.

Lakonan suaranya tiada masalah terutamanya suara Leonard, Raja Khinzir, yang sangat sesuai dengannya. Suara Chuck juga harus diberi pujian kerana bukan sahaja pelakon suaranya perlu bercakap, malah menyanyi  dan bukan menyanyi sebarang lagu, tetapi lagu dengan suara soprano. Begitu juga dengan beberapa watak lain yang menyanyi dengan baik.

angry-birds-trailer-2-screenshot-pig-egg

Muzik

Salah satu aspek penting yang patut diketengahkan juga adalah aspek muziknya yang menghiburkan. Ia menampilkan pelbagai lagu oldies, lagu “country” dan tidak dilupakan lagu tema Angry Birds yang digubah mengikut kesesuaian. Tanpa lagu-lagu ini, filem Angry Birds Movie pasti kurang serinya.

Positif vs Negatif

Positif

  • Menampilkan watak-watak dalam permainan video Angry Birds
  • Pelakon suara berbakat
  • Menghiburkan

Negatif

  • Kelucuan bukanlah kekuatan filem ini.
  • Jalan ceritanya mungkin berbeza dari video-video dalam aplikasi permainan Angry Birds.

red_news_trailer_01

Kesimpulan

Kesimpulannya, filem ini lebih kepada filem untuk peminat Angry Birds. Kelucuan bukanlah kekuatan utamanya, tetapi tidak dapat dinafikan ia merupakan sebuah filem animasi komputer yang menghiburkan. Kami yakin jika anda sekeluarga menonton filem ini, anda pasti terhibur. Cuma mungkin akan kedengaran gelak-ketawa yang kurang sedikit berbanding filem animasi yang lain. Apa pun, kami merekomen filem ini kepada mereka yang berkeluarga dan mereka yang inginkan satu filem yang santai bagi melepaskan tekanan.

Penilaian: 7/10

IMDB

The post Angry Birds Movie [Review] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/1V0bdhD

Badminton Piala Uber 2016 | Jadual & Keputusan

Piala Uber 2016

Skuad Piala Uber negara diundi dalam Kumpulan A bakal berdepan cabaran China dan Sepanyol. Lihat jadual perlawanan Malaysia dibawah.

Badminton Piala Uber 2016 (Uber Cup)
Tarikh : 15 Mei - 22 Mei 2016
Lokasi : Kunshan, China
Website : http://en.ks2016.com/

SENARAI KUMPULAN

SKUAD PIALA UBER 2016

#Perseorangan Wanita
1. Tee Jing Yi
2. Goh Jin Wei
3. Ho Yen Mei
4. Soniia Cheah

#Beregu Wanita
1. Vivian Hoo
2. Woon Khe Wei
3. Amelia Alicia Anscelly
4. Lee Meng Yean
5. Chow Mei Kuan
6. Goh Liu Ying

LIVE ASTRO ARENA 801 

LIVE STREAMING
1. https://www.youtube.com/user/bwf
2. http://goo.gl/RKw6Iy

JADUAL & KEPUTUSAN
Jadual Piala Uber 2016


LIVE SCORE



from SANoktah http://ift.tt/1T7IgPD

Precious Cargo [Review]

Sekali-sekala kami terdorong untuk menonton filem yang tidak ternama dan filem Precious Cargo merupakan salah satu daripadanya. Walaupun ia sebuah filem tidak ternama, ia dibintangi Bruce Willis, seorang pelakon filem aksi veteran terkenal. Kami cuma ingin tahu adakah filem ini berkisar tentang apa.

Precious cargo

 

Precious Cargo [Review]

Filem Precious berkisar tentang Jack, seorang pakar perancang rompakan yang merompak bersama kumpulan perompak yang diupah mengikut tugasan yang diambil. Suatu hari bekas teman wanitanya Jenna, juga seorang perompak kembali kepadanya dan mengatakan beliau sedang diburu oleh ketua kumpulan jenayah terancang bernama Eddie. Beliau hanya boleh selamat jika Jack bersetuju untuk merompak sebuah trak keselamatan yang membawa berlian.

Mampukah Jack dan rakan-rakannya merompak trak tersebut dan seterusnya menyelamatkan bekas teman wanitanya, Jenna? Tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

maxresdefault (4)

Jalan Cerita dan Lakonan

Perkara pertama yang kami sedari mengenai filem ini ialah ia merupakan filem dengan bajet kecil. Plotnya sangat klise dan disusun secara amatur. Namun, sungguhpun begitu, filem ini masih mampu membuatkan kami menontonnya sehingga ke penghujungnya dengan beberapa “plot twist” yang agak menarik, walaupun secara keseluruhannya jalan cerita filem ini ketara ditulis secara amatur.

Malah satu perkara pelik mengenai jalan cerita filem ini ialah bagaimana Logan (kawan perempuan Jack) mempertahankannya dari Jenna yang beliau rasakan mahu menipu Jack. Biasanya lelaki yang mempertahankan kawan perempuan daripada ditipu, namun dalam filem ini sebaliknya. Ia tidak salah, tetapi agak janggal.

precious_cargo__2016_282

Lakonan juga menjadi satu masalah besar bagi filem ini. Walaupun watak utamanya dilakonkan dengan baik, lakonan watak sokongan seperti watak Logan yang merupakan penembak tepat dan kawan rapat Jack jelas sekali kaku. Tidak dapat dinafikan watak beliau sememangnya seorang yang kurang berperasaan, namun lakonannya terlalu kaku.

Watak-watak sampingan lain pula mempunyai lakonan samada terlalu bersemangat atau mempunyai gaya lakonan yang kurang “natural“.

Kesan Khas

Kesan khas yang ditampilkan dalam filem ini juga kelihatan secara keseluruhannya amatur. Efek tembakan jelas sekali ditambah menggunakan komputer pasca-produksi dan kadang kala tembakan yang terkena orang tidak mengeluarkan kesan darah. Mungkin kekangan bajet menyebabkan kesan khas filem ini tidak mencapai standard filem-filem Holywood yang terkenal.

maxresdefault (7)

Positif vs Negetif

Positif

  • Ia sebuah filem bajet yang tidak berpura-pura menjadi sebuah filem box office.
  • Walaupun bajetnya kecil, ia bukanlah filem murahan dan masih boleh ditonton.

Negatif

  • Lakonan kurang mantap dari pelakon sokongan.
  • Jalan cerita yang klise.
  • Kesan khas yang berada pada peringkat bajet.

5

Kesimpulan

Walaupun kami memberikan banyak komen negatif mengenai filem Precious Cargo, namun sebenarnya ia tidaklah seteruk yang disangkakan, cuma ia ditayangkan di tempat yang salah. Ia tidak sepatutnya ditayangkan di pawagam, sebaliknya ditayangkan sebagai filem TV seperti filem dalam segmen Cerekarama. Jika dinilai sebagai sebuah filem TV kami boleh katakan ia filem yang OK. Namun, kami tidak boleh rekomen anda menonton filem ini di pawagam.

Penilaian : 4/10

IMDB

The post Precious Cargo [Review] appeared first on WayangKini.



from WayangKini http://ift.tt/1rUiULb