Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2017

Lion [Review]

Imej
Biasanya filem kisah benar kurang menarik dan terpaksa didramatisasikan bagi menjadikan filem itu lebih dramatik dan menarik minat penonton untuk terus menonton filem tersebut. Namun, filem Lion yang juga sebuah filem kisah benar agak berjaya dalam usaha mendramatisasikan kisahnya. Kami berpeluang menonton filem ini baru-baru ini dan berikut adalah pendapat kami mengenainya. Lion [Review]Lion adalah kisah benar mengenai Saroo, seorang kanak-kanak yang hidup dalam keluarga miskin di India. Suatu hari beliau dengan degilnya telah mengikut abangnya, Guddu untuk mencari pekerjaan. Setelah seharian mencari kerja Saroo kepenatan dan abangnya meninggalkannya di stesen keretapi di pekan mereka dan menyuruh Saroo menunggunya di situ sementara dia mencari kerja.Dalam keadaan mengantuk, Sarru tersedar di tengah malam dan mencari abangnya. Dia memasuki sebuah gerabak keretapi yang ditinggalkan di platform stesen berkenaan dan tanpa disedari beliau tertidur di situ. Setelah bangun, dia menyedari b…

Zashchitniki / Guardians [Review]

Imej
Biasanya kita didedahkan dengan filem superhero Holywood yang gempak dan sekali-sekala kita juga didedahkan dengan klip-klip superhero Bollywood di Youtube dan Facebook. Tetapi jarang sekali kita mendengar mengenai filem superhero Russia. Namun itu berubah dengan kehadiran filem Guardians atau dalam bahasa Russia, Zashchitniki.Contoh “pose” yang akan anda dapat lihat dengan banyaknya dalam filem ini. Zashchitniki / Guardians [Review]Guardians mengisahkan projek Patriot yang dijalankan pihak USSR selepas perang dunia kedua. Projek itu menghasilkan manusia-manusia super yang bukan sahaja mempunyai kuasa luarbiasa, malah turut tidak dimamah usia. Saintis yang mengetuai projek ini, August Kuratov, telah mengenakan formula manusia super kepada dirinya sebelum melarikan diri apabila mendengan projek itu akan ditutup.40 tahun kemudian pada masa kini, August Kuratov kembali dengan kuasa mengawal sebarang jentera atau robot menggunakan kuasa luarbiasanya dan mewujudkan askar klon dalam usahanya…

Collide [Review]

Imej
Collide bukanlah sebuah filem yang ditunggu-tunggu ramai namun kami telah berpeluang menonton filem Eropah ini dan di sini kami memberi pendapat kami mengenai filem cinta/aksi ini.Collide [Review]Collide pada asasnya merupakan sebuah filem cinta bertemakan aksi mengesahkan seorang backpacker Amerika, Casey Stein, yang terjebak dengan kegiatan penyeludupan dadah bertemu dengan seorang wanita Amerika, Juliette Marne, yang bekerja di sebuah bar di Cologne, Jerman. Beliau kemudian jatuh cinta dengannya. Namun, Juliette enggan menerima Casey kerana kerjanya yang bertentangan dengan undang-undang. Kerana itu Casey mengambil keputusan untuk berhenti kerja terkutuk itu dan mencari kerja yang halal.Semuanya indah-indah belaka sehingga satu hari Casey mendapat tahu bahawa Juliette menghadapi penyakit buah pinggang kronik. Oleh kerana mereka bukan rakyat Jerman, mereka tidak mendapat perlindungan yang diperlukan untuk merawat penyakit tersebut. Ini bermakna mereka perlu membayar kos rawatan send…
I'm a 34 y/o man this year. Still finding my way of happiness. But it is getting fade away. The level of self-esteem gradually decline bit by bit each years.

I used to fall in love many times. But always with the wrong person. No one has ever truly love me. Except one. But I never love her. I refused her many things. But she just a little bit strong head girl.

Maybe that is among the reasons of our separation. I know this post will be deleted by google as usual. They said my site is violate their TOS a.k.a SCAM. I don't know why.

But I decide to keep this copy and save it somewhere else. Go back to the timeline, I was 18 y/o that time. Studied at some college. I like a girl. I am not sure of why I became so brave that time. My friend dares me to gave her a piece of assignment paper to her. So I did. And later, all the class became chaotic. I did became a legend that time.

