Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2019

Glass – Penutupan Sebuah Trilogi yang Tidak Dijangka

Imej
Umum mengetahui bahawa filem Glass adalah sequel kepada filem Unbreakable dan Split arahan M Night Shyamalan . Tetapi ketika filem pertamanya ditayangkan dalam tahun 2000, iaitu filem Unbreakable, tidak ramai yang menjangka ia adalah sebuah filem dalam sebuah trilogi filem arahan pengarah tersebut. Apa pun, kami sempat menonton filem ini dan di sini kami berkngsi pendapat kami mengenai filem ini.Kredit: Foto dari Disney/Universal/Kobal/REX/Shutterstock (10057143a) Glass – Penutupan Sebuah Trilogi yang Tidak DijangkaFilem Glass menyambung kisah selepas berakhirnya filem Split, di mana The Beast atau nama sebenarnya Kevin Wendell Crumb terlepas setelah dikejar pihak berkuasa selepas seorang dari perempuan yang diculiknya, Casey Cooke terlepas dari menjadi mangsanya. Dalam penghujung filem tersebut, David Dunn, hero dalam filem Unbreakable dilihat menonton berita mengenai kejadian tersebut.Dalam filem Glass, David Dunn dengan dibantu anaknya, menjadi seorang adiwira yang tidak didendang, …

Master Z Ip Man Legacy – Filem Kung Fu Klasik

Imej
Siri filem Ip Man sememangnya satu siri filem kung fu yang terkenal dan diminati ramai dan apabila diumumkan filem spin off Master Z Ip Man Legacy, kami tahu kami perlu menonton filem ini. Kami sempat menontonnya baru-baru ini dan inilah pendapat kami mengenai filem ini.Master Z Ip Man Legacy – Filem Kung Fu KlasikCheong Tin Chi, guru Wing Chun yang pernah mencabar Ip Man dan kalah, kini menarik diri dari dunia kung fu dan hidup secara sederhana dengan membuka kedai runcit dan membesarkan anak lelakinya di Hong Kong.Nana pula bakal adik ipar Julia yang ditahan tokan dadah kerana tidak mempu membayar wang dadahnya. Oleh sebab itu Julia terpaksa datang menyelamatkannya. Dalam proses itu, mereka terjebak dengan pergaduhan dengan gang tokan dadah menyebabkan Tin Chi dengan tidak sengaja terlibat dan pada masa yang sama menyelamatkan kedua wanita berkenaan. Sejak hari itu Tin Chi diganggu kumpulan kongsi gelap tersebut.Pelbagai pancaroba dilalui Tin Chi dan anaknya dan untuk mengetahui kes…