Perempuan mungkin lebih setia berbanding lelaki tapi.....

Kata bidalan "bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi". Kalau ada yang meminta, kekadang  ada yang memberi.

Na'uzubillah...

Saya faham sifat perempuan. Ada yang setia, dan ada juga yang sebaliknya. Walau apa pun sebabnya, kesetiaan seorang wanita bukan lah sesuatu yang hakiki. kerana mereka juga manusia biasa, ..seperti lelaki. Boleh rapuh, dan mudah rapuh.

Mungkin perempuan lebih setia disebabkan mereka memiliki sifat pemalu. Berbanding lelaki, kebiasaannya yang memikat di dalam alam ini dimulakan oleh sang jantan, dan sang betina hanya menunggu untuk dipikat. Lumrah alam....mungkin kerana sifat pemalu mereka. Mungkin juga kerana ego...

Takkan perigi mencari timba, bak kata pepatah.

Sehingga kini, mungkin juga hingga ke penghujung waktu, ia takkan berubah.

Lelaki lebih mudah meluahkan perasaan apabila tiba masanya. Namun perempuan meluahkan perasaan dalam bahasa tubuh ataupun isyarat, yang kebiasaanya tidak difahami lelaki.

Oleh kerana itu, perempuan kebiasaanya terpaksa memendam perasaan walaupun berhasrat atau berkeinginan kepada si jejaka.  

Maka tidak berlaku lah perpisahan, saling bertuduhan dan sebagainya pada ketika itu. Dan orang perempuan akhirnya tetap kekal setia pada yang satu...........................

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara kawal berat badan dan info kesihatan mengenainya