Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2017

Guardians of the Galaxy Vol 2 [Review]

Imej
Kami kira ramai antara anda tertunggu-tunggu filem sekuel Guardians of the Galaxy Vol 2 untuk ditayangkan dan kini ia telah mula ditayangkan tentu anda tidak sabar menontonnya. Kami sempat menontonnya hari ini dan kini bolehlah anda mendapat gambaran tentang filem ini sebelum menontonnya hujung minggu ini.Guardians of the Galaxy Vol 2 [Review]Guardians of the Galaxy Vol 2 merupakan sequel kepada filem pertama Guardians of the Galaxy Vol 2 dan dalam filem ini, secara keseluruhannya ia akan lebih mendalami watak utamanya Peter Quill aka Star-Lord dan sejarah di sebalik beliau dan bapanya.Filem ini bermula dengan kumpulan Guardians diupah oleh puak Sovereign untuk mempertahankan sumber tenaga di planet mereka yang dinamakan “Bateri” dari dicuri oleh raksasa ganas. Namun, tanpa pengetahuan semua, Rocket pula telah mencuri beberapa bateri dari planet tersebut menyebabkan Guardians dikejar dan sebelum ditembak jatuh ke sebuah planet neutral oleh dron milik puak Sovereign, mereka diselamatka…

Fabricated City [Review]

Imej
Baru-baru ini GSC mengadakan acara bertemu peminat untuk pelakon utama filem Fabricated City, Ji Chang Wook, sungguhpun admin tidak mengenali beliau, ramai peminat perempuan tergila-gilakannya membuatkan kami tertanya-tanya siapakah pelakon ini? Apa pun, filem ini mula ditayangkan di pawagam semalam dan kami sempat menontonnya untuk memberikan komen mengenai filem aksi Korea Selatan ini.Fabricated City [Review]Fabricated City merupakan sebuah filem aksi/penyiasatan Korea Selatan mengisahkan seorang gamer bernama Kwon Yoo yang mempunyai pasukan permainan online bernama Resurrection di mana tidak seorang antara mereka pernah berjumpa secara dunia nyata, malah tidak mengetahui nama sebenar sesiapa dalam pasukan itu pun.Namun sifat kepimpinan Kwon Yoo menyebabkan ahli-ahli pasukannya menghormati dan memandang tinggi kepadanya. Satu malam, beliau membantu seseorang perempuan dengan memulangkan telefon pintar yang tertinggal di kafe siber. Beliau kemudian pulang ke rumah. Apabila beliau ban…

Fast and Furious 8 [Review]

Imej
Filem yang ditunggu-tunggu ramai telahpun mula ditayangkan di pawagam dan bagi anda yang menjadi peminat setia francais filem Fast and Furious tentu tidak sabar menonton Fast and Furious 8 atau juga dikenali sebagai “Fate of the Furious”. Kami berkesempatan menonton filem ini dan berikut adalah pendapat kami mengenai filem tersebut.Fast and Furious 8 [Review]Bagi anda yang telah menonton trailer filem Fast And Furious 8, tentu boleh mengagak jalan ceritanya secara asas. Ia berkisah tentang Dominic Toretto telah dipaksa untuk bekerjasama dengan penjenayah siber bernama Cipher yang berupaya menggodam hampir apa saja yang menggunkan sistem komputer dan dihubungkan dengan internet.Untuk menghentikan rancangan Cipher, Mr Nobody mengumpul semula pasukan Torreto untuk membantu menangkap Cipher. Pasukan itu juga disertai Cobb (lakonan The Rock) dan Deckard (watak jahat dalam filem Fast and Furious 7), walaupun kedua-dua mereka saling berbalah.Semua ahli pasukan tertanya-tanya mengapa Toretto …

Ghost In The Shell [Review]

Imej
Kami bukanlah pengikut anime Ghost In The Shell, tetapi kami sememangnya mengetahui bahawa ia sebuah siri anime yang popular. Kini ia telah difilemkan sebagai sebuah filem live action walaupun menerima kritikan kerana memilih Scarlett Johansson (pelakon kulit putih) sebagai watak utamanya, Major. Apa pun, kami sempat menonton filem ini dan berikut adalah pendapat kami mengenainya.Ghost In The Shell [Review]Kisah Ghost In The Shell berlangsung di masa hadapan di mana teknologi sibernetik telah mencapai tahap yang maju sehinggakan sesiapa boleh mendapatkan mata, tangan, kaki atau sebarang anggota badan yang telah ditambahbaik secara sibernetik.Matalamat terakhirnya adalah untuk memindahkan otak manusia ke dalam badan sibernetik sekaligus mengehilangkan segala kelemahan fizikal yang dikaitkan dengan badan manusia tetapi mengekalkan kelebihan mausia dari segi kebijaksanaan otak. Inilah tujuan Major diwujudkan; sebagai eksperimen untuk tujuan tersebut.Kisahnya bermula dengan kemunculan seo…