Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2017

Resident Evil Vendetta [Review]

Imej
Sejujurnya jika dibandingkan antara siri filem Resident Evil “live action” dengan siri filem Resident Evil CGI, kami lebih gemarkan versi CGI terutamanya kerana ia lebih mencerminkan jalan cerita dan watak-watak sebenar permainan video Resident Evil serta tidak terlalu tercemar dengan pengaruh Holywood sepertimana yang berlaku pada Residen Evil “live action”. Resident Evil Vendetta merupakan filem CGI terbaharu yang hype di media sosial kerana babak Leon Kennedy melawan zombie ala John Wick.Resident Evil Vendetta [Review]Resident Evil Vendetta mengisahkan Chris Redfield, agen BSAA yang ditugaskan menangkap penjenayah senjata bio bernama Glenn Arias yang telah merekacipta A-virus yang bukan sahaja menukarkan orang menjadi zombie, malah zombie ini boleh membezakan antara rakan dan musuh. Ini menjadikannya lebih mudah dijual sebagai satu senjata bio di pasaran gelap.Untuk menangkap Glenn, Chris telah mendapat bantuan bekas anggota STARS Rebecca Chambers dan tidak lain tidak bukan Leon Ke…

Pirates of the Caribbean Salazars Revenge [Review]

Imej
Pirates of the Caribbean Salazars Revenge atau juga dikenali sebagai Pirates of the Caribbean: Dead Men Tell No Tales merupakan filem terbaharu dalam francais Pirates of the Caribbean yang muncul di kala penonton sudah hampir melupakan francais yang telah berusia 14 tahun (filem pertama Pirates of the Caribbean Curse of the Black Pearl ditayangkan pada 2003). Namun apa pun, kami berpeluang menonton filem ini dan memberi kata dua mengenainya.Pirates of the Caribbean Salazars Revenge [Review]Pirates of the Caribbean Salazars Revenge memperkenalkan watak utama baharu iaitu Henry Turner, anak kepada Will Turner (Orlando Bloom). Henry merupakan seorang kelasi peringkat bawahan tentera laut British yang sejak kecilnya mencari cara untuk melepaskan bapanya dari sumpahan the Flying Dutchman di mana beliau disumpah untuk bekerja dalam kapal puaka tersebut selama-lamanya. Oleh sebab itu, Henry telah mempelajari semua jenis sumpahan di dalam dunia dan mendapat tahu cara untuk mematahkan sumpahan…

The Circle

Imej
Lakonan Emma Watson, juga seorang pelakon cantik dari Scotland iaitu Karen Gillan dan juga pelakon senior Tom Hanks.
Mengisahkan tentang insiden penyalahgunaan media sosial oleh sebuah syarikat yang dipanggil sebagai The Circle. 
The Circle pada awal filem dilihat sebagai syarikat yang menjalankan aktiviti seperti 'pengalaman pelanggan' (customer experience)  serta boleh dikatakan sebagai sebuah syarikat yang aktif menjalankan perniagaan mereka menggunakan media sosial secara sah.   The Circle juga pada masa yang sama memperkenalkan produk terbaru mereka iaitu wireless camera yang berbentuk bulat, kristal serta bersaiz sedikit besar berbanding sebiji guli. 
Kelebihan kamera ini adalah ianya boleh diletakkan di mana-mana sahaja ruang atau sudut,  menjadikan ia sebagai sebuah super CCTV bagi memantau kawasan sekitar yang dilingkunginya.  Kamera ini juga bersambung secara langsung kepada satelit. 
Emma Watson sebagai Mae,  mempunyai seorang kawan rapat  di kejiranannya,  iaitu se…

King Arthur Legend of the Sword [Review]

Imej
Filem King Arthur Legend of the Sword bukanlah sebuah filem dalam pemerhatian kami dan kami tidaklah beriya-iya menontonnya, tetapi kami berpeluang menontonnya tempoh hari dan di sini kami bentangkan pendapat kami mengenainya.King Arthur Legend of the Sword [Review]Arthur Legend of the Sword merupakan satu olahan kisah lagenda King Arthur yang lebih memfokuskan kepada sejarah disebalik pedang Excalibur yang ditarik keluar Arthur dari batu dan juga sejarah disebalik keturunan Arthur. Kisahnya merangkumi sejarah keluarga Arthur dan bagaimana Arthur akhirnya menaiki takhta Camalot.Filem ini menyelami secara mendalam siapakah sebenarnya Arthur, persekitaran di mana beliau dibesarkan dan bagaimana beliau berusaha menaiki takhta.Untuk mengetahui kisah sepenuhnya, tontonlah filem ini di pawagam berhampiran anda.Jalan Cerita dan LakonanDalam kisah-kisah King Arthur tipikal, biasanya ia menceritakan beliau seorang rakyat marhaen yang telah berjaya mengeluarkan pedang dari batu dan beliau terus…

