Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2017

Bleeding Steel – Sebuah Filem Sci-Fi Aksi Asia Tipikal

Imej
Filem-filem Jackie Chan memang terkenal sejak dulu dengan aksi lagak ngeri buatan sendiri dan lawak jenaka praktikal. Oleh kerana itu filem-filemnya menjadi kegemaran segenap lapisan masyarakat. Namun filem Bleeding Steel yang mula ditauyangkan penghujung Disember menjadi tanda tanya, memandangkan tarikh hujung Disember hingga sekitar Februari biasanya menjadi lubuk filem-filem “reject” yang tidak mendapat sambutan di Holywood. Namun, adakah filem ini tergolong dalam kategori itu? Ini penilaian kami.Bleeding Steel – Sebuah Filem Sci-Fi Aksi Asia TipikalFilem Bleeding Steel mengisahkan Jackie Chan yang memainkan watak ketua pasukan agen khas polis yang melindungin Dr James, seorang saintis yang mencipta cara untuk membolehkan manusia mempunyai kadar penyembuhan seperti cicak yang boleh menumbuhkan semula anggota badan yang terputus.Malangnya, semasa hendak memindahkan Dr James ke tempat selamat, pasukan polis khas telah diserang subjek ujian pertama Dr James yang menubuhkan organisasi …

Jibam [Review]

Imej
Beberapa minggu kebelakangan ini kedengaran isu mengenai filem Jibam yang dikurangkan tayangannya secara drastik kerana tidak laku di pawagam. Kemudian kedengaran pula sekumpulan penonton yang menempah terus satu panggung untuk menyokong dan menonton filem tersebut. Ini membawa kepada lanjutan penayangannya di pawagam. Ini membolehkan kami menontonnya dan menilai sendiri filem yang menimbulkan kontroversi ini. Lagipun, sekali sekala kami mahu menonton filem Melayu yang bukan filem cinta mahupun seram.Jibam [Review]Jibam atau nama sebenarnya Ashraf merupakan kanak-kanak istimewa yang mempunyai perangai pelik dan sering dibuli kanak-kanak lain serta sesetengah orang kampung tertentu. Bapanya Suman, merupakan orang peneroka tanah yang mula-mula membuka dan menubuhkan kampung di mana mereka tinggal. Namun beliau telah hilang secara misteri dan tinggallah Jibam, ibunya dan kedua abangnya, Fakir dan Kadir.Jibam mewarisi kuasa istimewa dari bapanya yang boleh menyembuhkan penyakit atau keced…

Jumanji Welcome to the Jungle [Review]

Imej
Bagi mereka yang lahir selepas tahun 2000 dan tidak mengenali filem Jumanji, ia merupakan sebuah filem adventure yang diterbitkan pada tahun 1995 dibintangi mendiang Robin Williams, Kristen Dunst dan Bonnie Hunt. Ia mengisahkan sebuah permainan papan ajaib yang membawa pemainnya ke satu alam safari. Filem ini kini mendapat sequel yang dimodenkan berupa sebuah filem bertajuk Jumanji Welcome to the Jungle. Kami berpeluang menontonnya dan di sini kami memberi sedikit ulasan mengenainya. Jumanji Welcome to the Jungle [Review]Jumanji Welcome to the Jungle merupakan sequel kepada filem asal Jumanji yang diterbitkan pada tahun 1995. Pada ketika itu, watak utamanya telah mencampakkan permainan papan tersebut ke dalam sungai dengan harapan tiada sesiapa menjumpainya. Tetapi dalam filem sequel ini permainan papan Jumanji ditemui oleh seorang remaja pada tahun 1996 yang kemudiannya membawanya pulang. Mungkin kerana keajaiban papan tersebut, ia telah bertukar mengikut citarasa remaja pada tahun 1…

Star Wars VIII The Last Jedi [Review]

Imej
Star Wars VIII The Last Jedi bolehlah dikatakan filem paling ditunggu-tunggu untuk tahun 2017 dan kami di Wayangkini.com juga tidak terkecuali dari menanti penayangannya. Kami telah melapangkan jadual kami untuk menonton filem epic ini di pawagam dan kami akan berkongsi pendapat mengenai filem ini.Star Wars VIII The Last Jedi [Review]Dalam Star Wars VIII The Last Jedi kedudukan pangkalan pihak pemberontak telah diketahui pihak empayar dan mereka menghantar angkatan kapal angkasa mereka untuk memusnahkan keseluruhan tentera pemberontak.Mengetahui serangan yang akan hadir, pihak pemberontak terus mengarahkan keseluruhan tenteranya di pangkalan tersebut untuk berpindah keluar dan mencari pangkalan baharu.Malangnya pihak empayar mempunyai teknologi untuk mengesan kapal-kapal induk pemberontak walaupun mereka bergerak pada kelajuan cahaya. oleh sebeb itu pihak pemberontak hanya boleh mengekalkan pergerakan mereka pada satu jarak yang cukup jauh di mana tembakan pihak empayar tidak mempunya…

Murder on the Orient Express [Review]

Imej
Murder on the Orient Express sebenarnya adalah sebuah filem pembikinan semula filem dengan tajuk sama dari tahun 70an. Filem kali ini dilakonkan pelbagai pelakon handalan seperti Johnny Depp, Daisy Ridley, Willem Dafoe dan Michelle Pfeiffer. Filem misteri penyiasatan ala Sherlock Holmes ini menarik minat kami untuk menontonnya di pawagam.Murder on the Orient Express [Review]Murder on the Orient Express mengisahkan seorang detektif berbakat luarbiasa bernama Hercule Poirot. Setelah menyelesaikan satu kes kecurian artifak agama berharga di Baitulmaqdis, beliau diarahkan menyiasat satu kes di London. Untuk itu beliau terpaksa berlayar ke Istanbul dan kemudian menaiki keretapi Orient Express.Penumpang keretapi itu terdiri daripada penumpang yang mempunyai latarbelakang yang berbeza-beza. Watak yang diperhatikan ialah Edward Ratchett lakonan Johnny Depp, seorang penjenayah dan penipu yang diburu oleh mafia Itali.Perjalanan keretapi tersebut mengambil masa 3 hari, tetapi pada malam kedua, s…