Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2016

The Man Who Knew Infinity [Review]

Imej
Filem The Man Who Knew Infinity bukanlah sebuah filem yang kami tunggu-tunggu. Namun kerana ia kerap disebut oleh beberapa orang di sekeliling kami, kami mengambil keputusan untuk review filem ini.The Man Who Knew Infinity [Review]Filem The Man Who Knew Infinity mengisahkan kisah benar seorang prodigi bidang matemetik India bernama S. Ramanujan yang tampil dengan pelbagai teori dan formula matematik hebat, walaupun tidak pernah mejejakkan kaki ke menara gading. Formula matematik yang diperolehinya seoalah-olah ilham dari tuhan dan sukar dibuktikannya melalui prosedur pembuktian yang biasa diperlukan ahli matematik rasmi.Setelah pelbagai usaha untuk menerbitkan ilmu-ilmu matematiknya, beliau akhirnya diterima masuk ke Trinity College di Cambridge, England dan bekerjasama dengan seorang pakar matematik Inggeris bernama G. H. Hardy.Konflik mula timbul apabila beliau diminta membuktikan teori dan formulanya dengan kaedah akademik. Tambahan pula staf akademik di kolej itu juga mendiskrimin…

Nike Menandatangani Azizulhasni Awang USD 30 Juta Setahun Seumur Hidup

Imej
Nike telah menandatangani Azizulhasni Awang dengan perjanjian seumur hidup, laporan ESPN Darren Rovell.

Kontrak itu adalah perjanjian tunggal atlet terbesar dalam sejarah 46 tahun Nike. Ia juga menandakan kali pertama bahawa Nike secara rasmi diberikan perjanjian seumur hidup.

The Azizulhasni Awang 28-tahun itu, yang hanya mengambil pingat gangsa dalam acara keirin lelaki ‘di Rio Sukan Olimpik 2016, dilaporkan dibilkan untuk mendapatkan sebanyak $30 juta setahun.


Menurut Rovell, perjanjian baru Azizulhasni itu “dengan mudah melepasi ” 10 tahun , $ 300 juta perjanjian Kevin Durant ditandatangani dengan Nike pada tahun 2014 .


melaporkan bahawa Azizulhasni akan mempunyai pakaian tandatangannya sendiri dengan Nike dan dijangka memakainya untuk semua pertandingan. majalah Forbes meramalkan jualan tahunan lebih daripada $ 340,000,000 daripada perjanjian disesuaikan Azizulhasni ini setiap tahun. - pejuangpakatan

Marauders [Review]

Imej
Seperti biasa, sekali sekala kami akan menonton filem yang tidak ternama dan kali ini filemnya adalah Marauders. Walaupun tidak ternama, ia dibintangi pelakon veteran Bruce Willies yang kebelakangan ini gemar berlakun filem tidak ternama dan berlakon watak penjahat.Marauders [Review]Beberapa rompakan telah berlaku di cawangan-cawangan bank milik Hubert yang berakhir dengan kematian orang yang tertentu sahaja. Rompakan ini dilakukan sekumpulan perompak yang terlatih dengan latihan ketenteraan serta lengkap dengan persenjataan tentera dan menggunakan teknologi yang canggih. Ini menyebabkan pihak FBI mengesyaki sesuatu yang tidak kena berkaitan pemilik bank dan pelanggan-pelanggannya yang berpengaruh.Namun setelah menyiasat dengan lebih mendalam, satu konspirasi yang lebih besar perlahan-lahan terbongkar. Apakah misteri di sebalik rompakan dan kumpulan perompak berkenaan? Tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.Jalan Cerita dan LakonanSekali pandang filem ini kami sudah tahu ia…

Jadual Piala AFF Suzuki 2016

Imej
from SANoktah http://ift.tt/2b2tyXT

I'm in pain

After you're gone, my life is empty. This loneliness has taunt me. I'm an idiot who always in hunt. Hunt for real love. Why would you have to leave?

I tried to keep pace within my daily routine.Everyday I pray, that I can go far. So I will forget this sadness. But it seems like it won't happen somehow.

You have your life now, with the one you love. I wish you a happily ever after; for both of you. I know I'm nobody. I realize that. I just have a request....

Please do come visit me, on the day of my last breath...

Kingsglaive Final Fantasy XV [Review]

Imej
Sebenarnya kami tidak tahu-menahu bahawa filem animasi komputer Kingsglaive Final Fantasy XV akan diterbitkan tetapi setelah kebetulan menonton trailer filem ini di Facebook kami mengambil keputusan untuk menontonnya. Untuk pengetahuan anda, kami bukan pemain permainan video Final Fantasy XV, yang berkait rapat dengan filem ini, jadi pemahaman kami mengenai latarbelakang dunia Final Fantasy XV.Kingsglaive Final Fantasy XV [Review]Kingsglaive Final Fantasy XV mengisahkan negara Lucis yang dilindungi Kristal ajaib yang dikawal oleh King Regis. Negara Lucis diancam oleh empayar Niflheim yang tidak putus asa untuk menguasai negara tersebut dan peperangan telah berlangsung antara kedua-dua buah negara namun disebabkan Lucis dilindungi kuasa Kristal ajaib, ia selamat. Kingsglaive pula adalah kumpulan tentera elit negara Lucis yang diketuai Nyx Ulric.Setelah lama berperang, King Regis menimbang untuk berdamai dengan empayar Niflheim tetapi untuk itu, baginda perlu melucutkan kuasanya ke atas…

