Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2019

Men In Black International – Sequel Yang OK Tetapi Tidak Dapat Menandingi Filem Asal

Imej
Siri filem Men in Black merupakan antara filem-filem ikonik dari zaman remaja dan golongan sezaman dengan admin. Watak Will Smith dan Tommy Lee Jones dalam filem-filem asal sememangnya gandingan mantap di mana seorang wataknya serious manakala seorang lagi berfikir di luar kotak (Will Smith). Jadi mampukah filem Men in Black International (yang kami fikirkan ingin membawa generasi baharu menonton francais ini) dapat menandingi filem asal? Kami berpeluang menonton filem ini untuk menilaikannya.Men In Black International – Sequel Yang OK Tetapi Tidak Dapat Menandingi Filem AsalMen in Black International mengisahkan Molly, yang berminat menjadi anggota Men in Black sejak berjumpa makhluk asing dan anggota Men in Black yang ingin menangkapnya semasa kecil. Dipendekkan cerita, dengan kegigihan membongkar kegiatan rahsia MIB, beliau berjaya menyertai pasukan itu sebagai Agent M dan digandingkan dengan Agent H, seorang anggota yang kurang berdisiplin, namun pernah berjaya menghalang makhluk …

X Men Dark Phoenix – Penutup Siri Filem X Men Yang Kurang Memberangsangkan

Imej
Mungkin sesetengah dari anda telahpun mendengar khabar mengenai filem X Men Dark Phoenix di mana ia telah gagal mempesonakan penonton dan pengkritik di barat sekali gus menerima status filem flop. Namun, sebagai pengkritik filem kami perlu menonton sendiri filem ini untuk memberi penilaian ikhlas dan tidak terlalu mengikut pendapat umum. Kami sempat menontonnya baru-baru ini dan berikut adalah pendapat kami mengenainya.X Men Dark Phoenix – Penutup Siri Filem X Men Yang Kurang MemberangsangkanFilem X Men Dark Phoenix merupakan filem penutup kepada siri filem X Men terbitan Fox. Sekuel kali ini mengisahkan pihak X Men yang masih dihantui stigma dan curiga dari kalangan manusia yang takutkan golongan mutan.Pada ketika itu kapal angkasa Endeavour  yang baru berlepas dari Houston telah mengalami kerosakan teruk akibat kejadian suar solar. Kerana itu, pihak presiden telah meminta bantuan X Men untuk menyelamatkan kapal angkasa tersebut. Semasa dalam misi menyelamat, sesuatu telah berlaku ya…

Godzilla King of the Monsters – Filem Khas Buat Peminat Filem Godzilla Original

Imej
Sejujurnya admin tidak pernah menonton filem Godzilla semasa kecil, namun admin banyak menonton siri TV Ultraman yang pelbagai jenis. Namun, kedua-duanya mempunyai persamaan dari segi semangat “adiwira” Jepun yang ikonik. Walaupun Godzilla bukanlah boleh dikatakan adiwira seperti Ultraman, namun ia menyelamatkan manusia dengan caranya tersendiri. Filem Godzilla pertama juga telah meletakkan Godzilla sebagai penyelamat umat manusia dengan berlawan dengan raksasa yang memusnahkan bumi. Filem Godzilla Kong of the Monsters menyambung kisah Godzilla dan memperluaskan lagi universe raksasa yang diterajui pertubuhan Monarch. Kami sempat menonton filem ini di pawagam dan ini pendapat kami mengenainya.Godzilla King of the Monsters – Filem Khas Buat Peminat Filem Godzilla OriginalSetelah penemuan Gozilla dalam filem pertama, organisasi Monarch telah menemui banyak lagi raksasa yang hidup berhibernasi dalam tanah di serata dunia. Seorang paleobiologis organisasi tersebut yang bernama Emma Russel…