Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2018

Ready Player One – Filem Epik Untuk Para Gamers dan Peminat Budaya Pop

Imej
Filem Ready Player One sememangnya sebuah filem yang kami tunggu-tunggu sejank pengenalan trailernya yang memang mengujakan dan dipenuhi karektor gaming serta ikon-ikon budaya pop masa lalu. Namun sejauhmanakah filem ini menepati hype yang ditonjolkannya? Kami telah menonton filem ini untuk mengetahui jawapannya.Ready Player One – Filem Epik Untuk Para Gamers dan Peminat Budaya PopKisah Ready Player One berlangsung pada tahun 2045 di mana kebanyakan rakyat Amerika hidup dalam kemiskinan dan satu-satunya cara untuk melepaskan diri dari kesengsaraan hidup adalah untuk memasuki dunia maya bernama The Oasis di mana anda boleh jadi apa sahaja yang anda mahu. Kisahnya menjadi lebih menarik apabila pencipta The Oasis, James Halliday, meninggal dunia. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau mengumumkan beliau menyorokkan sebiji “Easter Egg” iaitu satu barang istimewa yang tersorok, di dalam The Oasis dan sesiapa yang berjaya menjumpainya, beliau akan mewarisi kekayaan setengah Trillion kredit …

Pacific Rim Uprising – Penyerahan Nasib Bumi Kepada Generasi Baharu Pemandu Jaeger

Imej
Filem Pacific Rim pertama, walaupun bukan epic, berjaya menarik minat penonton dari pelbagai lapisan masyarakat dan merupakan satu kejayaan (lebih kurang) box office yang tidak disangka. Tetapi, filem itu berkesudahan dengan kejayaan pihak bumi mengalahkan angkatan Kaiju serta menutup portal yang membawa masuk Kaiju dari dunia makhluk Precursors ke bumi. Jadi, bagaimana peperangan baru dengan kaiju boleh berlaku dalam Pacific Rim Uprising? Anda perlu tonton filem ini untuk mengetahuinya. Kami sempat menonton filem ini  tempoh hari dan di sini kami berkongsi pendapat mengenainya.Pacific Rim Uprising – Penyerahan Nasib Bumi Kepada Generasi Baharu Pemandu JaegerPacific Rim Uprising berlangsung 10 tahun selepas tamatnya perang dengan kaiju dan penutupan portal Precursors di mana sesetengah negara telah pulih dari kerosakan dari peperangan dengan kaiju dulu dan sesetengah negara tidak. Jake Pentecost merupakan anak kepada Stacker Pentecost, hero dalam filem Pacific Rim asal. Walaubagaimana…