Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2016

Hoki Piala Sultan Johor 2016 | Jadual & Keputusan

Imej
from SANoktah http://ift.tt/2eR1jAO

Badminton Terbuka Perancis 2016 | Jadual & Keputusan

Imej
from SANoktah http://ift.tt/2eFT5dz

Jack Reacher Never Go Back [Review]

Imej
Filem Jack Reacher asal merupakan sebuah filem aksi yang pada kami tidaklah mempunyai apa-apa keistimewaan yang memberangsangkan dan kini,  sekuel kepada filem tahun 2012 itu, Jack Reacher Never Go Back telahpun ditayangkan di pawagam dan kami berpeluang menontonnya.Jack Reacher Never Go Back [Review]Dalam filem Jack Reacher Never Go Back, Jack masih lagi hidup sebagai nomad dan membantu pihak berkuasa tentera menyelesaikan kes-kes berat. Filem ini bermula dengan Jack memberi maklumat kepada Polis tentera mengenai salah laku seorang ketua polis di sebuah daerah yang menjalankan aktiviti haram di atas tanah milik tentera. Dalam proses itu, beliau berkenalan dengan seorang Major Polis tentera wanita bernama Major Turner dan walaupun mereka tidak pernah berjumpa dan hanya bercakap melalui telefon, terdapat satu keintiman antara mereka.Kemudian, Jack mengambil keputusan untuk berjumpa dengannya di Washington DC. Apabila sampai di pejabatnya, Jack mendapati Major Turner telah ditangkap ata…

The Accountant [Review]

Imej
Tempoh hari kami ada memposkan artikel Yahoo! News yang mengatakan dalam filem The Accountant, Ben Affleck telah mempelajari silat dalam usahanya melakonkan watak Christian Wolff. Itu membuatkan kami tidak sabar untuk menonton filem ini dan terima kasih kepada Yes 4G kerana menaja tiket tayangan perdana filem itu pada malam Rabu lalu, kami ingin berkongsi pendapat kami mengenai filem ini.The Accountant [Review]Filem The Accountant menceritakan kisah Christian Wolff yang menghidapi sejenis autisma sejak kecil yang menyebabkan beliau diganggu dan diejek di sekolah. Autism ini juga memberikannya keupayaan luarbiasa dalam bidang matematik dan kerana itulah beliau menjadi “The Accountant” yang mempunyai pelanggan di kalangan para penjenayah dan pengganas yang ingin menjalankan aktiviti penggubahan wang haram.Bapanya seorang tentera dan sejak kecil lagi beliau dididik untuk berlawan, termasuk memepelajari silat di Jakarta, untuk membolehkannya mempertahankan diri, seterusnya sedikit sebanya…

Badminton Terbuka Denmark 2016 | Jadual & Keputusan

Imej
from SANoktah http://ift.tt/2eGddyJ

Jelajah Malaysia 2016 | Jadual & Keputusan

Imej
from SANoktah http://ift.tt/2ep9ilU

Hoki Trofi Juara-Juara Asia 2016 | Jadual & Keputusan

Imej
from SANoktah http://ift.tt/2ecSfE4

Inferno [Review]

Imej
Inferno merupakan filem ketiga yang dibikin berdasarkan buku-buku novel tulisan Dan Brown selepas Da Vinci Code dan Angels and Demons. Tidak hairanlah ramai yang menanti tayangan filem ini dan kami berkesempatan menonton filem ini tempoh hari dan inilah pendapat kami mengenai filem berkenaan.Inferno [Review]Dalam filem Inferno, fokus utama ceritanya adalah mengenai idea seorang ekstrimis kemanusiaan yang mempercayai bahawa oleh kerana bumi berpotensi mengalami populasi melampau dan seterusnya akan memusnahkan alam sekitar, populasi manusia harus dikurangkan dengan membunuh sebahagian besar penduduk bumi dengan menggunakan virus.Sementara itu, hero kesayangan ramai, Prof. Robert Langdon tersedar di hospital dengan luka di kepala dan kehilangan ingatan sehingga tidak dapat mengingati kembali perkara yang berlaku dua tiga hari yang lepas. Doktor yang merawat beliau adalah Dr Sienna Brooks. Tiba-tiba datang seorang anggota polis yang cuba membunuh Prof Langdon, namun beliau dapat menyelam…

The Girl On The Train [Review]

Imej
Kami berkesempatan menonton filem The Girl On The Train tempoh hari tanpa mempunyai sebarang pengetahuan tentang latarbelakang filem ini mahupun sebarang prebiu mengenainya. Ia merupakan satu “pertaruhan” kerana kami tidak mengetahui samada berbaloi atau tidak untuk menonton filem ini.The Girl On The Train [Review]Filem The Girl On The Train merupakan adaptasi sebuah novel psikologi tulisan Paula Hawkins mengisahkan watak utamanya Rachel Watson, seorang yang impulsif yang mempunyai masalah ketagihan arak. Beliau telah bercerai dengan suaminya, Tom Watson, sejak dua tahun lalu tetapi masih belum menerima hakikatnya.Setiap hari ketika beliau menaiki keretapi ke New York, beliau akan berhenti di stesen keretapi rumah bekas suaminya yang pernah menjadi tempat tinggalnya satu ketika dahulu. Di situ, beliau mengambil perhatian kepada isteri baharu suaminya, Anna dan bayi mereka, serta berfantasikan mengenai jiran mereka, Scott dan megan Hipwell yang dilihat sebagai sepasang suami isteri ide…

Hancur aku

Apa khabar teman ? Ku perlu bicara kerna aku hilang tempat kamu
Apakah ertinya kah semua ini? Ku merindu kan kehadiranmu
Hancur, hancur aku. Bila-bila saja, hancur2 aku..
Hancur, hancur aku. Bila-bila saja, hancur2 aku..

Apa khabar teman ? Ku perlu bicara harap engkau cari diri aku
Apakah ertinya kesudahan ini? Ku merindu kan kehadiranmu
Hancur, hancur aku. Bila-bila saja, hancur2 aku..
Hancur, hancur aku. Bila-bila saja, hancur2 aku..

Oooo...
Oooo..

L : Hancur, hancur aku. Bila-bila saja, hancur2 aku..
P : Hancur, hancur aku. Bila-bila saja, hancur2 aku..

Bila engkau tiada. Rindu kau bicara. Hancur2 aku..
Bila teringat kamu. Hancur2 saja, bila inginkan mu...
Hancur aku....hancur aku....

Seoul Station [Review]

Imej
Filem Train to Busan merupakan antara filem Korea yang mendapat sambutan hangat di pawagam baru-baru ini mempunyai sebuah prekuel dalam bentuk anime. Filem anime berkenaan bertajuk Seoul Station. Kami berpeluang menonton filem animasi berkenaan dan berikut adalah pendapat kami mengenainya.Seoul StationSeoul Station merupakan filem animasi yang menjadi prekuel kepada filem Train To Busan. Ia menceritakan kisah jangkitan pertama yang berlaku di Seoul Station atau stesen keretapi bawah tanah Seoul. Watak-watak utamanya adalah Suk-gyu, seorang bapa yang mencari anak perempuannya yang telah melarikan diri bernama Hye-Sun yang telah terjerumus ke kancah pelacuran, sebelum “diselamatkan” teman lelakinya, Ki-woong yang akhirnya menkhianatinya kerana bertindak melacurkannya di internet kerana terdesak dek masalah kewangan.Ini menyebabkan mereka bergaduh dan Hye-Sun merajuk membawa diri sekitar Seoul Station. Di situlah bermulanya jangkitan secara beramai-ramai berlaku menyebabkan beliau terpak…