Jenis-jenis harimau

  • Harimau Siberia

Panthera tigris altaica yang juga dikenali sebagai Amur, Ussuri, Harimau Timur Laut China, atau harimau Manchuria. Harimau Siberia tinggal di kawasan hutan hujan dan padang rumput China, Korea Utara, dan Asia Tengah di Rusia. Sub-spesies ini merupakan yang terkuat di antara semua jenis kucing liar di dunia.

Ia merupakan subspesies harimau nadir yang benar-benar terkurung di kawasan Amur di Timur Jauh yang kininya telah dilindungi. Ia dianggap antara 9 subspesies harimau terbesar dan ahli terbesar famili Felidae.

  
  • Harimau Cina Selatan

Panthera tigris amoyensis, juga dikenali sebagai Harimau Cina, Harimau Amoy atau Harimau Xiamen, ialah satu subspesies harimau yang berasal dari hutan-hutan China Selatan. Harimau Cina Selatan adalah yang paling teruk terancam di kalangan subspesies harimau yang masih wujud.

Ia dianggap sebagai harimau “batang”, iaitu subspesies yang menjadi leluhur kepada semua harimau yang lain. Harimau Cina Selatan baru-baru ini disenaraikan sebagai salah satu daripada sepuluh jenis haiwan paling terancam di dunia.


  • Harimau Indochina

Harimau Indochina atau harimau Corbett (Panthera tigris corbetti) ialah satu subspesies harimau yang ditemui di Kemboja, China, Laos, Burma, Thailand, dan Vietnam. Harimau di semenanjung Malaysia yang pernah digolongkan sebagai Indochina, kini dikelaskan semula sebagai subspesies yang berasingan, dengan spesis yang lain iaitu  harimau Malaya atau Panthera tigris jacksoni.

Nama "Corbett" berasal dari nama saintifik subspesiesnya, Panthera tigris corbetti, yang meminjam namanya daripada seorang pemburu terkenal bernama Jim Corbett.


  • Harimau Benggala

Harimau Benggala, atau Harimau Benggala Diraja yang juga dikenali sebagai Panthera tigris tigris, ialah sejenis subspesies harimau yang dijumpai terutamanya di India dan Bangladesh, di samping juga di Nepal, Bhutan, Myanmar dan Tibet selatan. Harimau Benggala ialah subspesies harimau yang paling banyak bilangannya. Terdapat kira-kira 2,000 ekor harimau Benggala Diraja yang masih buas, termasuk di India, Bangladesh, Nepal,  Bhutan, dan sebilangan kecil di Myanmar dan China.

Ia merupakan haiwan kebangsaan Bangladesh, manakala di peringkat spesies pula, ia merupakan haiwan kebangsaan India.


  • Harimau Sumatera

Harimau Sumatera (Panthera tigris sumatrae) ialah satu subspesies harimau yang ditemui di pulau Sumatera, Indonesia. Ujian genetik terkini telah mendedahkan kehadiran penanda genetik unik yang mengasingkan harimau Sumatera dari semua subspesies tanah besar. Kini, cuma tinggal sekitar 400-500 ekor harimau Sumatera dalam habitat liar.


Lazimnya is mengejar mamalia yang lebih besar, seperti babi hutan, tenuk dan rusa, dan juga haiwan-haiwan yang lebih kecil seperti unggas, monyet, dan ikan. Orang utan juga boleh menjadi mangsa, tetapi jarang didapat memandangkan orang utan jarang berada di atas tanah. 


  • Harimau Malaya 

Harimau Malaya (Panthera tigris malayensis atau Panthera tigris jacksoni) atau dikenali sebagai Harimau Belang merujuk kepada subspesies harimau yang hanya didapati di Semenanjung Malaysia. Harimau ini disahkan sebagai sub-spesies berasingan dari sub-spesies Harimau Indochina (Panthera tigris corbetti) melalui ujian genetik dan filogenik pada tahun 2004. Dianggarkan terdapat 490-510 ekor harimau ini yang hidup liar.



Yang telah pupus



  • Harimau Bali


Harimau Bali (Panthera tigris balica) ialah subspesies harimau yang telah pupus dan hanya dapat ditemui di Pulau Bali, Indonesia. Harimau ini ialah salah satu dari tiga sub-spesies harimau di Indonesia bersama dengan Harimau Jawa (yang juga telah pupus) dan Harimau Sumatera (spesies terancam).

Harimau ini merupakan spesies harimau terkecil jika dibandingkan antara tiga sub-spesies harimau yang dinyatakan di atas; Harimau Bali terakhir yang ditembak mati pada tahun 1925 di Sumbar Kima (suatu kawasan di bahagian barat Pulau Bali), dan sub-spesies ini telah diisytiharkan pupus pada tanggal 27 September 1937. Kepupusan harimau ini adalah kerana beberapa faktor antaranyaadalah saiz keluasan hutan yang kecil dan terbatas dalam Pulau Bali itu sendiri dan kerana tiada langkah pemuliharaan khas untuk menjaga spesies harimau dijalankan dengan telus dan gigih.


  • Harimau Jawa

Harimau Jawa (Panthera tigris sondaica) ialah subspesies harimau yang pernah kelihatan di Pulau Jawa, Indonesia. Nampaknya subspesies ini sudah pupus sejak 1980-an, akibat kegiatan memburu dan kemusnahan habitat, namun kepupusan harimau Jawa sudah diduga sejak 1950-an, ketika dipercayai bahawa cuma kurang daripada 25 ekor yang hidup di alam liar. 
Spesimen terakhir harimau ini dijumpai pada tahun 1972. Kiraan jejak pada tahun 1979 membuat kesimpulan bahawa tiga ekor harimau Jawa masih wujud. Ada kemungkinan bahawa sebuah kelompok harimau Jawa yang kecil masih wujud di Jawa Barat, di mana timbulnya desas-desus kelihatan harimau subspesies ini pada 1990-an.


  • Harimau Kaspia

Harimau Kaspia atau Harimau Parsi (Panthera tigris virgata) ialah sejenis harimau yang hidup di wilayah barat dari subspesies harimau yang boleh ditemui di Iran, Iraq, Afghanistan, Turki, Mongolia, Kazakhstan, Kaukasus, Tajikistan, Turkmenistan, dan Uzbekistan sehingga ia pupus pada akhir tahun 1950-an. Salah satu punca kepupusan  Harimau Kaspia antara lain disebabkan kerana perburuan terhadap makanan utamanya dan juga kerana kemusnahan habitat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara kawal berat badan dan info kesihatan mengenainya