Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2018

10 Filem Terbaik 2018

Imej
Kita berada di penghujung tahun 2018 dan tidak sah menyambut tahun baharu tanpa menghargai filem-filem yang telah direview kami sepanjang tahun 2018. Walaupun senarai ini tidaklah menyertakan semua filem yang diterbitkan pada tahun 2018, namun ia mewakili filem-filem terbaik yang direview kami sepanjang tahun ini. Tanpa melengahkan masa, berikut adalah senarai filem terbaik 2018 dari senarai filem yang telah kami review tahun ini.10 Filem Terbaik 201810. Mission Impossible FalloutFilem francais Mission Impossible ini adalah yang terbaik dalam sirinya. Selain dari babak aksi yang mendebarkan dan lawak jenaka bersahaja, filem ini mempunyai aspek kemanusiaannya. Ia menerangkan latar belakang Ethan Hunt dari segi kenapa beliau melakukan kerjanya. Selain itu, babak Kashmir di penghujung filem sangat indah dan memberi impak dalam filem tersebut.9. Bumblebee Filem prekuel transformers ini mengisahkan perkara yang berlaku sebelum filem-filem transformers arahan Michael Bay diterbitkan. Filem …

Backtrace – Filem Thriller Menumpang Glamor Stallone

Imej
Sejak akhir-akhir ini, kita dapat melihat semakin banyak filem bajat rendah yang dibintangi pelakon veteren terkenal seperti filem Escape Plan 2 dan Black Water yang kami review tidak lama dahulu. Kami gelarkan filem-filem ini sebagai filem cari makan; iaitu filem bajet rendah yang dibintangi pelakon veteren terkenal yang digunakan untuk melariskan filem tersebut, tetapi hakikatnya filem tersebut hanya menyasarkan untuk mencari kutipan cukup-cukup makan. Nampaknya trend itu tidak terhenti dan terbaharu, dilihat dalam filem Backtrace.Backtrace – Filem Thriller Menumpang Glamor StalloneBacktrace mengisahkan sekumpulan perompak diketuai Macdonald yang merompak bank dan kemudian membahagikan wang rompakan dengan sekumpulan kumpulan yang bersubahat dengan mereka. Malangnya kumpulan subahat tersebut tidak berpuas hati kerana Macdonald telah mengambil potongan kumpulannya tanpa persetujuan mereka. Apatah lagi Macdonald telah menyorokkan bahagiannya di tempat yang hanya kumpulannya sahaja tah…

Bumblebee – Kembali Kepada Kisah Transformers Yang Klasik

Imej
Bumblebee merupakan filem yang kami tunggu-tunggu dan secara spesifiknya kami tertarik dengan tema Transformers klasik yang ditampilkan dalam trailernya. Sebagai seorang yang membesar di penghujung 80an dan awal 90an, Transformers sememangnya menjadi sebahagian besar dalam kehidupan kami. Tambahan pula siri filem Transformers arahan Michael Bay semakin mengarut dan sukar untuk ditonton bagi kami. Kami sempat menonton filem ini semalam dan ini pendapat kami mengenai filem ini.Bumblebee – Kembali Kepada Kisah Transformers Yang KlasikBumblebee mengisahkan B-127 (diberi nama Bumblebee di awal filem), seorang askar pemberontak Autobots yang berjuang melawan Decepticons untuk penguasaan planet Cybertron. Pihak Autobots semakin kalah di Cybertron dan terpaksa melarikan diri. B-127 diarahkan untuk ke bumi dan mewujudkan sebuah pangkalan pihak pemberontak Autobots. Beliau juga ditugaskan untuk mempertahankan bumi sekiranya agen Decepticon mencarinya di bumi.Tetapi dalam pertempuran di bumi bel…

Aquaman – Filem Adiwira atau Fantasi?

Imej
Tidak banyak yang kami tahu tentang latarbelakang Aquaman sebelum ini selain gambaran dari filem Justice League, memandangkan kami bukan pembaca komik DC Comics. Tetapi kami terpanggil untuk menonton filem ini sebagai kesinambungan dari filem Justice League. Kami berkesempatan menonton filem ini baru-baru ini dan berikut pendapat kami mengenai filem ini.Aquaman – Filem Adiwira atau Fantasi?Filem Aquaman mengisahkan latarbelakang di sebalik watak Aquaman yang diperkenalkan dalam filem Justice League. Beliau merupakan seorang berketurunan diraja dari Atlantis, iaitu sebuah kerajaan di bawah laut. Beliau adalah anak hasil perkahwinan ibunya, pemaisuri Atlantis dengan seorang manusia biasa, penjaga rumah api di tepi laut.Memandangkan Aquaman, atau nama manusianya Arthur Curry, tidak mahu menuntut takhta Atlantis, adik tirinya, Orm, menuntutnya sendiri. Namun Orm pula terlibat dengan konspirasi untuk memulakan peperangan antara pihak Atlantis dengan manusia di darat. Mampukah Aquaman mengh…

Spiderman Into The Spider-Verse: Filem Animasi Spiderman Terbaik Setakat ini

Mortal Engines – Berpotensi, Namun Tidak Dieksploitasi Secukupnya

Fantastic Beasts The Crimes of Grindelwald

Imej
Sejujurnya, admin tidak menggemari filem-filem Harry Potter, namun aneh sekali kerana filem-filem Fantastic Beasts menarik minat admin untuk menontonnya. Mungkin tema yang lebih matang menjadikannya lebih sesuai ditonton penonton seumur dengan admin. Fantastic Beasts The Crimes of Grindelwald merupakan siri kedua dalam siri filem Fantastic Beasts yang dibikin berdasarkan buku-buku tulisan JK Rowling. Kami baru sahaja sempat menonton filem ini walaupun ia telah lama ditayangkan di pawagam, dan inilah pendapat kami mengenai filem ini.Fantastic Beasts The Crimes of GrindelwaldFilem Fantastic Beasts The Crimes of Grindelwald mengisahkan Grindelwald, yang merupakan ahli sihir licik yang dipenjarakan kementerian magik kerana jenayah yang dilakukannya. Selama ini dunia ahli sihir dan dunia manusia adalah dipisahkan dan menjadi rahsia. Tetapi Grindelwald ingin mengingkari norma ini dan ingin menguasai dunia manusia dengan mengajak ahli-ahli sihir untuk menjadi pengikutnya.Sebelum itu, Grindel…