Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2018

Robin Hood – Putaran Plot Klasik Menjadi Sebuah Kisah Baharu

Imej
Akhir-akhir ini para pembikin filem Holywood yang ketandusan idea menggunakan kisah-kisah lama dan cuba membentuk naratif alternatif atau kisah alternatif berdasarkan kisah tersebut. Filem Robin Hood terbaharu merupakan salah satu filem sebegitu. Kami berpeluang menonton filem ini dan menilai samada ia sebuah filem yang berbaloi ditonton ataupun tidak.Robin Hood – Putaran Plot Klasik Menjadi Sebuah Kisah BaharuBerbeza dengan filem-filem Robin Hood sebelum ini, filem ini memulakan kisahnya dengan Robin Loxley (Robin Hood) yang merupakan seorang bangsawan yang mengahwini Marion. Tidak lama selepas berkahwin, beliau telah dikerah untuk menyertai tentera Salib untuk berperang di Timur Tengah. Namun, dalam tahun ke 4 beliau berperang, beliau telah dihantar balik kerana mempertahankan seorang tawanan perang Muslim, Yahya Ibn Umar di mana anaknya telah dibunuh tentera Salib.Malangnya, di Nottingham, tanahairnya, pihak Sheriff of Nottingham telah menyebarkan bahawa beliau telahpun mati dua ta…

Polis Evo 2 – Gempak Tak Terkata

Imej
Kecoh baru-baru ini apabila tular pos FB yang mengajak semua untuk memboikot filem Polis Evo 2 kerana menampilkan pengganas beragama Islam yang dikhuatiri memburukkan imej Islam itu sendiri. Para mufti telah dijemput untuk tontonan tertutup filem tersebut untuk memberi pendapat mereka. Kesimpulan yang dikeluarkan mereka ialah filem ini tidak mempunyai unsur menghina Islam, tetapi berharap di masa hadapan pembikin filem-filem sebegini dinasihatkan merujuk konsultan syariah dahulu bagi mengelakkan kekeliruan dari segi agama.Kami berpeluang menonton filem ini dan kami teruja untuk berkongsi pendapat kami mengenai filem ini.Polis Evo 2 – Gempak Tak TerkataPolis Evo 2 mengisahkan sekumpulan pengganas telah menawan sebuah pulau dan penduduk kampung di pulau tersebut dijadikan tebusan bagi memaksa kerajaan Malaysia membebaskan pemimpin mereka.Inspektor Sani, Khai dan dua lagi anggota polis, Sgt. Mat Dan serta Sgt. Amin ditugaskan untuk  menyiasat pergerakan anggota pengganas dan tujuan merek…

Rampant – Filem Zombie Korea Zaman Dahulu

Imej
Melalui filem Train To Busan, Korea semakin terkenal dengan filem-filem berasaskan zombie. Rampant merupakan sebuah lagi filem berasaskan zombie yang dibikin oleh penerbit filem Train to Busan. Kami berkesempatan menonton filem ini di pawagam tempoh hari dan ini merupakan pendapat kami mengenai filem ini.Rampant – Filem Zombie Korea Zaman DahuluRampant mengisahkan Lee Chung, seorang putera kerajaan Joseon yang dibebaskan dari menjadi tahanan kerajaan Qing setelah 10 tahun di sana. Beliau seorang pemain pedang yang handal, tetapi seorang kaki perempuan yang suka berjudi.Pada masa yang sama raja Joseon yang semakin tua telah menjadi terlalu bergantung kepada nasihat menteri-menterinya terutamanya menteri perangnya Kim Ja-joon yang bercita-cita merampas kuasa dan mengubah hal tuju Joseon.Untuk merampas kuasa, beliau membeli senjata api dari pedagang Belanda yang salah seorang anggota krunya terkena jangkitan penyakit pelik yang mengubah penghidapnya menjadi zombie. Menteri Kim menggunaka…