Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2018

Filem terbaik sepanjang zaman

Imej
Filem tahun 1996 (mase penulis baru di tingkatan 1), lebih kurang sezaman dengan filem Legends of The Fall (1994).

Mengisahkan seorang lelaki bernama Jerry Maguire yang juga merupakan seorang agen sukan yang mencari bakat-bakat baru dalam arena sukan untuk diketengahkan, dan juga diberi latihan khusus oleh jurulatih-jurulatih yang berminat, untuk diserapkan ke dalam sesebuah pasukan atau perseorangan.

Syarikat yang mencari atlit ini dipanggil sebagai SMI (Sports Management International).

Mara – Kisah di Sebalik Sleep Paralysis Atau Kena Hempap

Imej
Pernahkah anda mengalami pengalaman terkena hempap ketika tidur di mana anda tidak boleh bergerak atau bercakap. Istilah saintifiknya adalah Sleep Paralysis. Filem Mara merupakan sebuah filem seram yang dibina di atas konsep tersebut. Kami sempat menontonnya dan di sini kami ingin berkongsi pendapat kami mengenainya.Mara – Kisah di Sebalik Sleep Paralysis Atau Kena HempapMara mengisahkan seorang ahli psikologi benama Kate yang ditugaskan membantu polis untuk menyiasat kejadian pembunuhan misteri sepasang suami isteri di mana yang dituduh membunuh, si isteri, mengaku tidak membunuh suaminya, sebaliknya mengatakan suaminya dibunuh makhluk ghaib yang dinamakan Mara.Semakin beliau menyiasat, semakin beliau mula terlibat secara mendalam dalam kes-kes pembunuhan tersebut sehingga beliau sendiri dikatakan dicop untuk dibunuh oleh Mara sendiri. Adakah ini benar, dan bagaimana beliau menyelamatkan diri? Tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.ReviewFilem Mara bukanlah satu filem yang…

Monstrum – Filem Raksasa Zaman Silam dari Korea

Imej
Filem raksasa merupakan satu genre yang semakin lama, semakin dilupakan. Jika bukan kerana filem-filem baharu Godzilla dan Rampage, filem genre sebegini mungkin akan berkubur. Namun filem Korea Selatan Monstrum menghidupkan lagi genre filem raksasa. Kami sempat menontonnya baru-baru ini di pawagam untuk penilaian kami.Monstrum – Filem Raksasa Zaman Silam dari KoreaMonstrum mengisahkan raja Jung Jong di zaman Joseon di mana perdana menterinya telah menggulingkan raja sebelumnya demi mengangkatnya sebagai raja negara tersebut. Cara beliau menggulingkan raja sebelumnya ialah dengan menyebarkan khabar angin bahawa terdapat satu raksasa dipanggil Monstrum yang bukan sahaja memakan manusia, malah menyebarkan wabak. Perdana menteri telah membunuh penduduk beramai-ramai dengan alasan mereka dijangkiti wabak Monstrum. Selain itu pihak tentera telah diarahkan membakar perkampungan penduduk dengan alasan yang sama. Ini menyebabkan rakyat bangkit dan menggulingkan raja.General Yoon Gyeom, seorang…

Rise Ini Kalilah – Mengimbau Kembali Pilihanraya Umum 14

Imej
Politik sememangnya satu topik yang sensitif dan kadang-kala boleh membawa kepada pergaduhan. Kerana itulah filem Rise Ini Kalilah adalah sebuah filem yang agak sukar untuk diulas tanpa menyentuh isu politik. Sungguhpun demikian, kami akan cuba mengulas lebih dari perspektif rakyat secara objektif. Agak mengagumkan kerana daripada kandungan filem ini jelas sekali filem ini dibikin atau menjalani penggambaran sekurang-kurangnya semasa kempen pilihanraya atau selepas penubuhan kerajaan baru. Ini bermakna filem ini hanya mengambil masa beberapa bulan untuk dirakam, diedit dan diterbitkan. Menjadikannya filem wayang yang dibikin paling pantas dalam pengetahuan kami. Tapi adakah ia sebuah filem yang baik? Ini ulasan kami.Rise Ini Kalilah – Mengimbau Kembali Pilihanraya Umum 14Filem Rise Ini Kalilah, mengikuti perjalanan beberapa orang watak, mewakili segenap lapisan masyarakat Malaysia sepanjang musim pilihanraya yang lepas. Fira Filzah seorang pelajar Malaysia di UK yang serba salah untuk…

