Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2019

Polaroid – Filem Seram Dengan Formula Lapuk

Imej
Dia luar negara, filem Polaroid telahpun masuk ke format DVD, namun di Malaysia filem ini baru sahaja ditayangkan di pawagam. Apa pun kami sempat menonton filem ini dan berikut merupakan pendapat kami mengenai filem ini.Polaroid – Filem Seram Dengan Formula LapukFilem Polaroid mengisahkan Bird Fitcher yang mendapat sebuah kamera Polaroid antik dari rakannya. Beliau pun mula cuba-cuba mengambil gambar rakan-rakannya. Tetapi tanpa disangka, rakannya mula mati satu per satu. Apakah yang berlaku kepada mereka? Tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.ReviewSejujurnya tema filem barang harian yang membawa maut dahulunya popular pada sekitar tahun 2000an, kini tampak sedikit lapuk. Jika dulu filem seperti One Missed Call, Shutter, dan The Ring menampilkan telefon pintar, kamera dan kaset video sebagai barangan harian yang menjadi medium entiti paranormal, formula tersebut pada pendapat kami tidak menjadi pada zaman ini.Apa pun, filem Polaroid ini mengambil kamera polaroid sebagai m…

Brightburn – Kisah Superman Versi Jahat

Imej
Salah satu tarikan utama kami untuk menonton Brightburn adalah produsernya, James Gunn yang juga bertanggungjawab untuk filem-filem Guardians of the Galaxy. Walaupun bukan beliau sendiri yang mengarah filem ini, kehadirannya sebagai produser diharap memberi kesan positif kepada jalan ceritanya. Kami sempat menonton filem tersebut baru-baru ini, terimakasih kepada Viddsee dan Sony Pictures Malaysia yang menaja tiket wayang kami.Brightburn – Kisah Superman Versi JahatBrightburn mengisahkan Tori dan Kyle Breyer, pasangan suami isteri yang telah lama mengidamkan anak. Satu malam, mereka terdengan satu dentuman kuat yang menggegarkan rumah mereka. Rupanya satu pod angkasa telah mendarat di rumah mereka membawa seorang bayi lelaki di dalamnya. 10 tahun kemudian bayi tersebut yang dinamakan Brian telah membesar dengan baik dan belajar di sekolah seperti mana-mana kanak-kanak lain.Namun, perkara-perkara aneh mula terjadi kepada Brian di mana beliau mula mendapat kuasa seperti Superman. Apakah…

John Wick Chapter 3 Parabellum – Selangkah Lebih Ke Dalam Dunia Pembunuh Upahan

Imej
Bahagian ke tiga dalam siri filem John Wick Chapter 3 Parabellum sememangnya sebuah filem yang kami tunggu-tunggu dan kami pasti ramai juga tertunggu-tunggu  filem ini juga. Seawal pukul 10 kami telah menunggu di hadapan pawagam untuk menontonnya dan walaupun terdapat sedikit masalah teknikal di awal tayangan, kami berpeluang juga menonton filem ini dengan gembiranya. Berikut adalah pendapat kami mengenai filem ini.John Wick Chapter 3 Parabellum – Selangkah Lebih Ke Dalam Dunia Pembunuh UpahanJohn Wick Chapter 3 Parabellum menyambung kisah filem sebelumnya di mana satu kontrak untuk pembunuhan John Wick telah dikeluarkan akibat kesalahannya membunuh di dalam kawasan The Continental. beliau diberi masa sehingga pukul 6pm sebelum kontrak bermula.John perlu melarikan diri sebelum pemburuan bermula. Mampukah beliau melarikan diri dan bagaimanakah beliau akan menyelamatkan diri dari kontrak yang menyaksikan semua pembunuh upahan memburunya berikutan tawaran lumayan USD17 juta? Tonton filem…

The Curse of The Weeping Woman – Filem Seram Piawai Masa Kini

Imej
Sejak universe filem seram The Conjouring (tak pasti universe ini dipanggil apa) diperkenalkan, banyak filem-filem seram telah dibikin untuk disertakan dalam universe tersebut. Antaranya, The Conjouring, The Nun, Annabelle dan sebagainya. The Curse of the Weeping Woman merupakan salah satu filem dalam universe ini. Walaupun filem ini telah lama ditayangkan, kami baru sahaja berpeluang menonton filem ini di pawagam.The Curse of The Weeping Woman – Filem Seram Piawai Masa KiniThe Curse of The Weeping Woman mengikuti kisah seorang pekerja sosial yang “menyelamatkan” anak-anak seorang ibu tunggal dari “penderaan”, walhal keluarga tersebut telah terjerat dalam lagenda seram Mexico melibatkan hantu bernama La Llorona.Mengikut lagenda, La Llorona merupakan seorang yang wanita cantik yang hidup di zaman 1700-an di Mexico dan mengahwini seorang jejaka tampan dan mendapat 2 orang anak. Setelah mengetahui suaminya curang, beliau telah membunuh anak-anaknya dengan melemaskan mereka di dalam sunga…

Herbalife - LOGIN

Sila LOGIN di sini.

Products :


Tempat percutian menarik di selangor

Berikut adalah senarai tempat-termpat percutian menarik di negeri Selangor Darul Ehsan :

1) Pantai Morib, Banting
2)Pusat Rekreasi Sungai Congkak
3)Tadom Hill Resorts
4)The Kabin
5)Kelip-kelip Kampung Kuantan
6)Singgah Santai Resort
7)Bukit Malawati
8)Ajlaa Village Resort
9)Pantai Remis
10)Impian Rimba Resort Enterprise
11)Pantai Tanjung Rhu, Pulau Carey
12)Teratak Tokwan
13)Rekreasi Air Terjun Serendah
14)Paya Indah Wetlands
15)Taman Rekreasi Alam Megah
16)Zoo Negara Malaysia
17)Sunway Lagoon
18)Air Terjun Sungai Gabai, Hulu Langa

Avengers Endgame: Penghabisan yang Epik Kepada Siri Filem yang Epik

Imej
Selama dua minggu lebih Wayangkini telah menahan dari membuat review filem Avengers Endgame untuk mengelakkan tersebarnya spoiler ke khalayak ramai. Namun dengan beratus-ratus tayangan sehari di pawagam, agak selamat untuk mengatakan kebanyakan peminat Avengers telahpun menonton filem tersebut dan mungkin yang tinggal hanyalah mereka yang mahu menonton untuk kali kedua. Jadi kami akhirnya mengambil keputusan untuk menulis review ini. Terdapat sedikit spoilers dalam review ini, jadi jika anda belum tonton filem ini, sila lah tonton dulu.Avengers Endgame: Penghabisan yang Epik Kepada Siri Filem yang EpikFilem Avengers Endgame menyambung kisah Avengers Infinity War yang lepas di mana separuh dari makhluk di cakerawala telah dihapuskan Thanos. Adiwira yang tinggal hanyalah Captain America, Thor, Ironman, Hulk, Blackwidow, Hawkeye sat dua adiwira lain. Tidak dilupakan juga Captain Marvel yang membuat kemunculan sulung dalam filemnya tersendiri baru-baru ini.Ironman dan Nebula terperangkap …