Filem perang sniper terbaik di Malaysia

Sape yang penah tengok filem Black Hawk Down, ni lah kisah yang sebenarnya bukan macam yang diceritakan oleh US tu. Cerita mengenai keberanian anggota TD di Somalia saya ambil dari forum Panggilan Pertiwi, sebuah forum yang didedikasi hanya untuk para patriotik dan pencinta negara ni dan membincangkan mengenai isu-isu ketenteraan negara ini dan luar. Yang menceritakan kisah ni adalah seorang bekas sniper, callsignSniper_Gunung.
Pada 17/7/94 jam selepas isyak Ssjn Azman baru beli camera dari PX tentera asing lalu memanggil kami semua untuk bergambar. Selesai bergambar beliau berkata esok nak berjalan jauh. Berjalan jauh itu bermaksud ada misi sulit untuk mengambil source di RV dan terus ke airport dan selesai hantar source ke RV berlainan. Tim kami pada masa itu bertugas di bahagian U2 iaitu Unit Risik dan keselamatan UNOSOM. Selesai bergambar Sjn Zaidi ada mengajak saya untuk ikut sekali konvoi mereka kalau mahu. Saya terpaksa menolak kerana pada hari kejadian Tim sniper deploy ke hide kami di K4 berdekatan pasar Bakara. Jadi yang pergi pada esok harinya adalah PWII Mohamad, Ssjn Azman, Sjn Zaidi, Kpl Ahmad, Lkpl Ganie dan ada berberapa lagi anggota yang saya tak ingat nama mereka.
Pada jam 0400hrs tim saya bergerak ke kawasan hide kami saya ambil kedudukan di atas kilang sabun empat tingkat. Saya dan spotter saya Hasmizi Lonjong pun buat pemerhatian terperinci dan kasar. ROE sasaran kami adalah Militia yang membawa RPG, senjata peluru berantai dan pengendali Teknikal (4X4 yang ada mounted HMG).Dari pagi hingga petang tak ada rezeki. Pada petang itu ada NGO dapat memintas channel freq radio saya dan memberitahu ada tentera asing diserang hendap dan ada 2 kia termasuk wia. Kesemua mereka ditahan oleh Militia. Bila dia sebut tentera asing saya tak endahkan. Selang 20 minit saluran radio saya menjadi sibuk, kesemua panggilan dari markas Malbatt. Mereka memberi arahan untuk standby untuk pergi bertempur di pasar bakara. Saya tanya pasal apa dan mereka beritahu konvoi kita kena ambush. Tersentak saya kerana berita yang saya terima dari NGO tu kawan saya. Apa yang saya diberitahu kita punya panglima, General Aboo Samah warning General Farah Aidid kalau tak bagi tentera kita yang cedera dan yang mati bakara market akan hancur sekali lagi. Tempohnya pukul 2359hrs. Lebihkurang jam 2330hrs saya diarahkan turun ke RV untuk pergi ke kawasan dimana anggota tentera kita yang kena ambush akan di serah. Saya diberitahu oleh kawan-kawan saya bahawa di Markas Malbatt satu battalion kita tengah standby untuk bertempur. Tempat serahan dari RV tak jauh, ada militia tunggu dengan senjata AK47 mengarahkan kami ikut mereka dengan senjata ditinggalkan Sampai lighter Zippo saya pun disuruh tinggal. Katanya senjata boleh membakar. Apabila sampai ke lokasi saya tengok 2 mayat diatas tilam nipis dan yang cedera hanya dirawat dengan balutan kain lusuh sahaja. Ketua Militia Kol. Abdullahi meminta maaf dan mengatakan bukan kumpulan beliau punya angkara. Kami seramai sepuluh anggota pun mengangkat mayat dan yang cedera ke markas UN di KM4. Sesampai di sana saya pun memeriksa anggota yang tercedera yang parah iaitu Sjn. Zaidi. Dua biji peluru AK47 menembusi ponggong beliau. Saya dan anggota Medic Kpl ??? pun cuba tengok bahagian depan badan Sjn Zaidi peluru tak tembus dan darah memancut keluar. Anggota medic pun apa lagi cucuk morhpin. Selang berberapa minit Sjn Zaidi menangis terisak-isak lalu saya bertanya mengapa sjn? Dalam khayal beliau beritahu “diorang tembak Ganie hidup-hidup. Diaorang kepung Ganie minta serah senjata tapi Ganie melawan dan yang dibelakang terus tembak pointblank dari arah belakang kepala 3 das dan bersepai muka Ganie. Yang cedera ada seorang tentera Italy yang ikut konvoi berkenaan. Selesai saya beri bantuan pada yang cedera saya pun pergi ke mayat Ssjn Azman dan saya tengok tangan nya ada kesan tembakan. Saya pun terpikir tak kan luka tangan boleh mati. Saya terus tanggalkan helmet kevlar beliau barulah saya tengok kesan lubang peluru di atas dahi beliau. Rupanya sniper somali tembak tepat. Tembakan pertama kena tangan, ubah tenangan bull dahi. Saya pun keluar sekejap untuk ambil angin. Sedang saya berdiri ada seorang budak India(Nama tak ingat) junior banyak dari saya memeluk saya sambil menangis terisak-isak sambil berkata “Bang diorang dah bunuh kawan kita”. Apabila anggota lain melihat gelagat Budak India ni ramai yang menangis. Dimasa yang sama saya lihat Kapt. Rizan (sekarang Kol) pergi belakang bangunan dan menangis. saya pun memujuk dia dengan mengatakan dah ajal mereka.
Pada kesokan harinya kami bergerak balik ke Markas. Pada hari untuk menghantar Jenazah pulang ke Malaysia satu perbarisan terdiri dari semua tentera yang bertugas di Somalia diadakan. Apabila Keranda Diusung naik Kapalterbang saya tengok barisan kontijen Malbatt bergerak-gerak, mengapa? Rupanya sambil salute mereka menangis. Dihati saya pun berdetik, bagi kaum wanita yang menjadi tentera pernah berkata ‘apa yang lelaki boleh buat kami pun boleh buat’. Mustahil, kami ni yang hardcore pun menangis apatah lagi mereka kaum hawa. Kejadian tersebut terjadi kerana kesilapan tentera kita kerana didalam pelajaran apabila kita pergi dengan route yang dah dikenalpasti apabila pulang mesti laluan yang lain. Tetapi kerana dah ajal, pada hari kejadian mereka pulang ikut jalan yang sama.
Cpl. Mat Aznan 2nd from the right who died from a direct hit at his head by RPG. May God bless his soul. This is prior the deployment of 19th RAMD to Somalia. Semoga Allah cucuri rahmat ke atas dia.
Tim sniper Malaysia. Salah seorang dari tu adalah Sniper_Gunung.
Gambar terbaru menunjukkan kenderaan perisai (APC – Armoured Personal Carrier) Condor tentera Malaysia yang musnah akibat terkena bedilan RPG dari pemberontak Somali semasa peristiwa di PASAR BUKHARA di kawasan pembuangan sampah di salah sebuah kampung di Mogadishu, Somalia.