Badminton Olimpik Rio 2016 | Jadual & Keputusan

Imej
from SANoktah http://ift.tt/2b3ivCv

7 Sebab bangsa Melayu lupa tentang pelaburan hartanah.

Imej
Tok nampak sekarang boleh tahan juga musim rakyat Malaysia kemaruk hartanah. Ia menunjukkan signal bagus dan tidak bagus. Tok terangkan yang tidak bagus dulu. Tidak bagus apabila seseorang itu bertindak seperti babi yang buta (ubahsuai daripada pepatah sebelum ini iaitu membabi buta). Orang beli rumah, dia pun beli rumah. Orang melabur di kawasan X, dia pun melabur di kawasan X. Idola hartanahnya beli di kawasan Z, dia pun beli di kawasan Z. Jika anda salah seorang yang tergolong dalam kategori di atas, Tok sarankan supaya ambil pil anti-bodoh. Melabur dalam mana-mana insturmen pelaburan ada asas

RIO 2016: WELSON PUAS HATI SEKALIPUN GAGAL PERBAIKI CATATAN

Catatan terbaik Welson Sim yang juga rekod kebangsaan adalah 3 minit 50.33 saat, masa yang melayakkannya ke Rio secara merit dalam acara 400 meter gaya bebas.

Strategi  Welson pula adalah untuk menyimpan tenaga pada awal renangan sebelum mengerah tenaga pada jarak 200 meter terakhir.

Meskipun tampil dengan renangan bertenaga, catatan masa Welson dalam aksi saringan lebih perlahan, 3 minit 51.57 saat.

"Saya puas hati dengan catatan masa saya sekalipun ia bukan masa terbaik saya," ujarnya.

Welson menawarkan pandangan peribadi mengapa dia tetap berpuas hati meskipun tahu ia mengundang reaksi negatif daripada peminat sukan tanah air.

"Saya cuba mengawal renangan saya ketika 200 meter pertama dan kemudian saya berikan segala-galanya ketika memasuki 100 meter terakhir, itu yang sentiasa saya lakukan untuk acara 1,500 meter," tambahnya.

RIO 2016: AUSTRALIA DOMINASI KOLAM, REKOD MULA LEBUR

Australia mendominasi malam pembukaan acara renang temasya Rio 2016 sambil tiga rekod dileburkan pada Sabtu.

Mack Horton unggul dalam 400 meter gaya bebas sebelum kuartet 4x100m gaya bebas wanita menambah kepada kejayaan negara itu di Stadium Akuatik.

Pasukan berganti-ganti Emma McKeon, Brittany Elmslie, Bronte Campbell  dan Cate Campbell memecahkan rekod dunia mereka sendiri – yang kedua tercipta pada malam pertama.

Perenang Hungary, Katinka Hosszu, lebih dahulu tampil sebagai bintang dengan mengatasi rekod dunia dalam acara 400 meter rampaian individu.

Hosszu mudah meleburkan catatan perenang China, Ye Shiwen, yang dilakukan secara kontroversi di London 2012, dengan mencantas lebih daripada dua saat.

Perenang Jepun, Kosuke Hagino, meraih emas pertama acara renang dalam Sukan Olimpik kali ini manakala jaguh Britain, Adam Peaty, mencatat rekod dunia dalam saringan 100 meter kuak dada pada Sabtu dengan kepantasan menakjubkan, 57.55 saat.

Segala tumpuan selepas ini akan terarah kepada Peaty y…

FIESTA OLIMPIK RIO 2016 BERTEMAKAN ALAM SEKITAR

Imej
Sukan Olimpik Rio 2016 bermula secara rasminya dalam majlis pembukaan yang penuh gemilang bertemakan 'alam sekitar' di Stadium Maracana yang mampu menampung 80,000 penonton, pagi ini. Temasya terbesar dunia edisi ke-31 ini disertai 205 negara, termasuk 10 atlet yang membentuk Pasukan Atlet Pelarian Olimpik untuk bersaing dalam 28 jenis sukan.  Antara sukan yang baru diperkenalkan semula kali ini termasuk golf dan ragbi tujuh sebelah.

