Escape Plan 2 Hades – Bukti Melaratnya Situasi Bintang-Bintang Veteran Holywood

Akhir-akhir ini kami telah review beberapa filem lakonan veteran Holywood yang didapati kurang memberangsangkan, seolah-olah hanya dibuat untuk melepaskan batok di tangga. Kini, seorang lagi veteran Holywood, Sylvester Stallone membintangi filem sequel kepada filem Escape Plan yang mula ditayangkan pada tahun 2013 dahulu. Berikut merupakan pendapat kami mengenai filem ini.

Escape Plan 2 Hades – Bukti Melaratnya Situasi Bintang-Bintang Veteran Holywood

Filem Escape Plan 2 Hades merupakan sequel kepada filem Escape Plan yang mula ditayangkan pada tahun 2013. Ia menyambung kisah Ray Breslin yang melarikan diri dari penjara misteri dalam filem pertama, kini memiliki syarikat keselamatan yang mempunyai kepakaran dalam menyelamatkan pelanggannya dari penjara atau situasi penculikan yang paling ketat dan sukar. Dalam satu operasi menyelamat, salah seorang agennya telah melakukan kesalahan menyebabkan salah seorang pelanggannya mati. Beliau kemudian dibuang dari pasukan tersebut.

Tidak lama kemudian, seorang lagi agennya hilang tanpa kesan. Tetapi kini Breslin sendiri terpaksa melibatkan diri dalam menyelamatkan agen-agennya. Apakah beliau akan berjaya? Tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

Review

Jika dalam filem pertama Escape Plan, Sylvester Stallone berganding dengan Arnold Schwarzenegger, dalam filem sequel ini beliau bergandingan pula dengan Dave Bautista, walaupun watak Bautista sebagai Derosa boleh dianggap kecil sahaja. Jika dalam filem pertama kami memberi review yang agak seimbang mengenai filem tersebut, perkara sama tidak dapat dikatakan mengenai filem sequel ini. Dari babak pertama lagi kita boleh merasakan bahawa filem ini berada di tahap yang sama seperti filem Black Water tempoh hari yang kami labelkan sebagai filem bajet. Mungkin filem-filem sebegini hanya untuk pelakon-pelakon veteran dan pelakon baharu meningkat untuk mendapat wang saku sementara menunggu tawaran lakonan yang lebih lumayan.

Pertama sekali plotnya agak simplistik, walaupun pengarah cuba pengolah jalan ceritanya menjadi lebih dramatik dan kompleks. Props dan lokasi yang digunakannya juga kelihatan jauh lebih jimat bajet berbanding filem pertama. Manakala kesudahannya juga kurang memberangsangkan dan boleh dijangka.

Masalahnya dengan filem genre “melarikan diri dari penjara”, perhatian teliti perlu diberikan kepada langkah-langkah dan pelan yang digunakan protagonis untuk melarikan diri. Jika ia terlalu simplistik dan boleh dijangka, maka penonton akan bosan dan seluruh filem akan gagal di box office. Dari segi ini, jalan cerita seharusnya jauh melebihi jangkaan penonton, barulah penonton akan berminat menonton filem ini sehingga kepenghujung.

Kami rasakan filem ini lebih sesuai ditayangkan di rangkaian television berbayar seperti Netflix atau HBO berbanding di pawagam, namun, kami kurang yakin rangkaian tersebut akan membeli filem seperti ini.

Escape Plan 2

Positif vs Negatif

Positif

  • Menghiburkan, jika anda tidak mempunyai sebarang filem lain untuk ditonton

Negatif

  • Jalan cerita yang boleh dijangka
  • Bajet filem yang jelas sekali rendah

Escape Plan 2

Kesimpulan

Sebenarnya filem Escape Plan asal tidak perlu kepada sebarang sequel, namun premis filem Escape Plan 2 Hades jika dinilai sekali pandang, agak menarik. Namun penulisnya telah gagal menggunakan kreativitinya untuk membina plot yang menarik yang boleh dibanggakan. Tontonlah filem ini jika anda tidak mempunyai filem lain untuk ditonton.

Penilaian – 3/10

IMDB

The post Escape Plan 2 Hades – Bukti Melaratnya Situasi Bintang-Bintang Veteran Holywood appeared first on WayangKini.



from WayangKini https://ift.tt/2LdkyWo

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara kawal berat badan dan info kesihatan mengenainya