Sinopsis filem Whole Truth

BARISAN PELAKON UTAMA :

Keanu Reeves : Ramsey

Renee Zellweger : Loretta

Gugu Mbatha-Raw : Janelle

Gabriel Basso : Mike

Jim Belushi : Boone



Filem arahan Courtney Hunt ini berkisar mengenai suatu kes pembunuhan terhadap seorang lelaki bernama Boone yang juga merupakan seorang ayah kepada Mike dan suami kepada Loretta. Filem ini bertemakan suatu kisah yang seakan pernah terjadi di dalam dunia realiti. (kisah benar yang telah diubahsuai)

Di awal cerita, filem ini memaparkan dilemma yang dihadapi oleh Ramsey (Keanu Reeves) yang merupakan seorang attorney (peguam) kepada Loretta di mana anak Loretta yang bernama Mike tidak mahu bercakap walau sepatah pun perkataan dengan Ramsey semenjak prosiding berlangsung.

Kenyataan daripada Mike amat penting bagi membantu Ramsey untuk memenangi prosiding tersebut, namun keengganan Mike untuk bekerjasama menyebabkan Ramsey seperti menemui jalan buntu bagi membantu kes tersebut.

Dalam masa yang sama, seorang peguam muda bernama Janelle yang baru membina k…

Collossal [Review]

Imej
Setelah menonton trailer Collossal tempoh hari, filem ini kelihatan seperti sebuah filem lucu yang lain dari yang lain. Tidak dapat dinafikan bahawa kenyataan itu benar selepas menontonnya. Namun, itu bukan kisah sepenuhnya. Ia lebih dari yang dijangkakan. Inilah pendapat kami mengenainya. Collossal [Review]Filem Collossal mengisahkan Gloria yang mempunyai masalah ketagihan alkohol telah dihalau keluar dari rumah teman lelakinya. Oleh kerana beliau tidak mempunyai wang, beliau terpaksa balik ke kampung halamannya dan tinggal di rumah keluarganya yang kosong. Di sana beliau bertemu semula dengan kawannya bernama Oscar. Beliau berpura-pura baik, namun sebenarnya beliau cemburu dengan Gloria yang berjaya keluar dari kampung dan bekerja di bandar besar sementara beliau terpaksa tinggal di kampung menjalani hidup yang tidak bermakna.Oscar menjalankan sebuah bar dan suatu hari mereka minum sehingga lewat malam. Akibat mabuk, Gloria telah tertidur di bangku taman permainan di rumahnya. Apabi…

Alien Covenant [Review]

Imej
Filem Prometheus menerima review yang tidak menentu, namun bagi kami filem itu OK dari segi peranannya dalam jalan cerita keseluruhan francais Aliens. Dengan bermulanya tayangan sequelnya, Alien Covenant , kita kini dapat mengetahui apakah yang sebenarnya terjadi selepas itu.Alien Covenant [Review]Alien Covenant berlangsung 10 tahun selepas kehilangan krew Prometheus (tahun 2104) di mana filem Alien Covenant  berkisah tentang satu koloni manusia yang mempunyai misi untuk menawan dan memulakan koloni manusia di sebuah planet yang telah ditetapkan. Namun kapal Covenant yang mereka naiki telah terkena suar solar dan mengalami kerosakan. Kapten asal kapal tersebut juga telah mati akibat insiden tersebut, jadi kapten baru telah dilantik, iaitu Oram. Beliau sedikit gementar dan tidak begitu yakin sebagai seorang kapten.Semasa proses pembaikpulihan, mereka telah menerima satu mesej aneh berupa sebuah lagu klasik. Isyaratnya berasal dari sebuah planet yang mereka dapati pada zahirnya sangat s…