Sinopsis filem The Beautiful Mind


Image result

Filem ini adalah genre based on the true story. Kisah mengenai seorang pemenang hadiah nobel yang bernama John Nash. Jika anda ingin mencari di Google, boleh lah menggunakan keyword 'John Forbes Nash Jr'.

Semasa artikel ini ditulis, penulis baru sahaja mendapat maklumat bahawa beliau telah pun meninggal dunia. Mendiang meninggal pada tahun lepas iaitu pada Mac 2015. Kali pertama penulis menonton filem ini kalau tak silap penulis adalah dalam tahun 2003.

Bagi penulis, filem ini memberikan inspirasi yang luarbiasa. Ini kerana, walaupun Nash seorang yang genius kerana berjaya mencipta pelbagai teori Matematik moden, dan salah satunya adalah teori permainan. Nash juga sebenarnya adalah seorang yang mempunyai masalah jiwa yang dikenali sebagai schizophrenia.

Di dalam filem ini, terdapat banyak babak di mana Nash 'bertarung' dengan kecelaruan identitinya sendiri, sehingga hampir mendatangkan bahaya terhadap keselamatan diri dan keluarganya sendiri. Nash seolah 'melihat' dirinya adalah seseorang yang dicari oleh perisik Rusia yang ingin menculiknya kerana kepintarannya dalam memecahkan kod-kod rahsia yang dihantar oleh kerajaan Soviet tersebut kepada agen risikannya di Amerika Syarikat. Nash mendapati kod-kod tersebut sebenarnya adalah koordinat di mana ianya adalah kawasan-kawasan yang sedang disasarkan bom oleh pihak Soviet.

Menyedari perubahan sikap mendadak yang ditunjukkan oleh Nash, Alicia (isteri Nash) akhirnya mengintip pergerakan suaminya setiap hari. Nash didapati sering menghantar 'dokumen sulit' mengenai 'penemuannya' berkenaan rancangan-rancangan tersembunyi oleh ketenteraan risikan kerajaan Soviet ke sebuah 'rumah' . Nash 'menyangka' rumah tersebut adalah rumah di mana terdapatnya agen-agen risikan CIA. Akhirnya Alicia sendiri datang lalu mengutip ke semua surat-surat suaminya itu yang sebenarnya tidak pernah sampai ke tangan agen CIA, melainkan hanya lah kepada sebuah rumah besar yang kosong serta tidak berpenghuni. Nash akhirnya ditahan di Universitinya iaitu di Princeton, oleh pasukan perubatan psikiatrik semasa beliau sedang menyampaikan syarahan di sana.

Di akhir cerita, Nash berjaya 'melawan' jelmaan-jelmaan yang sering datang kepadanya, terutama sekali adalah seorang kanak-kanak perempuan bernama Marcie dan seorang lagi kawan sebiliknya semasa beliau belajar di Universiti berkenaan iaitu Charles yang digelarnya sebagai 'Portugal roommate', lakonan Paul Bettany. Nash tidak menghiraukan jelmaan-jelmaan tersebut walaupun mereka datang mengganggu beliau saban waktu sehingga beliau kelihatan janggal serta aneh pada pandangan masyarakat sekeliling. Akhirnya penyakitnya sembuh secara beransur-ansur dan beliau juga telah berjaya mencipta formula Matematik yang banyak membantu ahli-ahli ekonomi dari seluruh dunia sehingga ke hari ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara kawal berat badan dan info kesihatan mengenainya