Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2017

Happy Death Day [Review]

Imej
Happy Death Day bukanlah sebuah filem utama yang ditunggu-tunggu peminat filem. Namun, sempena Halloween kami tontonlah sebuah filem yang kami sangkakan seram, Happy Death Day, tetapi ia tidaklah seperti yang kami jangkakan. Happy Death Day [Review]Happy Death Day mengisahkan Tree Gelbman, seorang pelajar kolej yang agak liar dan dibenci sebilangan orang yang dikenalinya. Sehari sebelum hari jadinya, beliau telah mabuk dan terjaga di dalam bilik asrama seorang lelaki yang tidak dikenalinya, Carter.Tetapi kisahnya berlaku pada malam itu semasa beiau hendak ke asrama rakannya untuk menyambut parti hari jadinya. beliau dikejar seorang yang bertopengkan topeng badut lalu ditikam. Tiba-tiba beliau tersedar semula di bilik asrama Carter pada pagi yang sama.Selepas dua kali berlaku pembunuhan, barulah beliau sedar yang beliau telah memulakan hari yang sama semula selepas dibunuh pembunuh itu dan ia terus berlaku setiap kali beliau dibunuh. Selepas itu beliau bertekad untuk mencari pembunuh t…

Brawl in Cell Block 99 [Review]

Imej
Apabila menonton trailer filem Brawl in Cell Block 99, kami sedikit pun tidak terasa untuk menonton filem ini. Namun, kami berpeluang menonton filem “unik” ini dan pada jangkaan kami ia sebuah filem drama, tetapi jangkaan itu tidaklah 100% tepat. Brawl in Cell Block 99 [Review]Brawl in Cell Block 99 mengisahkan seorang bekas peninju bernama Bradley yang terpaksa menjadi penghantar dadah akibat dibuang kerja. Untuk menambahkan lagi keparahan itu, isterinya pula curang. Namun sikapnya yang “istimewa” membawanya untuk tidak bercerai, sebaliknya berusaha untuk mengeratkan kembali hubungan dengan isteri dan cuba untuk mendapat anak. Tidak lama selepas itu, beliau berjaya menjadi penghantar dadah yang berjaya dengan rumah yang besar dan isteri yang sedang mengandung.Satu hari, seorang tauke dadah ingin bekerjasama dengan Bradley dalam operasi penghantaran dadah yang berjumlah jutaan dolar. Uniknya, Bradley, walaupun seorang penghantar dadah, beliau mempunyai prinsip dan berpegang padanya de…

Your motives for having a deal with the Online Deal Rooms

On a day-to-day basis, the catering industry, legal aid centers, and hold houses deal with more and more docs. It goes without question that it is complicated to work with it all and to look for the necessary records. It is clear that in our epoch, you may make use of the Deal Rooms but not all the organizations make bold to begin utilizing the Virtual Data Rooms. Why do not they use the Online Storage Areas? It is a topic to think about. But we came to a decision to recite the need in having a deal with the Due Diligence rooms and which merits you feel working with them.Do you carry on negotiations with the investors all over the world? Do all your partners speak your native language? Probably, you have to think about it. But it is an easy task with the Online Storage Areas which have the multilingual support and have the electronic translators. For this reason, assuming that you need these opportunities, pay attention to it deciding on the services.The most weighty intention of havi…

Greetings

This is my first postThe post Greetings appeared first on WayangKini.

from WayangKini http://ift.tt/2yNTcfX

Flatliners [Review]

Imej
Setelah membuat sedikit kajian latarbelakang, filem Flatliners adalah remake filem dengan tajuk yang sama yang telah diterbitkan pada tahun 1990. Menariknya, dalam filem versi 1990, Kiefer Sutherland memainkan watak utama, namun dalam versi 2017, beliau juga berlakon dalam filem ini, namun sebagai Dr. Barry Wolfson, tenaga pengajar di sekolah perubatan dalam filem tersebut. Apa pun, memandangkan kami belum menonton filem ini, apa salahnya kami menonton dan memberi pendapat kami mengenainya.Flatliners [Review]Flatliners mengisahkan lima pelajar perubatan yang menjalankan eksperiman untuk mengkaji dan merakam corak aktiviti otak selepas kematian. Mereka juga ingin mengalami pengalaman mati hidup semula yang dikhabarkan sangat ajaib. Untuk itu mereka menggunakan ilmu perubatan mereka untuk menghentikan jantung mereka dan selepas seminit atau dua, mereka akan menghidupkan semula orang yang mati itu menggunakan kaedah perubatan kecemasan. Peserta aktiviti ini diberi nama Flatliners.Semuany…

Midnight Runners [Review]

