Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2017

Midnight Diner 2 [Review]

Imej
Admin sedikit sibuk minggu ini dan hanya kini sempat menulis review filem Midnight Diner 2 ini. Terima kasih kepada pihak GSCinemas kerana menaja tayangan perdana filem ini. Sebenarnya kami tidak begitu mengetahui mengenai kehadiran filem ini, namun apabila mendapat tiket percuma ke tayangan perdana, kami tidak melepaskan peluang menonton filem Jepun ini.Midnight Diner 2 [Review]Midnight Diner 2 adalah filem kedua dalam siri filem drama yang dibikin berdasarkan manga bertajuk “Shinya Shokudo” Yaro Abe. Ia mengisahkan seorang pemilik kedai makan istimewa yang membuka kedainya dari tengah malam hingga 7 pagi. Dalam masa ia dibuka, pelbagai jenis pelanggan tetap yang hadir ke kedai makannya sambil bersosial. Istimewanya tentang kedai makan ini ialah, pesanlah apa sahaja dan chef yang digelar “Master” itu akan melakukan terbaik untuk memasaknya.Namun, filem ini bukan hanya berkenaan kedai makan itu. Ia memberi tumpuan kepada kisah-kisah hidup para pelanggannya yang bermacam ragam, semuany…

The Hitmans Bodyguard [Review]

Imej
Sejak kali pertama menonton trailer The Hitmans Bodyguard yang lucu, kami tertunggu-tunggu untuk menonton filem sebenar. Apa tidaknya, gandingan mantap “Deadpool” dengan “Nick Fury” tentunya membawa kepada pelbagai kemungkinan yang lucu. Kami sempat menontonnya semalam dan inilah pendapat kami mengenainya.The Hitmans Bodyguard [Review]Michael Bryce lakonan Ryan Reynolds adalah seorang pengawal peribadi bertaraf 3 bintang yang telah jatuh ke tahap terendah akibat gagal menjalankan tugas mempertahankan kliennya yang telah dibunuh penembak tepat. Kini beliau bekerja sebagai pengawal peribadi bagi klien-klien tahap rendah yang tidak mampu membayar bayaran tinggi. Dengan kata lain, beliau kini miskin.Darius Kincaid lakonan Samuel L. Jackson pula merupakan seorang pembunuh upahan terhandal yang telah ditangkap dan membuat perjanjian dengan mahkamah jenayah perang di The Hague untuk memberi keterangan ke atas jenayah kemanusiaan yang dilakukan oleh persiden Belarus, Dukhovich. Beliau terpaks…

Tayangan Percuma Sempena Perasmian GSC Melawati Mall

Imej
Bagi yang tinggal di sekitar Taman Melawati, Wangsa Maju atau Wangsa Melawati, tentu sudah tahu bahawa Melawati Mall telah dibuka kepada orang ramai. Namun panggung wayangnya yang diurus GSC hanya akan dirasmikan hujung minggu ini. Untuk itu, GSC Melawati Mall akan mengadakan tanyangan percuma beberapa filem terdahulu bagi membolehkan anda mencuba fasiliti tersebut buat pertama kali.Tayangan Percuma Sempena Perasmian GSC Melawati MallUntuk mendapat tiket tersebut, cetak kupon di atas (klik kanan dan “save image as”, kemudian cetak) dan bawa ke GSC Melawati Mall dari 19 hingga 23 Ogos untuk menebus 2 tiket percuma menonton filem yang tersenarai. Seorang boleh menebus dua kupon, bermakna anda boleh menebus sejumlah 4 tiket. Walaubagaimanapun segalanya bergantung kepada tiket yang tersedia yang diedarkan secara “siapa cepat dia dapat”. Dengan kata lain, ia tertakluk kepada terma dan syarat. Jadual tayangan disertakan di bawah. Klik untuk membesarkan imej.The post Tayangan Percuma Sempena…

Revolt [Review]

Imej
Menjadi kebiasaan kami menonton filem-filem arus perdana yang disasarkan kepada penonton umum, namun, kadang-kala kami juga menonton filem rawak yang tidak terkenal dan kali ini kami menonton filem Revolt, sebuah filem sci-fi dibintangi Lee Pace sebagai watak utamanya, Bo.Revolt [Review]Kisah Revolt berlangsung di Kenya di mana dron-dron makhluk asing telah menguasai bumi dan membunuh atau menculik manusia yang berada di atas bumi. Bo seorang askar elit Amerika yang ditugaskan untuk melawan makhluk asing itu. namun beliau telah terkena letupan dan pengsan. Apabila sedar, beliau hilang ingatan dan berada dalam sebuah lokap balai polis kira-kira 500KM dari pangkalan tentara Amerika yang beliau ditempatkan.Bersama seorang lagi tahanan polis, Nadia, beliau cuba pulang ke pangkalan tenteranya hidup-hidup sambil diburu oleh dron makhluk asing serta diganggu panglima tentera puak-puak bertelagah di Afrika. Dapatkah mereka sampai ke pangkalan tersebut hidup-hidup? Tonton filem ini untuk menge…

Bad Genius [Review]

Imej
Setelah menonton trailer filem Thai Bad Genius kami tertarik untuk menonton filem yang kelihatan funky dan bertenaga ini. Biasanya filem Thai yang kami tonton adalah filem seram yang mana menjadi kepakaran pembikin filem Thai. Kali ini kami mengambil risiko untuk menonton filem ini dan nampaknya memang berbaloi. Bad Genius [Review]Bad Genius mengisahkan seorang genius bernama Lynn yang begitu bijak sehingga mendapat biasiswa untuk belajar di sebuah sekolah swasta terkenal. Pada hari pertama beliau masuk ke sekolah, beliau telah mendapat seorang kawan baik bernama Grace. Mengetahui Lynn seorang genius, Grace meminta Lynn menjadi tutornya untuk subjek matematik. Sungguhpun beliau telah mengajar, Grace masih tidak mampu menjawab soalan peperikasaan, memaksa Lynn mencari helah untuk memberi jawapan peperikasan kepada Grace. Mujurlah soalan peperikasaan semuanya objektif, memudahkan beliau memberikan jawapan.Eisaya Hosuwan melakonkan Grace mirip Nelydia Senrose Walaupun Lynn bukan bermaksud…

The Dark Tower [Review]

Imej
Filem The Dark Tower telah di”hype“kan memandangkan ia dibikin berdasarkan siri novel penulis terkenal Stephan King,  The Dark Tower yang mempunyai ramai peminatnya. Namun, adakah filem sebenarnya menyamai hype yang diuar-uarkan mengenainya? Kami berpeluang menonton filem ini untuk menilai sendiri. Kami tidak pernah membaca novel berkenaan, jadi kami menilai dari sudut “orang awam” yang pertama kali mendengar mengenai kisah The Dark Tower.The Dark Tower [Review]Dalam kisah The Dark Tower, the Dark Tower merupakan satu menara gelap yang mengeluarkan kuasa ajaib, membentuk perisai yang mempertahankan cakerawala, yang terdiri dari ratusan atau ribuan dunia, dari kuasa-kuasa kejahatan yang terletak di luar lingkungan perisai berkenaan. Seorang ahli sihir bernama Walter, juga digelar The Man in Black merancang untuk meruntuhkan menara tersebut bagi membolehkan segala makhluk jahat memasuki dan menguasai dunia-dunia yang berada dalam lingkungan perisai menara gelap itu.Untuk meruntuhkan men…