Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2019

Cold Pursuit – Filem Komedi Gelap Terbaik Akhir-Akhir Ini

Imej
Umum mengetahui terdapat beberapa pelakon filem aksi legenda Holywood yang tidak boleh disentuh dari segi reputasinya. Mereka telah mencapai satu status di mana meme-meme di internet selalu mengagong-agongkan kehebatan mereka. Antaranya adalah Chuck Norris, Liam Neeson dan mungkin juga Van Damme serta Keanu Reeves(John Wick). Jadi apabila dikhabarkan pelakon siri filem Taken, Liam Neesan akan tampil dengan filem baharu bertajuk Cold Pursuit, umum mengetahui apa yang boleh diharapkan dari filem tersebut (aksi yang tiada tandingan). Benarkah begitu? Kami sempat menonton filem Cold Pursuit dan di sini kami kongsikan pendapat kami mengenai filem tersebut.Cold Pursuit – Filem Komedi Gelap Terbaik Akhir-Akhir IniFilem Cold Pursuit sebenarnya adalah adaptasi bahasa Inggeris bagi sebuah filem Norway bertajuk “In Order of Disappearance” yang diterbitkan pada tahun 2014. Ia mengisahkan Nels Coxman yang bekerja sebagai pemandu mesin pengalih salji di sebuah bandar resort ski bernama Kehoe. Satu …

The New King of Comedy – Karya Stephen Chow yang Menghampakan

Imej
Rakan saya bertanya tempoh hari, “Bila Stephen Chow nak buat movie baru?”. Rupa-rupanya beliau telah pun membikin sebuah filem untuk tahun 2019 bertajuk The New King of Comedy. Oleh kerana ia dibikin oleh Stephen Chow, maka memanglah harapan terhadap filem ini tinggi. “Mesti lucu, filem ni”, kami fikir. Kami pun menonton filem ini di pawagam dan berikut adalah pendapat kami mengenai filem ini.The New King of Comedy – Karya Stephen Chow yang MenghampakanThe New King of Comedy mengisahkan Dreamy, seorang yang mengimpikan menjadi pelakon terkenal. Beliau telah 10 tahun berkecimpung dalam bidang lakonan dan bekerja membawa watak-watak sampingan yang pelbagai, namun sehingga kini belum mendapat peluang keemasan untuk menjadi pelakon utama dalam sesebuah filem.Tiada siapa yang menyokongnya pada ketika itu kecuali teman lelakinya. Malah bapanya juga menghalaunya dari rumah kerana kedegilannya mengejar impiannya itu. Filem ini menceritakan realiti bidang lakonan dan keperitan yang dilalui Dre…

Lego Movie 2 The Second Part – Lucu dan Bermakna

Imej
The Lego Movie pertama sememangnya menjadi bualan ramai terutamanya lagunya “Everything is Awesome” yang sangat catchy menjadi siulan penonton selepas menonton filem tersebut. Kini sequelnya, Lego Movie 2 The Second Part kini mula ditayangkan tanpa hype yang sama seperti filem pertama. Mengapa agaknya? Kami sempat menonton filem animasi Lego ini dan di sini kami ulaskan filem tersebut. BTW, Tahukah anda anda boleh membeli tiket wayang menggunakan app Touch and Go? Anda boleh dapat diskaun RM5 untuk setiap pembelian tiket wayang GSC, TGV, MBO dan MMC sehingga hujung bulan ini. (Kami tidak dibayar untuk “iklan” ini, cuma kami hanya bayar RM4.50 untuk tiket wayang ini hasil dari diskaun).Lego Movie 2 The Second Part – Lucu dan BermaknaDalam Lego Movie 2 The Second Part, bandar Lego yang didiami Emmet, Lucy dan rakan-rakan dimusnahkan sekumpulan makhluk asing comel berupa Lego Duplo. 5 tahun kemudian bandar yang telah gersang telah dibina semula dengan diberi nama Apocalypseburg dengan wa…

Alita Battle Angel – Adaptasi Manga ke Live Action Terbaik Setakat Ini

Imej
Sepertimana yang anda ketahui, untuk mengadaptasikan sesebuah manga ke filem Live Action sememangnya sukar dan biasanya ke laut. Lihat saja filem Ghost in the Shell dan Attack on Titan yang boleh kita isytiharkan sebagai filem adaptasi manga/anime yang gagal. Walaubagaimanapun, daripada beberapa trailer yang diterbitkan, filem Alita Battle Angel menarik minat kami, walaupun sebelum ini kami tidak pernah mendengar manga di mana filem tersebut diadaptasi. Kami sempat menonton filem ini dan kini kami berkongsi pendapat mengenai filem ini.Alita Battle Angel – Adaptasi Manga ke Live Action Terbaik Setakat IniFilem Alita Battle Angel adalah adaptasi manga Jepun dengan tajuk yang sama. Ia berkisar mengenai dunia 300 tahun selepas “The Fall”, kesudahan dari sebuah peperangan besar yang berlaku 300 tahun lalu. Bumi berpecah kepada dua. Golongan elite tinggal di Zalem, sebuah bandar terapung yang merupakan bandar terapung terakhir yang bertahan selepas “The Fall”. Sementara itu golongan bawahan…

Escape Room: Filem Thriller Menduga Minda

Imej
Bulan Januari merupakan bulan yang tandus dari filem-filem baharu yang dinanti. Namun, terdapat satu atau dua filem yang mampu menghiburkan penonton. Kami menonton trailer filem Escape Room tempoh hari dan kami mengambil keputusan untuk menonton sendiri filem yang dilihat berpotensi merupakan filem yang menarik.Escape Room: Filem Thriller Menduga MindaEscape Room mengisahkan 6 orang yang tidak mengenali antara satu sama lain telah menerima jemputan ke satu acara permainan menduga minda “Escape Room” yang menawarkan hadian USD10,000 kepada sesiapa yang menang. Tanpa mereka ketahui, permainan ini bukan sebarang permainan menduga minda biasa dan ia mempertaruhkan lebih dari nasib pemainnya.Apakah peserta dapat mengalahkan semua teka-teki yang mereka hadapi? Tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.ReviewFilem Escape Bermula sepertimana kebanyakan filem-filem permainan yang membawa maut. Sekumpulan orang menerima jemputan ke satu acara permainan, terpengaruh dengan sebab-sebab me…