Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2016

Independence Day Resurgence [Review]

Imej
Bagi mereka yang membesar pada tahun 90an tentu tahu betapa epiknya filem Independence Day asal yang diterbitkan pada tahun 1996. Ketika itu, ia merupakan filem pertama yang memaparkan penjajahan makhluk asing ke atas bumi dengan baik sekali. Oleh kerana itu, tidak hairanlah, ramai (termasuk kami) yang mempunyai harapan tinggi kepada sekuelnya, Independence Day Resurgence yang mula ditayangkan di pawagam semalam. Tetapi, dapatkah ia memuaskan harapan peminatnya? Kami telah menonton filem ini untuk mengetahui jawapannya.Independence Day Resurgence [Review]Filem Independence Day Resurgence berlangsung 20 tahun selepas serangan pertama makhluk asing ke atas bumi. Ketika ini manusia telah menggunakan teknologi yang diambil dari makhluk asing yang dikalahkan 20 tahun lalu untuk membina persenjataan yang mampu menandingi teknologi makhluk asing itu, termasuk pangkalan pertahanan angkasa di bulan.Suatu hari, sebuah kapal angkasa berbentuk sfera telah muncul di kawasan pangkalan pertahanan di…

The Conjuring 2 [Review]

Imej
Semasa filem pertama The Conjuring ditayangkan tidak lama dahulu, ia menerima hype yang tinggi mengatakan ia filem paling seram, malangnya menurut review kami, ia tidaklah seseram mana. Kali ini perkara sama terjadi dengan The Conjuring 2 di mana ia menerima hype bahawa ia filem yang sangat seram. Tetapi adakah ia berjaya menyamai apa yang telah digembar-gemburkan?The Conjuring 2 [Review]The Conjuring 2 sekali lagi mengikuti kisah pasangan paranormal Patrick Wilson dan Vera Farmiga. Setelah menyiasat kes paranormal Amityville, pasangan ini diperkenalkan pula dengan kes baharu yang membawa mereka ke London, England, lebih tepat lagi di Enfield.Dalam kes ini satu keluarga ibu tunggal dan 4 anak telah mengalami gangguan roh jahat yang menyebabkan pelbagai perkara pelik dan seram berlaku. Patrick dan Vera dipanggil untuk mengesahkan kesahihan kejadian paranormal itu sebelum menyerahkan kepada pihak gereja.Apakah yang berlaku sebenarnya? Semuanya akan dibongkarkan dengan menonton filem ini…

Warcraft The Beginning [Review]

Imej
Kami bukanlah pemain permainan video Warcraft mahupun peminatnya, kami biasa mendengar mengenai permainan ini sejak ia dilancarkan semasa kami berada di bangku sekolah menengah pada penghujung 90-an. Jadi, kami tertarik untuk menonton filem adaptasi permainan video tersebut yang telah mula ditayangkan di pawagam baru-baru ini. Walaupun ulasan awal dari pengkritik filem yang menonton Warcraft The Beginning lebih ke arah negatif, seperti biasa, kami lebih gemar membuat ulasan sendiri.Warcraft The Beginning [Review]Warcraft The Beginning mengisahkan permulaan pergolakan antara dunia Orc dan Azeroth yang dihuni manusia dan beberapa kaum lain yang berlanjutan selama beratus tahun. Dunia Orc yang  kian tenat menyebabkan mereka menggunakan kuasa sihir gelap untuk menghasilkan portal ke Azeroth dengan tujuan menawan dunia tersebut. Tetapi penggunaan sihir gelap ini mengorbankan nyawa untuk digunakan.Ditengah-tengah pergolakan ini, terdapat beberapa watak. Duratan merupakan seorang pembesar da…

Apa itu sebenarnya 'yang hidup'?

Perkataan hidup di dalam bahasa Arab disebut hayy. Hayyu Qayyum adalah bermaksud 'hidup' dan 'berdiri dengan sendirinya'. Ini adalah salah satu daripada sifat Allah. Allah Maha Hidup dan juga berdiriNya adalah dengan sendiriNya, tanpa bantuan apa jua makhluk.
Oleh itu, apa yang 'hidup' sebenarnya? Bila kita berbicara mengenai sesuatu yang hidup, tidak dapat tidak ia akan mempunyai kaitan dengan roh. Kadang-kadang, manusia mendefinisikan roh sebagai 'semangat'. Kita ambil contoh seorang manusia yang sedang mengalami kerasukan. Jika kita mengatakan roh adalah semangat, adakah semangat luar biasa yang dialami oleh manusia yang sedang dirasuk itu disebabkan oleh roh? Dan jika jawapannya adalah ya, persoalannya boleh kah roh yang menyebabkan kerasukan itu berlaku, berada di dalam satu jasad yang telah sedia mempunyai roh? Tidak mungkin satu jasad memiliki sehingga dua roh sekaligus.

Teenage Mutant Ninja Turtles Out if The Shadows [Review]

Imej
Kami sebenarnya tidak berapa menggemari filem Teenage Mutant Ninja Turtles yang pertama. Ia OK, tetapi tidaklah sehebat mana. Kini filem keduanya, Teenage Mutant Ninja Turtles Out if The Shadows telah mula ditayangkan dan kami mahu melihat samada ia menampilkan apa-apa pembaharuan yang menarik.Teenage Mutant Ninja Turtles Out if The Shadows [Review]Filem Teenage Mutant Ninja Turtles Out if The Shadows menyambung kisah filem pertama di mana Sensei Shredder telah ditangkap oleh pihak berkuasa. Tetapi dalam perjalanan untuk ke penjara, beliau telah diselamatkan konco-konconya dan jelas sekali mereka mempunyai agenda tersendiri yang melibatkan mesin teleport yang mampu membawa sebarang objek atau orang dari satu tempat ke tempat yang lain dengan sekelip mata.Sementar itu wira-wira kita sedang bergelut dengan masalah identiti di mana mereka mahu lebih dikenali dan dihargai warga New York. Apakah yang akan mereka lakukan untuk mengatasi konflik tersebut dan apa pula rancangan pihak Shredder…

Sengaja sombong atau tindak balas semulajadi untuk mengelak dibuli dan diperleceh??

Kadang-kadang aku pi beli makan kat restaurant fast-food yang ada drive-thru. Aku memang suka pi situ sebab convenient. Tapi ada satu masalah sikit bila aku pi situ. Banyak sangat budak2 lepas SPM yang kerja kat situ. Aku pernah tengok satu video, budak yang buat ayam KFC tu suka2 dia pi calit ayam bersalut tepung yang belum dimasak kat tapak kasut dia sebelum digoreng. Kawan dia pulak tukang ambik gambar.


BUkan aku nak stereotaip budak2 yang kerja kat fast-food outlet macam ni. Aku langsung tak pandang hina pun.

Sedangkan dalam banyak-banyak biji yang busuk dalam sebiji buah, pasti ada beberapa yang elok. Dan kadang kadang tu, banyak laGI yang elok dari yang busuk.

Aku sebenarnya nak bagitau pasal diri aku dalam entry ni. Dah aku yang taip entry ni, suka ati aku la nak cerita pasal aku. Ye tak? Ape hal lak nak cerita pasal budak budak pulak tu lebih lebih...


Tau tak kenapa aku kurang selesa berinteraksi dengan budak budak umur bawah 30 tahun yang terima order dan pass makanan kat cus…