Apa itu sebenarnya 'yang hidup'?

Perkataan hidup di dalam bahasa Arab disebut hayy. Hayyu Qayyum adalah bermaksud 'hidup' dan 'berdiri dengan sendirinya'. Ini adalah salah satu daripada sifat Allah. Allah Maha Hidup dan juga berdiriNya adalah dengan sendiriNya, tanpa bantuan apa jua makhluk.

Oleh itu, apa yang 'hidup' sebenarnya? Bila kita berbicara mengenai sesuatu yang hidup, tidak dapat tidak ia akan mempunyai kaitan dengan roh. Kadang-kadang, manusia mendefinisikan roh sebagai 'semangat'. Kita ambil contoh seorang manusia yang sedang mengalami kerasukan. Jika kita mengatakan roh adalah semangat, adakah semangat luar biasa yang dialami oleh manusia yang sedang dirasuk itu disebabkan oleh roh? Dan jika jawapannya adalah ya, persoalannya boleh kah roh yang menyebabkan kerasukan itu berlaku, berada di dalam satu jasad yang telah sedia mempunyai roh? Tidak mungkin satu jasad memiliki sehingga dua roh sekaligus.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara kawal berat badan dan info kesihatan mengenainya