Acara pembukaan dimulai dengan lagu kebangsaan Brazil berkumandang disertai pancaran imej pokok yang diancam kepupusan, Pau-Brasil. Majlis itu disusuli paluan padu dram untuk menyemarakkan lagi kemeriahan suasana samba di dalam Stadium Maracana. Tuan rumah turut mengambil kesempatan itu untuk mempromosi latar belakang dan budaya yang membentuk Brazil menerusi persembahan kesenian sebagai simbolik hamba abdi, kemeriahan, flora dan muzik.  Peminat sukan juga tidak ketinggalan disajikan dengan persembahan-persembahan artis moden seperti penyanyi rap …

Sedih berpanjangan

Putus cinta, gagal di dalam pelajaran, seorang isteri yang ditinggalkan suami bersama anak-anak kerana berkahwin lagi. Semua contoh ini hanya lah kesedihan ketika manusia itu hidup. Ia akan terhenti apabila manusia itu mati. Oleh kerana itu, ia tidak boleh dianggap sebagai sedih yang berpanjangan....

Apa maksud sedih yang berpanjangan sebenarnya? Ada 2 jenis sedih yang berpanjangan iaitu sedih ketika di alam kubur dan juga sedih di padang mahsyar nanti. Ketika itu, penyesalan sebenar akan timbul di saat mata manusia terbeliak menyaksikan segala dosa yang telah dilakukannya semasa hidup.


Jadual Sukan Olimpik 2016

Imej
from SANoktah http://ift.tt/2aMqHTx

Jadual Sukan Olimpik 2016

Imej
from SANoktah http://ift.tt/2aw2b7I

Suicide Squad [Review]

Imej
Suicide Squad adalah antara filem yang banyak tunggu-tunggu dan dihebohkan oleh peminat komik tahun ini. Terima kasih kepada Budiey.com kerana menaja tiket ke tayangan pembukaan Suicide Squad malam tadi, membolehkan kami melihat sendiri samada segala hype yang digembar-gemburkan direalisasikan di layar perak.Suicide Squad [Review]Suicide squad mengisahkan kerajaan Amerika yang ingin mengadakan pelan sandaran sekiranya seorang manusia meta (metahuman) seperti Superman mengambil keputusan untuk memusnahkan bumi. Untuk itu, mereka mengumpulkan penjenayah-penjenayah yang terdiri daripada manusia luarbiasa untuk dijadikan satu pasukan yang boleh mengalahkan ancaman manusia meta.Malangnya ancaman itu datangnya dari sumber yang tidak disangka. Apakah ancaman itu dan dapatkah mereka mengalahkannya? Untuk mengetahui kesudahannya, tontonlah filem ini di pawagam.Jalan Cerita dan LakonanSatu perkara yang baik mengenai filem ini adalah sepanjang promosi filem ini, pasukan pemasaran langsung tidak …

Dibelasah hanya kerana curang??

Kadang2 kita melihat video kejadian orang2 yang dibelasah beramai -ramai, lalu diabkan dan dibuka habis auratnya. Kita menyangka masyarakat di kawasan tersebut seperti tidak bertamadun, kejam dan sebagainya. Ada pula yang kongsi video tersebut dengan caption seolah-olah mangsa adalah mangsa keadaan kerana 'selingkuh' (curang) dan sebagainya. Tidak kiralah bagaimana bentuk curang tersebut sekalipun. Persoalannya, benarkah masyarakat tempat tersebut yang bertindak sedemikian dengan membelasah, kdg2 sehingga menyebabkan kematian, hanya kerana perbuatan curang??? Bagaimana kalau undang2 di kawasan, tempat atau negara tersebut undang2nya tidak dikuatkuasakan sepenuhnya kerana masalah pergolakan dalam negara? Pihak berwajib mana yang boleh dipanggil untuk menjatuhkan hukuman kepada pesalah atau pendosa tersebut? Dan kalau nak cerita tentang hukum rejam kat sini, memang tak habis. Tetapi apa yang saya tahu, Islam tidak pernah mengadakan hudud seperti hukum rejam sehingga mati dengan …

Jason Bourne [Review]

Imej
Jason Bourne adalah sequel kepada trilogi Bourne yang merangkumi 3 buah filem bermula sejak 2002 hingga 2007 (tidak termasuk Bourne Legacy yang kami anggap bukan filem Bourne kerana tiada Matt Damon). Sebelum menonton, kami tertanya-tanya adakah ini filem yang akan menjadi penutup kepada francais filem Bourne? Tontonlah filem ini untuk mengetahui jawapannya.Jason Bourne [Review]Filem Jason Bourne kali ini berada di satu fasa yang berlainan berbanding trilogi sebelumnya. Kali ini Jason telah mendapat kembali ingatannya dan kini mengetahui apa yang telah berlaku sejak dia mula menyertai projek Treadstone lagi.Namun di masih tidak mengetahui dalang di sebalik operasi gelap CIA. Ini semua berubah apabila bekas anggota CIA, Nicky Parsons (juga pernah muncul dalam filem trilogy Bourne) telah menggodam server CIA dan mencuri fail-fail mengenai semua operasi gelap CIA dan memberikannya kepada Bourne. Kini Bourne mempunyai malumat penting bagi merungkai pelbagai persoalannya mengenai apa yang …

Senarai Pungutan Pingat Olimpik Rio 2016

Imej
from SANoktah http://ift.tt/2aLsfl6