Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2018

Solo A Star Wars Story Tidak Sehebat Jangkaan

Imej
Solo A Star Wars Story merupakan filem terbaharu dalam francais filem Star Wars baharu yang dimulai dengan Star Wars Episode VII beberapa tahun lalu. Walaupun filem ini tidak begitu hype dalam minggu-minggu menuju tayangannya, kami tetapi menanti filem ini. Semalam kami sempat menonton filem ini dan kami ingin berkongsi pendapat kami mengenai filem ini. Menariknya, kami menonton filem ini di IMAX Sunway Velocity dan kami hanya perlu membayar RM17 untuk dua tiket dengan promosi bayaran dengan kad kredit Maybank (beli 1 percuma 1). Bermakna, kami hanya perlu membayar RM8.50 seorang untuk tayangan bertaraf IMAX 2D. Memang berbaloi.Solo A Star Wars Story Tidak Sehebat JangkaanSolo A Star Wars Story merupakan filem “origin” bagi watak Han Solo dalam saga Star Wars. Ia menceritakan asal usul Han Solo, seorang anak gelandangan yang terperangkap dalam kancah jenayah. Beliau dan kekasihnya, Qi’ra bercita-cita melepaskan diri dari cengkaman kumpulan penjenayah planet Corellia di mana mereka dil…

Deadpool 2 – Dipenuhi Lawak Jenaka Memecah Perut

Imej
Filem Deadpool pertama antara filem yang mempunyai margin keuntungan tertinggi dalam sejarah. Kos pembikinannya agak rendah, tetapi jumlah kutipannya sangat tinggi. Oleh sebab itulah, kami sangat tertunggu-tunggu untuk menonton Deadpool 2 dan kami berpeluang menontonnya semalam.Deadpool 2 – Dipenuhi Lawak Jenaka Memecah PerutbuDeadpool 2 merupakan sequel kepada filem Deadpool 2 di mana Deadpool masih dengan aktiviti membanteras jenayah dengan caranya yang kejam. Wade (Deadpool) dan Vanessa telah berkahwin (tidak pasti kerana budaya barat yang tinggal bersama sebelum berkahwin, mungkin juga mereka tidak berkahwin) dan telah mula berfikir untuk mendapatkan anak. Malangnya sebelum mereka boleh berfikir lebih jauh, rumah mereka diserang penjahat yang berdendam dengan Deadpool menyebabkan Vanessa terbunuh.Sejak itu, beliau sentiasa bersedih mengenangkan nasibnya. Setelah satu percubaan membunuh diri, para X-Men Collossous dan Negasonic Teenage Warhead cuba memujuknya untuk menyertai X-Men.…