There was no happy ending of this story. I never approach her after that. Even once. And I never knew whet…

John Wick Chapter 2 [Review]

Imej
Kami gemari filem pertama John Wick lakonan Keanu Reeves kerana jalan ceritanya yang ringkas dan aksinya yang hebat. Dalam cerita itu, anjing kesayangannya telah dibunuh dan kereta kegemarannya dicuri. Oleh sebab itu beliau mengganas demi membalas dendam. Agak keterlaluan punca keganasannya, tetapi oleh sebab itulah filem tersebut digemari.John Wick Chapter 2 [Review]John Wick Chapter 2 sebenarnya menyambung terus kisah John Wick pertama. 15 minit pertama filem ini menunjukkan John Wick menyelesaikan hal-hal yang belum diselesaikan dalam filem pertama. Setelah itu, barulah kisah baharu bermula. Filem ini dari awal ini membuka rahsia di sebalik sejarah John Wick yang dahulunya sebahagian dari sebuah rangkaian pembunuh upahan yang bernaung dibawah naungan Continental.Selepas menyelesaikan perkara yang belum diselesaikan dari filem pertama, John Wick didatangi Santino D’Antonio, seorang rakan ketika beliau masih bergiat menjadi pembunuh upahan. Rupa-rupanya John terhutang budi dengan San…

Hacksaw Ridge [Review]

Imej
Sejak mendengar berita mengenai kehebatan filem Hacksaw Ridge penghujung tahun lalu, kami berminat untuk menonton sendiri filem ini untuk memberi penilaian seimbang mengenainya. Baru-baru ini kami mendapat peluang menonton filem ini.Hacksaw Ridge [Review]Hacksaw Ridge mengisahkan kisah benar Desmond Doss lakonan Andrew Garfield, seorang medik tentera yang menyertai peperangan di Okinawa ketika perang dunia kedua. Apa yang istimewa mengenai Desmond adalah beliau tidak mahu membunuh, sebaliknya ingin hanya menyelamatkan nyawa.Filem ini memaparkan kesukaran yang terpaksa dilaluinya, termasuk dicemuh pasukannya dan dibicarakan di mahkamah tentera kerana membantah arahan untuk memegang senjata. Kemuncak filem ini adalah ketika beliau menjadi medik di medan perang di Okinawa yang dinamakan Hacksaw Ridge di mana keberaniannya akan dicabar.Untuk mengetahui nasib beliau, tontonlah filem ini di pawagam di mana ia akan mula ditayangkan 16 Februari ini.Jalan Cerita dan LakonanMemandangkan filem i…

Senarai Filem Menarik Tahun 2017

Disini saya akan kongsikan beberapa filem menarik tahun 2017 yang wajib ditonton oleh anda di pawagam.

Berikut adalah:

1-Amityville: The Awakening
Pengarah: Franck Kalfoun
Pelakon: Bella Thorne, Jennifer Jason Leigh, Cameron Monaghan
Tarikh Dikeluarkan: 6 Januari 2017

2-XXX: Return of Xander Cage
Pengarah: D.J Caruso
Pelakon: Vin Diesel, Donnie Yen, Tony Jaa, Deepika Padukone, Neymar Jr.
Tarikh Dikeluarkan: 20 Januari 2017

3-Resident Evil: The Final Chapter
Pengarah: Paul W.S Anderson
Pelakon: Milla Jovovich, Ali Larter, Shawn Roberts, Lee Joon-gi
Tarikh Dikeluarkan: 27 Januari 2017

4-Rings
Pengarah: F. Javier Gutierrez
Pelakon: Matilda Lutz, Alex Roe, Jonny Galecki, Aimee Teegarden
Tarikh Dikeluarkan: 3 Februari 2017

5-Fifty Shades Darker
Pengarah: James Foley
Pelakon: Dakota Johnson, Jamie Dornan, Kim Basinger, Luke Grimes
Tarikh Dikeluarkan: 10 Februari 2017

6-The Great Wall
Pengarah: Zhang Yimou
Pelakon: Matt Damon, Jing Tian, Pedro Pascal, Andy Lau
Tarikh Dikeluarkan: 17 Februari 2017

7-Logan
Pengarah: Jam…