Final Score – Sebuah Filem Aksi Piawai

Imej
Walaupun terdapat banyak filem berprofil tinggi mula ditayangkan kebelakangan ini, sekali-sekala tidak salah untuk menonton  filem-filem tidak ternama serta tidak banyak dihebohkan. Filem Final Score lakonan Dave Bautista merupakan salah satu filem sebegitu. Ia akan ditayangkan di pawagam mulai minggu hadapan, namun kami berkesempatan menontonnya.Final Score – Sebuah Filem Aksi PiawaiFinal Score mengisahkan seorang pegawai tentera Amerika, Michael Knox yang kehilangan anggota pasukan paling rapat dengannya. Disebabkan beliau juga rapat dengan keluarganya, beliau akan melawat mereka sekali sekala. Kali ini beliau melawat keluarganya dengan niat untuk membawa anak rakannya itu yang bernama Danni untuk menonton perlawanan bolasepak antara West Ham United dengan Dynamo Moscow.Pada masa yang sama sekumpulan pengganas para tentera menawan stadium tersebut dengan niat untuk mencari ketua politik mereka untuk memulakan semula revolusi di negara asal mereka. Semasa mencari Danni yang telah men…

Johnny English Strikes Again – Adakah Lawak Mr Bean Sudah Basi?

Imej
Dalam siri filem Johnny English, filem yang paling admin gemari dan rasakan paling lucu adalah filem pertama. Filem kedua, Johnny English Reborn lucu, tetapi tidak setanding filem pertama. Kini filem ketiga dalam siri filem ini, Johnny English Strikes Again, telah mula ditayangkan dan kami sempat menontonnya di pawagam. Inilah pendapat kami mengenainya.Johnny English Strikes Again – Adakah Lawak Mr Bean Sudah Basi?Dalam filem Johnny English Strikes Again, agen rahsia Johnny English kini bertugas sebagai seorang guru di sebuah sekolah berasrama penuh. Tidak mengejutkan beliau juga mengajar anak muridnya teknik-teknik pengintip yang berjaya, di samping mata pelajaran sains.Sementara itu di agensi penyiasatan Britan, MI7, seorang penggodam handalan telah berjaya menggodam komputer MI7 dan mendedahkan identiti kesemua agen rahsia MI7. Oleh kerana tiada lagi agen rahsia yang boleh bertugas, Johnny English diambil bertugas semula untuk menyiasat dan menangkap dalang di sebalik penggodaman t…

The Predator : Francais Klasik diberi Nafas Baharu

Imej
Filem-filem The Predator sememangnya antara siri filem paling popular ketika admin membesar dalam tahun 90an. Ia menerima banyak sequel dalam era 2000an seperti filem Alien vs Predator 1 & 2 dan The Predators, namun tiada yang mampu menyaingi yang asli. Sequel kali ini diberi nama The Predator dan walaupun trailernya tidaklah begitu hype, namun kami teringin mengetahui adakah filem ini layak menjadi sebuah sequel yang baik.The Predator : Francais Klasik diberi Nafas BaharuThe Predator mengisahkan Quinn McKenna, seorang anggota tentera khas bersama pasukannya yang bertugas di perbatasan di Mexico. Semasa mereka menjalankan misi, kebetulan satu kapal angkasa yang membawa seorang makhluk predator yang melarikan diri dari sekumpulan predator yang lain telah terhempas berhampiran tempat mereka menjalankan misi.McKenna yang menyiasat tempat kejadian menemui kapal angkasa yang musnah itu dan juga beberapa peralatan milik predator. Beliau sempat mengambil topi keledar dan alat yang dipasa…

3 muzik video terbaru pilihan Peminat Filem

Imej
Thunderclouds - Sia, Diplo, Labrinth. Special performance- Maddie Ziegler

Budak perempuan si Maddie ni dah besar panjang. Dulu dalam muzik video Sia-Chandelier, kecik lagi.



