Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2019

Triple Threat – Teruk dan Klise Hingga Ke Tahap Menarik

Imej
Dalam industri filem ada satu kategori filem yang mana filem tersebut terlalu teruk dan klise sehingga ia semacam seronok untuk ditonton. Filem-filem ini biasanya berbajet sederhana hingga rendah, penuh aksi klise dan memang seronok ditonton sambil mempermainkan sifat klise filem tersebut. Dalam bahasa Inggeris, adjektif  yang digunakan untuk menggambarkan filem sebegini adalah “camp” (disebut kamp), bermakna keterukkan filem tersebut adalah sebab filem itu seronok ditonton. Sekali pandang filem Triple Threat merupakan calon filem untuk kategori filem “camp” ini.Triple Threat – Teruk dan Klise Hingga Ke Tahap MenarikFilem Triple Threat mengisahkan satu sindiket jenayah terancang yang mengarahkan sekumpulan pembunuh upahan untuk membunuh anak perempuan hartawan bernama Xian yang baru sahaja menerima harta pusaka ayahnya setelah beliau meninggal. Ini kerana Xian telah mendermakan hartanya bagi menghapuskan sindiket jenayah terancang yang menguasai negara fiksyenal bernama Maha Jaya.Dala…

Manusia pertama yang menjumpai Black Hole (Lohong hitam)

April 9, 2019 menjadi sejarah apabila Dr. Katie Bowman, graduan dari Universiti MIT, menemui imej sebenar lohong hitam, juga dikenali dengan nama saintifik 'Black Hole'.

Teori black hole pertama kalinya dikemukakan oleh manusia paling genius dalam sejarah, Albert Einstein (meninggal pada 1955) pada usia 76 tahun.

Saiz black hole ini amat mengejutkan (seperti yang telah dijangkakan), bersaiz berbillion kali ganda berbanding saiz matahari, dan jaraknya dari Bumi juga adalah sangat relevan bagi memastikan kita semua dan juga galaksi Bima Sakti ini masih kekal utuh. Jarak yang direkodkan adalah 500 million trillion KM ( 500,000,000,000,000,000,000,000,000 KM) dari Bumi kita atau bersamaan 55 juta tahun cahaya.

Lohong hitam adalah objek di angkasa yang mempunyai kekuatan medan graviti yang luar biasa di mana cahaya (yang mengandungi foton) tidak dapat menembusinya, serta mempunyai efek 'time warp'.

Pet Sematary: Pembikinan Semula Filem Seram Stephan King

Imej
Filem-filem seram bukanlah genre kegemaran admin kerana telah banyak filem seram yang menjanjikan pengalaman yang paling seram, namun gagal dalam pelaksanaan. Pet Sematary merupakan filem yang berasaskan novel seram Stephan King dengan tajuk yang sama. Ia pernah difilemkan sebelum ini pada tahun 1989 dan kini ia dibikin semula dengan beberapa perubahan dari segi jalan cerita. Namun difahamkan perubahan ini tidak banyak mengubah jalan cerita secara keseluruhan. Wayangkini sempat menonton filem ini untuk membina pandangan kami mengenai filem seram ini.Pet Sematary: Pembikinan Semula Filem Seram Stephan KingPet Sematary mengisahkan Louis, isteri dan dua anaknya, yang berpindah dari Boston ke kawasan pedalaman bagi menjalani hidup yang lebih tenang berbanding kehidupan bandar yang menyesakkan. Louis bekerja sebagai doktor di bandar berhampiran dan telah membeli sebuah rumah yang berhampiran dengan satu kawasan perkuburan binatang peliharaan (Pet Sematary).Keluarga itu mempunyai seekor kuc…

Shazam – Captain Marvel DC Comics Yang Jauh Lebih Menghiburkan

Imej
Sejujurnya admin tidak mengetahui mahupun mendengar watak bernama Shazam sebelum ini. Admin diberitahu bahawa beliau dikenali juga dengan nama Captain Marvel dalam komik-komik DC. Pada awalnya admin tidak pasti mahu menonton filem ini, namun setelah menonton trailernya, admin diyakinkan untuk sekurang-kurangnya menonton filem ini. Berikut adalah ulasan kami mengenai filem ini.Shazam – Captain Marvel DC Comics Yang Jauh Lebih MenghiburkanShazam mengisahkan Billy Batson yang ditinggalkan ibunya semasa kecil dan hidup dengan beberapa keluarga angkat. Beliau mempunyai sejarah melarikan diri dari keluarga angkatnya dan sudah lebih 20 keluarga beliau tinggalkan. Sehingga beliau ditempatkan bersama keluarga Victor Vasquez bersama 5 lagi adik beradik angkat.Suatu hari beliau dipilih untuk mewarisi kuasa sihir daripada seorang ahli sihir bernama Shazam yang hendak sampai ke ajalnya. Tanpa berfikir panjang, beliau bersetuju mewarisi kuasa itu dan menjadikanya seorang adiwira. Sementara itu, Dr.…

Extreme Job – Filem Komedi Penyiasatan Yang Menghiburkan

Imej
Jika anda melihat di bahagian bawah senarai filem popular di pawagam, anda tentu akan terjumpa filem Extreme Job. Ia bukanlah filem popular yang ditunggu-tunggu peminat filem, jika dibandingkan dengan Shazzam, Dumbo dan Avengers Endgame. Malah ketika kami menontonnya, hanya terdapat 1-2 orang lain yang turut menonton filem ini pada ketika itu. Apa pun, berikut ulasan kami mengenai filem komedi Korea Selatan ini.Extreme Job – Filem Komedi Penyiasatan Yang MenghiburkanExtreme Job mengisahkan satu skuad narkotik, terdiri daripada 5 anggota diketuai Kapten Go yang ditugaskan untuk mengintip dan menangkap ketua sindiket dadah bernama Moo Bae. Daripada sumber risikan, tempat operasinya sindiket dadah ini terletak di satu bangunan yang bertentangan dengan sebuah restoran ayam goreng. Kebetulan kedai ayam goreng itu jarang menerima pelanggan dan pemiliknya mengambil keputusan untuk menjual restorannya.Memandangkan kekurangan pelanggan dan berhadapan dengan tempat operasi sindiket dadah, tempa…