sumber 

Jenis-jenis harimau

  • Harimau Siberia

Panthera tigris altaica yang juga dikenali sebagai Amur, Ussuri, Harimau Timur Laut China, atau harimau Manchuria. Harimau Siberia tinggal di kawasan hutan hujan dan padang rumput China, Korea Utara, dan Asia Tengah di Rusia. Sub-spesies ini merupakan yang terkuat di antara semua jenis kucing liar di dunia.

Ia merupakan subspesies harimau nadir yang benar-benar terkurung di kawasan Amur di Timur Jauh yang kininya telah dilindungi. Ia dianggap antara 9 subspesies harimau terbesar dan ahli terbesar famili Felidae.

  
  • Harimau Cina Selatan

Panthera tigris amoyensis, juga dikenali sebagai Harimau Cina, Harimau Amoy atau Harimau Xiamen, ialah satu subspesies harimau yang berasal dari hutan-hutan China Selatan. Harimau Cina Selatan adalah yang paling teruk terancam di kalangan subspesies harimau yang masih wujud.

Ia dianggap sebagai harimau “batang”, iaitu subspesies yang menjadi leluhur kepada semua harimau yang lain. Harimau Cina Selatan baru-baru ini disenaraikan sebagai salah satu daripada sepuluh jenis haiwan paling terancam di dunia.


  • Harimau Indochina

Harimau Indochina atau harimau Corbett (Panthera tigris corbetti) ialah satu subspesies harimau yang ditemui di Kemboja, China, Laos, Burma, Thailand, dan Vietnam. Harimau di semenanjung Malaysia yang pernah digolongkan sebagai Indochina, kini dikelaskan semula sebagai subspesies yang berasingan, dengan spesis yang lain iaitu  harimau Malaya atau Panthera tigris jacksoni.

Nama "Corbett" berasal dari nama saintifik subspesiesnya, Panthera tigris corbetti, yang meminjam namanya daripada seorang pemburu terkenal bernama Jim Corbett.