Electricity - Silk City and Dua Lipa

Tak perlu diperkenalkan lagi penyanyi yang berasal dari Albania ini, Dua Lipa. Terkenal dengan lagu seperti New Rules, Be the One, Lost in your light dan banyak lagi. Memang dah banyak lagu dia setakat ni, Taylor Swift pun kalah.




Solo- Demi Lovato dan Clean Bandit

Dah banyak collabs Clean Bandit ni buat. Salah satunya dengan Sean Paul dan Anne Marie (Rockabye). Dua Lipa tak nak ke collabs dengan Clean Bandit ni pulak? dengar kata dia nak collabs dengan girls band dari Korea.

The Nun – Permulaan Dunia The Conjouring

Imej
Siri filem dunia The Conjouring yang rata-rata diarah atau ditulis oleh pengarah dari Malaysia, James Wan sering diangkat sebagai filem seram yang benar-benar seram oleh penontonnya, namun setelah menonton beberapa filem sejak filem The Conjouring asal, kami tidak berasa ia begitu seram seperti diwar-warkan. Filem The Nun adalah sebuah lagi filem seram dalam dunia The Conjouring yang menyingkap asal usul salah satu watak puaka dari filem The Conjouring 2, iaitu Valek.The Nun – Permulaan Dunia The ConjouringFilem The Nun mengisahkan mengenai biara Santa Carta di Romania yang mana rahib-rahibnya ditugaskan untuk mempertahankan dunia daripada dimasuki satu kuasa berpuaka yang dinamakan Valek.Dalam filem Father Burke dan Sister Irene telah ditugaskan oleh The Vatican untuk menyiasat kejadian bunuh diri oleh seorang rahib di biara tersebut. Sepertimana diketahui umum, dalam agama katolik, bunuh diri merupakan satu perbuatan keji dan terkutuk.Mereka mendapat bantuan daripada pemuda yang ber…

One Two Jaga : Filem Berbahasa Melayu Paling Berani Setakat Ini

Imej
Bila bercakap tentang filem Melayu, biasanya kita akan terbayang filem komedi, filem seram atau filem animasi seperti Upin dan Ipin. Namun, filem One Two Jaga ini adalah filem berbahasa Melayu yang berani membongkar topik yang memang tidak pernah sesiapa berani bongkar, samada kerana takut tidak mendapat sambutan dari penonton ataupun takut menerima tindakan dari kerajaan.One Two Jaga : Filem Berbahasa Melayu Paling Berani Setakat IniFilem One Two Jaga adalah sebuah filem yang diilhamkan kisah benar di sebalik kegiatan penyeludupan pekerja haram dan isu-isu berkaitan dengannya. Ia mengikuti beberapa watak dalam “ekosistem” pekerja asing seperti polis, sindiekt penyeludupan dan juga pekerja asing itu sendiri.Ia mengisahkan peranan setiap pemain dalam kegiatan penyeludupan pekerja asing dan bagaimana mereka melakukannya. Dengan topik sebegini pastinya para penonton akan terkejut (mungkin juga tidak) dengan pendedahan yang dibawa film ini. Sekurang-kurangnya ia akan membuka mata rakyat M…

Equalizer 2 : Filem Aksi yang Matang

Imej
Equalizer adalah pembikinan semula filem tahun 70an dengan tajuk yang sama dan Equalizer 2 merupakan sekuel filem bikinan semula itu. Selepas menonton filem pertama dan melihat kehebatannya, kami agak teruja untuk menonton filem kedua ini.Equalizer 2 : Filem Aksi yang MatangEqualizer 2 menyambung kisah Robert McCall yang kini bekerja sebagai pemandu Lyft (salah satu pesaing Uber di USA) yang sekali-sekala menyelamatkan mereka dalam kesusahan dengan caranya tersendiri. Kali ini cabarannya lebih hebat kerana mangsa yang memerlukan bantuannya adalah rakan rapatnya yang telah mati dalam keadaan yang mencurigakan. Bolehkah beliau menyiasat kematian rakannya dan membawa keadilan kepada pembunuhnya? Tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.ReviewJika anda menonton filem ini, awal-awal lagi anda akan menyedari kelainan tema filem ini berbanding filem pertama. Walaupun filem ini masih mempunyai babak-babak aksi yang mendebarkan, ia jauh lebih “chill” berbanding filem pertama. Ia menga…