Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2017

Kanang Anak Langkau The Iban Warrior [Review]

Imej
Setelah menonton trailer bagi filem Kanang Anak Langkau tempoh hari, kami terasa teruja dengannya dan dengan rasa patriotik mengambil keputusan menonton filem tersebut. Malangnya filem ini tidak banyak ditayangkan di pawagam dan kami terpaksa memilih masa tayangan yang agak ganjil (pukul 4 petang), namun, tidak mengapa, yang penting kami dapat menontonnya.Kanang Anak Langkau The Iban Warrior [Review]Kanang Anak Langkau The Iban Warrior merupakan filem kisah benar tentang kehidupan mendiang Temenggong Datuk Kanang anak Langkau (1945 – 2013) yang merupakan seorang wira negara yang mengorbankan sebahagian besar kehidupannya melawan pihak komunis dalam era darurat 1970an. Beliau terkenal dengan kata-kata “agi idup agi ngelaban” yang bermaksud selagi nyawa dikandung badan, pasti akan melawan.Filem ini menceritakan kisah hidupnya sejak beliau mula menyertai perkhidmatan Sarawak Rangers sebelum Sarawak menyertai Malaysia, sehingga beliau cedera parah ketika melawan komunis. Dibikin dengan ke…

Life [Review]

Imej
Teringat ketika kecil, ketika filem-filem seram sci-fi seperti Aliens dan Predator ditayangkan di kaca TV, dan ketika itu klasifikasi kandungan siaran TV masih belum dilaksanakan, jadi kami yang hanya berusia kurang 12 tahun turut menonton filem-filem tersebut bersama keluarga. Seramnya filem tersebut hingga terbawa ke dalam mimpi. Filem Life merupakan filem seram sci-fi terbaharu ditayangkan di pawagam dan ia mengimbau kembali zaman kecil kami, semasa menonton filem seram klasik yang disebut itu.Life [Review]Life mengisahkan sekumpulan ahli sains di stesen angkasa antarabangasa (ISS) yang bertugas untuk mendapatkan satu satelit yang membawa sampel tanah dari planet Marikh. Dalam sampel tanah itu mengandungi satu sel organisma bersel tunggal yang dikatakan hidup atau berhibernasi di planet Marikh.Kumpulan sains tersebut cuba menghidupkan kembali sel tersebut dengan harapan mengkajinya. Namun semuanya tidak berjalan seperti dirancang dan kini mereka dalam masalah besar. Bagaimana merek…

Power Rangers 2017 [Review]

Imej
Pertama kali siri kanak-kanak Power Rangers ditayangkan di Malaysia, saya baharu memasuki darjah 5 sekolah rendah. Ketika itu terdapat kontroversi perkataan “Morphin’ ” dalam “Mighty Morphin’ Power Rangers”. Perkataan itu kemudiannya disunting dari lagu pembukaan rancangan itu. Orang ramai agak pelik dengan tindakan itu, tetapi tidaklah menjadi viral seperti jika ia berlaku di zaman sekarang. Apa pun, secara keseluruhannya, filem Power Rangers 2017 ini telah dinaiktaraf dari rancangan kanak-kanak kepada rancangan remaja.Power Rangers 2017 [Review]Walaupun ramai sudah tahu asal usul Power Rangers daripada rancangan TVnya dahulu, tetapi dalam filem ini penerangan lebih mendalam diberikan mengenai asal usul Power Rangers, Zordon serta latarbelakang konfliknya.65 juta tahun lalu satu pertempuran epik telah berlaku antara Rita Rupulsa dan Power Rangers lain, diketuai Zordon sebagai Ranger merah. Rita pada asalnya merupakan seorang Power Rangers tetapi kerana tamakkan kuasa, beliau telah me…

Attraction [Review]

Imej
Nampaknya semakin banyak filem-filem Russia disasarkan kepada pasaran antarabangsa diterbitkan baru-baru ini. Mula-mula dengan Guardians dan kini Attraction pula mula ditayangkan di pawagam. Kami sempat menonton filem ini dan berikut merupakan pendapat kami mengenai filem berkenaan.Attraction [Review]Attraction atau tajuk asalnya Prityazhenie merupakan sebuah filem sci-fi Russia mengisahkan sebuah kapal angkasa makhluk asing yang tersesat ke bumi akibat gangguan meteor. Setibanya di bumi ia telah ditembak jatuh tentera Russia lalu jatuh di kawasan penempatan awam, menyebabkan kematian orang awam.Pihak tentera Russia mengurung kawasan kapal angkasa itu terhempas dan berunding dengan makhluk asing tersebut dan bersetuju membiarkannya membaiki kapal angkasanya bagi membolehkannya meninggalkan bumi secepat mungkin.Filem ini memfokuskan kepada reaksi orang awam terhadap kehadiran makhluk asing tersebut terutamanya watak utamanya Yulya Lebedeva serta rakan-rakannya. Setelah kejadian tersebu…
Поздравление! Вы выиграли тайный подарок. Нажмите здесь, чтобы получить приз.