  • Harimau Benggala

Harimau Benggala, atau Harimau Benggala Diraja yang juga dikenali sebagai Panthera tigris tigris, ialah sejenis subspesies harimau yang dijumpai terutamanya di India dan Bangladesh, di samping juga di Nepal, Bhutan, Myanmar dan Tibet selatan. Harimau Benggala ialah subspesies harimau yang paling banyak bilangannya. Terdapat kira-kira 2,000 ekor harimau Benggala Diraja yang masih buas, termasuk di India, Bangladesh, Nepal,  Bhutan, dan sebilangan kecil di Myanmar dan China.

Ia merupakan haiwan kebangsaan Bangladesh, manakala di peringkat spesies pula, ia merupakan haiwan kebangsaan India.


  • Harimau Sumatera

Harimau Sumatera (Panthera tigris sumatrae) ialah satu subspesies harimau yang ditemui di pulau Sumatera, Indonesia. Ujian genetik terkini telah mendedahkan kehadiran penanda genetik unik yang mengasingkan harimau Sumatera dari semua subspesies tanah besar. Kini, cuma tinggal sekitar 400-500 ekor harimau Sumatera dalam habitat liar.


Lazimnya is mengejar mamalia yang lebih besar, seperti babi hutan, tenuk dan rusa, dan juga haiwan-haiwan yang lebih kecil seperti unggas, monyet, dan ikan. Orang utan juga boleh menjadi mangsa, tetapi jarang didapat memandangkan orang utan jarang berada di atas tanah. 


  • Harimau Malaya 

Harimau Malaya (Panthera tigris malayensis atau Panthera tigris jacksoni) atau dikenali sebagai Harimau Belang merujuk kepada subspesies harimau yang hanya didapati di Semenanjung Malaysia. Harimau ini disahkan sebagai sub-spesies berasingan dari sub-spesies Harimau Indochina (Panthera tigris corbetti) melalui ujian genetik dan filogenik pada tahun 2004. Dianggarkan terdapat 490-510 ekor harimau ini yang hidup liar.



Yang telah pupus



  • Harimau Bali


Harimau Bali (Panthera tigris balica) ialah subspesies harimau yang telah pupus dan hanya dapat ditemui di Pulau Bali, Indonesia. Harimau ini ialah salah satu dari tiga sub-spesies harimau di Indonesia bersama dengan Harimau Jawa (yang juga telah pupus) dan Harimau Sumatera (spesies terancam).

Harimau ini merupakan spesies harimau terkecil jika dibandingkan antara tiga sub-spesies harimau yang dinyatakan di atas; Harimau Bali terakhir yang ditembak mati pada tahun 1925 di Sumbar Kima (suatu kawasan di bahagian barat Pulau Bali), dan sub-spesies ini telah diisytiharkan pupus pada tanggal 27 September 1937. Kepupusan harimau ini adalah kerana beberapa faktor antaranyaadalah saiz keluasan hutan yang kecil dan terbatas dalam Pulau Bali itu sendiri dan kerana tiada langkah pemuliharaan khas untuk menjaga spesies harimau dijalankan dengan telus dan gigih.


  • Harimau Jawa

Harimau Jawa (Panthera tigris sondaica) ialah subspesies harimau yang pernah kelihatan di Pulau Jawa, Indonesia. Nampaknya subspesies ini sudah pupus sejak 1980-an, akibat kegiatan memburu dan kemusnahan habitat, namun kepupusan harimau Jawa sudah diduga sejak 1950-an, ketika dipercayai bahawa cuma kurang daripada 25 ekor yang hidup di alam liar. 
Spesimen terakhir harimau ini dijumpai pada tahun 1972. Kiraan jejak pada tahun 1979 membuat kesimpulan bahawa tiga ekor harimau Jawa masih wujud. Ada kemungkinan bahawa sebuah kelompok harimau Jawa yang kecil masih wujud di Jawa Barat, di mana timbulnya desas-desus kelihatan harimau subspesies ini pada 1990-an.


  • Harimau Kaspia

Harimau Kaspia atau Harimau Parsi (Panthera tigris virgata) ialah sejenis harimau yang hidup di wilayah barat dari subspesies harimau yang boleh ditemui di Iran, Iraq, Afghanistan, Turki, Mongolia, Kazakhstan, Kaukasus, Tajikistan, Turkmenistan, dan Uzbekistan sehingga ia pupus pada akhir tahun 1950-an. Salah satu punca kepupusan  Harimau Kaspia antara lain disebabkan kerana perburuan terhadap makanan utamanya dan juga kerana kemusnahan habitat.