Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2019

Us – Filem Thriller Seram Yang Aneh

Imej
Filem Us bukanlah sebuah filem yang hype dan di tunggu-tunggu, namun setelah menonton trailernya kami berasa ingin tahu filem thriller seram ini tentang apa? Jadi kami pergilah menonton filem ini dan di sini kami berkongsi pendapat kami mengenai filem yang ditayangkan di antara filem-filem kanak-kanak di musim cuti sekolah ini.Us – Filem Thriller Seram Yang AnehUs mengisahkan Adelaide Thomas yang bercuti di rumah percutian mereka di pedalaman berhampiran pantai Santa Cruz bersama suaminya Gabe dan 2 anaknya, Zora dan Jason. Semasa Adelaide kecil pada tahun 1986, beliau pernah pergi ke funfair di pantai Santa Cruz dan satu kejadian aneh telah berlaku kepadanya menyebabkan beliau berubah sikap.Kini setelah berkahwin dan mempunyai anak, beliau telah kembali ke tampat berkenaan lalu membangkitkan fobia lamanya. Pada malam hari setelah pulang ke rumah percutian mereka, mereka mendapati ada satu keluarga yang menunggu di luar rumah mereka. Tanpa dijangka, keluarga misteri itu mula menyerang…

Captive State – Filem Sci Fi yang Berat

Imej
Filem sci fi masa kini seolah telah ketandusan idea. Segala yang boleh difikiran telahpun difikirkan oleh para pembikin filem dan amat sukar untuk tampil dengan sesebuah kisah yang original atau unik. Captive State merupakan sebuah filem sci fi yang terbaharu yang sempat kami tonton dan di sini kami berkongsi pendapat mengenai filem ini.Captive State – Filem Sci Fi yang BeratCaptive State mengisahkan bandar Chicago 9 tahun selepas dunia dijajah dan ditadbir makhluk asing. Kerajaan-kerajaan dunia secara suka rela menyerah diri kepada makhluk asing teresbut kerana tidak ingin dihapuskan. Untuk itu para tali barut makhluk asing ditugaskan untuk mengawal penduduk dengan kawalan kuku besi. Hasilnya segala jenayah berada di paras 0% namun penduduk sentiasa di bawah pemerhatian Special Branch iaitu polis pengintip yang seangkatan dengan Kempeitai dan Gestapo. Manusia pula dipaksa bekerja untuk membina tempat tinggal bagi makhluk asing di bawah tanah.Gabriel Drummond merupakan adik kepada Raf…

Filem Indonesia terbaru

Imej
Yuk tonton filem terbaru Indonesia. Anda pasti bakalin terhibur!!






Lukisan pemandangan dengan pensil

Imej
Berikut dipaparkan lukisan-lukisan pemandangan yang cantik dengan menggunakan pensil:


Captain Marvel – Filem Feminist atau Memang Sebuah Filem yang Hebat?

Imej
Kecoh beberapa minggu sebelum tayangan filem Captain Marvel bermula, di mana ramai, bukan sahaja lelaki, malah wanita yang menkritik filem tersebut, terutamanya pelakon utamanya Brie Larson, mengatakan filem itu terlalu menonjolkan idea feminist. Tambahan pula kenyataan Brie Larson di Twitter langsung tidak membantu reputasi filem tersebut. Tetapi adakah kritikan ini wajar, atau sekadar reaksi lampau para peminat setia Marvel Cinematic Universe terhadap seseorang yang mereka rasakan membawa masuk politik feminist ke dalam dunia filem? Kami sempat menonton filem ini untuk mengetahui kisah di sebaliknya.Captain Marvel – Filem Feminist atau Memang Sebuah Filem yang Hebat?Captain Marvel mengisahkan Vers, seorang pahlawan kaum Kree yang sedang berperang dengan kaum Skrull. Beliau diletakkan di bawah satu pasukan pahlawan Kree yang diketuai Yon-Rogg dan dianggotai oleh beberapa anggota elit. Dalam satu misi untuk menyelamatkan seorang pengintip, pasukannya diserang hendap oleh anggota Skrul…

Misteri Dilaila – Satu Filem Dua Kesudahan Berbeza

Imej
Sejujurnya kami tidak bercadang untuk menonton filem Misteri Dilaila pada mulanya, namun setelah mendengar mengenai dua kesudahannya, kami terasa ingin tahu bagaimana pihak produksi mengimplimentasi teknik penceritaan yang buat pertama kali diperkenalkan di Malaysia. Kami telah menonton dua-dua versi filem ini dan inilah pendapat kami mengenai kedua-dua filem tersebut.Misteri Dilaila – Satu Filem Dua Kesudahan BerbezaMisteri Dilaila mengisahkan pasangan Jefri dan Dilaila yang bercuti berdua di Frasers Hill. Namun, sedang mereka bercuti, Jefri pergi berjumpa dengan rakan-rakan perniagaannya. Ini membuatkan Dilaila marah dan mereka bergaduh.Namun, anehnya, pagi besoknya, Dilaila didapati hilang bersama telefon bimbit dan kereta mereka. Jefri mencari sekeliling pekan Frasers Hill namun tidak menjumpainya. Apakah yang terjadi kepada Dilaila? Tontonlah kedua-dua versi filem ini untuk mengetahui kesudahannya.ReviewSepertimana yang anda sedia maklum, filem Misteri Dilaila mempunyai dua versi…