Kong Skull Island [Review]

Imej
Trailer filem Kong Skull Island yang diterbitkan tidak lama sebelum ini menggambarkan sebuah filem yang penuh aksi dan drama. Tetapi adakah trailer ini menepati realiti filem sebenar? Terima kasih kepada Yes 4G kerana menaja tiket premire kami untuk menonton filem Kong Skull Island membolehkan kami berkongsi pendapat mengenai filem ini.Kong Skull Island [Review]Filem Kong Skull Island mengisahkan pertubuhan Monarch yang mengkaji dan mendedahkan semua perkara mengenai raksasa besar. Seorang saintis yang berkaitan dengan pertubuhan itu tampil dengan teori bahawa perut bumi sebenarnya terdapat ruang kosong dan dalam ruang kosong itu terdapat ekosistem tertentu yang menempatkan makhluk-makhluk tertentu.Dalam era 70an, Amerika (dan Russia) telah mula mengguna satelit untuk mengintip atau mengambil gambar kawasan tertentu di muka bumi. Monarch telah mendapat akses kepada satelit tersebut untuk mengambil gambar Skull Island, sebuah pulau misteri yang dipercayai mereka menjadi tempat tinggal …

Badminton All England 2017 | Jadual & Keputusan

Imej
from SANoktah http://ift.tt/2n0QkWW

Liga Hoki Dunia 2017 (Pusingan Kedua) | Jadual & Keputusan

Imej
from SANoktah http://ift.tt/2mk2Kv5

Logan [Review]

Imej
Sejak pertama kali menonton trailer filem Logan, kami sudah tahu, filem ini bukan seperti filem-filem X-Men atau The Wolverine sebelum ini. Kami berpeluang menonton filem baharu ini di pawagam dan berikut adalah pendapat kami mengenai filem ini.Logan [Review]Dalam filem Logan yang berlangsung di sekitar tahun 2024, populasi mutan telah hampir pupus dan manusia tidak lagi memburu mutan. Ketika ini, Logan (Wolverine) telah tua dan sakit akibat kesan sampingan logam Adamantium yang dimasukkan ke dalam badannya.Dia kini bekerja sebagai pemadu untuk aplikasi seakan Uber dan berhajat untuk mengumpul duit untuk membeli sebuah bot untuk melarikan diri ke tempat lain bersama Professor X dan seorang lagi mutan, Caliban. Professor X juga telah kehilangan segalanya memandangkan tiada mutan baru wujud dan sekolahnya ditutup. Beliau juga mengalami penyakit saraf yang menyebabkan dia mengalami sawan jika tidak mengambil ubat. Sawan ini akan menyebabkan satu gelombang gangguan yang menyebabkan semua …

Kan bagus kalau dalam dunia ni ada pasangan yang sepadan macam ni?

Imej
Just F.Y.I, mereka berdua di atas bukanlah merupakan couple ataupun spouse kepada satu same lain, serta tidak pernah mempunyai apa2 special relationship. Ini hanyalah sekadar imaginasi penulis serta tidak kena-mengena samada yang hidup atau yang telah meninggal.

Tak tahu lah korang. Lagipun kecantikan atau kehenseman tu kan subjektif?? (subjektif la sangattt).

Tapi pada aku, kalau ditanya bagaimanakah yang dikatakan pasangan ideal atau sepadan bak pinang dibelah dua, maka ini lah dia contoh yang dapat aku gambarkan seperti di atas .

Sememangnya perkara sebegini sentiasa menjadi perdebatan hangat sejak zaman-berzaman jika pasangan nampak tak sepadan. Antara bait-bait ayat yang glemer, "biar rupa kurang, asal hati baik", "dah jodoh...", "dah rezeki dia..."

Tipu lah kalau korang kata tak pernah rase jealous atau tergugat bile nampak seseorang yang korang rase dia tak sebagus/secantik/sehensem korang, tapi berjalan/berkejaran/beriringan tangan dengan prince …