Imej
Tidak dapat dinafikan, filem Korea selalu mendapat tempat di hati peminatnya dan kami juga merupakan peminat tidak tegar filem-filem Korea. Kali ini kami berpeluang menonton filem komedi Midnight Runners. Sekilas pandang, dari trailernya filem ini kelihatan seperti sebuah filem ala Police Academy yang terkenal di zaman 80an dan 90an.Midnight Runners [Review]Midnight Runners mengisahkan dua orang pelatih polis, Park Ki-joon dan Kang Hee-yeol yang mana keduanya mempunyai personaliti bertentangan. Seorang skema dan seorang lagi bertindak sebelum berfikir. Kedua-duanya juga masuk akedemi polis atas sebab yang berbeza, Park Ki-joon masuk kerana yuran pengajian polis percuma, manakala Kang Hee-yeol yang mempunyai kelulusan akedemik cemerlang masuk kerana mahu mencuba sesuatu yang unik dalam kehidupannya dan bukan masuk ke universiti terkemuka Korea. Kedua-duanya bukannya bercita-cita menjadi anggota polisSetelah menjalin persahabatan BFF dalam situasi yang tidak dijangka mereka lama kelamaa…

Blade Runner 2049 [Review]

Imej
Filem Blade runner asal diterbitkan pada tahun 1982 dan merupakan sebuah filem yang boleh dikatakan “cult classic” yang mempunyai peminat niche yang tersendiri. Filem ini meletup pada ketika itu kerana kesan khas yang jauh mendahului zamannya serta paparan sebuah dunia futuristik yang terperinci dan kreatif serta menjadi “benchmark” kepada filem futuristik selepas itu. Malah jika anda menonton filem asal pada zaman sekarang, anda mungkin tidak percaya ia diterbitkan pada tahun 1982 dan mungkin anda memikirkan ia dibuat pada pertengahan atau penghujung 90an (jika anda generasi millennial, mungkin anda tidak faham perumpaan ini). Mungkin benar, admin belum lahir lagi pada tahun 1982, namun admin hidup dalam seanjang tahun 90an, jadi admin biasa menonton filem pada zaman 80an – 90an. Kini setelah 30 tahun, sequel Blade runner bertajuk Blade Runner 2049 telah diterbitkan. Bagaimanakah penilaiannya berbanding filem asal, dan adakah penonton yang menonton filem asal 35 tahun dahulu, akan be…

Tombiruo Penunggu Rimba [Review]

Imej
Satu tarikan bagi kami untuk menonton Tombiru Penuggu Rimba selain trailernya yang menarik, adalah kerana ia dibawakan oleh Astro Shaw yang memang terkenal dengan filem yang gempak seperti Ola Bola dan Polis Evo. Kami sempat menonton filem ini di pawagam GSC Melawati Mall buat pertama kali di mana kami berpendapat admin dan admin no 2 berbeza pendapat mengenai pawagamnya. Admin 2 berpendapat tempat duduknya sedikit sempit dan terlalu tegak. Jadi untuk mereka yang “lebar” (admin 2 bukannya orang yang “lebar” pun) mungkin akan bermasalah sedikit untuk duduk dan tidak boleh bersandar. Admin yang memang biasa duduk tegak dan tidaklah terlalu “lebar” berasa tempat duduk ok sahaja. Cuma admin kurang minat tempat duduk yang diperbuat daripada kulit. Apa pun, ia tidaklah menggangu tontonan kami.Tombiruo Penunggu Rimba [Review]Tombiruo Penuggu Rimba mengisahkan seorang lelaki yang mempunyai kuasa ajaib mengawal hutan. Beliau dilahirkan hasil pencabulan ke atas seorang orang kampung di kawasan …

The Foreigner [Review]

Imej
Kami memang telah lama ingin menonton filem The Foreigner sejak ia diperkenalkan dalam trailer di Youtube dan di pawagam beberapa bulan lalu. Namun hanya kini kami berkesempatan untuk menonton filem penuh aksi lakonan Jackie Chan ini. Kami lega untuk mengetahui bahawa tidak seperti filem pengganas tipikal yang memaparkan pengganas Islam, filem ini memaparkan pula pengganas IRA (dari Ireland) sebagai organisasi pengganasnya.The Foreigner [Review]Untuk benar-benar memahami filem ini, anda perlu memahami konflik di antara pihak British dengan negara Ireland yang terbahagi kepada Ireland dan Ireland Utara. Ireland Utara merupakan wilayah jajahan British dan majoriti penduduk katoliknya masih ingin berada di bawah naungan Britain. Namun, IRA atau Ireland Republican Army yang merupakan kumpulan militan Ireland, ingin memperjuangkan kemerdekaan seluruh pulau Ireland dari pihak British dan sedia melakukan apa jua keganasan termasuk pengeboman tempat awam. Tontonlah video di bawah untuk menget…